CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

'Sweet Dan Bersemut..' Ucapan Isteri Aidil Zafuan Bikin Netizen Cair

5-8-2019 10:42 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 26752| Komen: 123|Original author: Oleh: intan

Description: 'Sweet dan bersemut..' Ucapan isteri aidil zafuan bikin netizen cair
'Sweet dan bersemut..' begitulah reaksi netizen apabila melihat sebuah posting yang dimuat naik isteri kepada pemain bola sepak Malaysia dan Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan. 


Ucapan yang menyentuh hati sesiapa saja yang membacanya dibuat sempena menyambut hari jadi Aidil Zafuan yang ke-32. Video yang dimuat naik di laman Instagram Zarema Zainal itu berlatarbelakangkan iringan muzik romantis serta gambar kenangan bersama.


"Harap kita masih bersama walau rambut sudah beruban putih, Saya berjanji akan mencintai, menjaga,dan menjengkelkan hidup awak sehingga ke nafas terakhir.."

"Selamat hari jadi baby/dadda, anda adalah yang terbaik dalam hidup saya.."

Video tersebut telah memaparkan gambar kenangan antara mereka dan juga anak-anak. Semuanya  kelihatan gembira dan ceria hendaknya.




Peminat pun rata-rata mengucapkan selamat hari lahir kepada Aidil Zafuan dan mendoakan kebahagian mereka sekeluarga sehingga ke akhir hayat.

Untuk rekod, Aidil Zafuan sebelum ini pernah bernikah dengan pelakon cantik Rita Rudaini pada tahun 2008 namun telah bercerai pada tahun 2013. Mereka berdua dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. 

Setelah hampir setahun bercerai, Aidil kemudian berkahwin dengan Zarema pada Mac 2014 dan dikurniakan dua orang anak lelaki.- CARI 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 5-8-2019 10:54 AM
Manisnya senyuman aidil.. !!!!
Quote miracle_forever 5-8-2019 11:04 AM
xde yg meroyan ke tgk sweet2 ni?
Quote babynina30 5-8-2019 11:15 AM
I igt sajat td. Tekojut mek
Quote fliphair8 5-8-2019 11:16 AM
in 24hrs mesti ade yg meroy kat socmed, tik tok tik tok
Quote kaklong32 5-8-2019 11:18 AM
comel2 anaknya
Quote sheqim 5-8-2019 11:21 AM
Alaaaa gugel je tu hahahaha ape la yg bersemutnya
Quote miemiecha 5-8-2019 11:22 AM
mek dah gigih refresh2 ig home nihhh...
hahahahah
Quote Bumbu 5-8-2019 11:25 AM
Anak2 rita kacak2 yaahhh
Quote siq 5-8-2019 11:26 AM
ada yg royani satgi ni kang
Quote claudya 5-8-2019 11:26 AM
agak-agak ada orang akan post pasal anak tak lepas ni? tanya je
Quote misc 5-8-2019 11:26 AM
aku imagine ritrud dok tgh2 dlm gambar first yg sorang pandang kiri sorang pandang kanan tu.
Quote chicozinn 5-8-2019 11:28 AM
terlalu awal lak masuk benang ni..tah2 sat gi royani bakal meledak dek ucapan bersemut acik benzema ni
Quote boojaat 5-8-2019 11:36 AM
Hahahha.. xsabar nak tggu drama apa yg meletus
Quote amerald 5-8-2019 11:40 AM
sengaja tunjuk ke utk jeles kan orang
Quote NazRysha 5-8-2019 11:48 AM
gigih nak tunjuk bahagia
orang yang betul2 bahagia takkan tunjuk dan beritahu dia bahagia
bahagia itu selalunya dirasakan tanpa suara
kalau kau terpaksa jerit beritahu org lain ko bahagia mg lah ko tak bahagia
Quote meow_tompok 5-8-2019 12:01 PM
okaylah tu ucapan suwit muwit tu
daripada ucapan bbnu.. .lagi nak tergelak baca
Quote matchstick 5-8-2019 12:02 PM
Lelaki belaka anak2 aidil ni ye.. Boleh buat team bola sepak gabung dgn anak2 bini terdahulu. Tmbh lah bini sorang lg utk cukup kan 11
Quote kiyudi 5-8-2019 12:06 PM
xyah nk bersemut2 sgt lah...

simpan lah..nti ujung2 makan diri sendrik,,,,,

k bai

kiyu antipest
Quote meow_tompok 5-8-2019 12:06 PM
NazRysha replied at 5-8-2019 11:48 AM
gigih nak tunjuk bahagia
orang yang betul2 bahagia takkan tunjuk dan beritahu dia bahagia
bahagia  ...

PDA satu benda yg biasa, maybe utk kita yg oldskool je fikir mcm ni
dulu aku impress la ...oh bahagianya pasangan ni
tapi bila dah byk kes cerai, putus even kat socmed bahagia semedang
I am no more impress apelagi nak percaya yg mereka tu bahagia


Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.067308 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top