CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sempena Pertabalan YDPA Ke-16, Kenali Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Lebih Dekat

30-7-2019 11:04 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 10780| Komen: 9|Original author: Oleh: intan

Description: Sempena pertabalan YDPA ke-16, kenali Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah dengan lebih dekat
Tanggal 30 Julai 2019, suatu peristiwa bersejarah di mana pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-16 diadakan dengan gilang-gemilang. 

Kali ini, gelaran YDPA ke 16 dianugerahkan kepada Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah untuk tempoh lima tahun. 



Mungkin ada di antara anda yang belum mengetahui siapakah sebenarnya Sultan Abdullah dan latar belakang baginda. Berikut adalah beberapa informasi mengenai Baginda Sultan untuk pengetahuan rakyat jelata.

1. Diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan Pahang.



Baginda merupakan anak ke-4 hasil perkahwinan Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Afzan. Sultan Ahmad Shah mempunyai tujuh putera dan puteri, manakala perkahwinan beliau bersama Sultanah Hajjah Kalsom dikurniakan seorang putera.

2. Pendidikan 
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan kemudian di Sekolah Rendah dan Menengah St. Thomas sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di:

i) Aldenham School Advance School (1975-1978)
ii) Davies College Advance School, London (1978-1979)
iii) Royal Military Academy, England (1979-1980)
iv) Worcester & Queen Elizabeth College in Foreign Affair & Diplomacy (1981)



Baginda juga telah dikurniakan oleh Queen Elizabeth II sebagai Leftenan Muda serta dilantik sebagai Pegawai Kehormat Kor Kavalry ATM sebagai kapten. Selain itu, ini antara sejarah ketenteraan yang disandang Sultan Abdullah.
  • i) 2nd Lieutenant, Royal Military Academy, England (1980)
  • ii) Captain Corp Cavalry of Malaysian Army (1980)
  • iii) Lieutenant Colonel, Regiment  505 Voluntary Army 1st May 1999
  • iv) Colonel, Regiment 505 Voluntary Army 1st June 2000
  • v) Brigadier General, Regiment 505 Voluntary Army 1st April 2004

3. Dilantik menjadi pemangku Raja Pahang ketika berumur 20 tahun


4. Sangat meminati bidang sukan
Antara sukan yang dipelopori baginda adalah bola sepak, hoki, tenis, skuasy, golf dan polo. Baginda juga menyandang jawatan penting dalam setiap kegiatan sukan yang disertainya.



Sultan Abdullah juga mempunyai pasukan bola sepaknya sendiri iaitu Pasukan Sri Mahkota Alam di Pekan, Pahang. Ketika di England, Baginda mengetuai Pasukan Polo Diraja Pahang dan menyertai pertandingan polo antarabangsa di Windsor Polo Club.

5. Merupakan seorang Canselor di 3 buah Universiti


Sultan Abdullah merupakan Canselor di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Pahang Malaysia (UMP) dan DRB HICOM University of Automative Malaysia.

6. Mempunyai 3 putera dan 5 puteri serta seorang anak angkat

Sebelum dikurniakan anak kandung, baginda mengambil seorang anak angkat iaitu Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Sultan Abdullah, SIMP. Perkahwinan baginda dengan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah pula dikurniakan lima cahaya mata iaitu;

i) YAM Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah
ii) YM Tengku Muhammad Iskandar
iii) YM Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah
iv) YM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah 
v) YM Tengku Puteri Jihan Azizah 'Atiyatullah


Cik Puan Julia Rais
Manakala perkahwinan baginda bersama Cik Puan Julia Rais pula dikurniakan;

i) YM Tengku Puteri Iman Afzan
ii) YM Tengku Puteri Ilisha Ameera
iii) YM Tengku Puteri Ilyana 



Baginda mempunyai seorang anak angkat lelaki yang merupakan anak bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim bersama isteri ketiga, Zarina Binti Abdullah. Kesemua putera dan puteri baginda melanjutkan pelajaran di United Kingdom dan kini Cik Puan Julia Rais dikhabarkan menetap di sana.



Daulat Tuanku! - CARI
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • rosasen

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 30-7-2019 03:22 PM
Anak dia hensem
Quote Lalalili66778 31-7-2019 01:05 AM
Aku tak aku tak tahu kenapa aku suka sngat tgok diorg ni nampak cute
Quote AnggurHitam 31-7-2019 07:53 AM
Yg mane satu anak kembar, confused mak uols
Quote ketambangkang 31-7-2019 09:56 AM
pasangan diraja yg sempoi..permaisuri bergambar ngn potret sendiri tu nampak sempoi jek
Quote lattehazelnut 31-7-2019 12:46 PM
Yang sarung cincin tu tpa ke
Quote hyie 31-7-2019 01:16 PM
dah lama tak nampak julia rais
Quote jazaa100 31-7-2019 01:42 PM
Yg kembar tu Tengku Hasanal lah ek....
Quote uda 31-7-2019 03:47 PM
jazaa100 replied at 31-7-2019 01:42 PM
Yg kembar tu Tengku Hasanal lah ek....

Bukan. Kembar anak  yang ke3 dan 4
Quote Jemahjemah 3-8-2019 10:56 AM
Ydpa dgnjulia rais dah berpisah ke ? Tak nampak pun dalam majlis

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.261529 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top