CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Kami Halalkan Semua Yang Makan Di Restoran Kami Tadi,"- Restoran Suami Nadya Syahera Dijilat Api

19-7-2019 03:08 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 14098| Komen: 54|Original author: SakuraJo

Description: Jika sebelum ini pelakon dan juga model Nadya Syahera Rosli diuji dengan kontroversi rumah tangga, semalam dia dan suaminya, Fizul Nawi sekali lagi diuji apabila restoran milik mereka yang terletak di ...
Jika sebelum ini pelakon dan juga model Nadya Syahera Rosli diuji dengan kontroversi rumah tangga, semalam dia dan suaminya, Fizul Nawi sekali lagi diuji apabila restoran milik mereka yang terletak di Sec 7, Shah Alam terbakar. 



Menerusi perkongsian daripada pelakon yang berusia 26 tahun itu sendiri, kebakaran restoran mereka iaitu The Golok Cafe pada pukul 10 malam tadi adalah berpunca daripada kebocoran gas. 

"Allahuakbar! Dugaan Allah datangkan untuk kami. Restoran The Golok Cafe terbakar berpunca daripada gas yang bocor," tulis Nadya di akaun Instagram miliknya. 


Nadya turut mengucapkan rasa syukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku walaupun salah seorang pekerjanya mengalami sedikit kecederaan melecur. 

Dia juga memohon maaf kepada semua pelanggan The Golok Cafe yang sedang menjamu selera ketika kejadian berlaku serta menghalalkan juadah yang dimakan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa Nadya dan suaminya dan mendoakan semoga urusan mereka dipermudahkan.

Kredit foto : Instagram Nadya Syahera

Takziah kami ucapkan kepada Nadya dan suami dan semoga dipermudahkan segala urusan mereka. Diharap The Golok Cafe akan kembali beroperasi seperti biasa kerana makanan yang disajikan di restoran mereka boleh tahan sedap lebih-lebih lagi menu Ayam Golok. -CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 19-7-2019 03:41 PM
Kesiannya, mudah mudahan pelangan yg dah mkn td tak sempat bayar, gi lah bayar, org ditimpa musibah wpun dia halalkn tp x spai hati pulak kita mkn free
Quote awanysss 19-7-2019 03:41 PM
takziah...
Quote Bersotong 19-7-2019 03:43 PM
xde yg nk komen cash ke?
Quote doubleA 19-7-2019 03:46 PM
alahai, bertabahlah. semoga murah rezeki dan dipermudahkan urusan
Quote kokocrunch 19-7-2019 03:54 PM
semoga dipermudahkan segala urusan..
Quote Melorqe 19-7-2019 04:03 PM

aku rasa mcm nak komen cash
kat laki dia


Quote Bersotong 19-7-2019 04:05 PM
Melorqe replied at 19-7-2019 08:03 AM
aku rasa mcm nak komen cash
kat laki dia

xbaik arrr
Quote shania88 19-7-2019 04:05 PM
bertabhlah mummy yg beranakkan baby ajaib 6 bulan
Quote nisako 19-7-2019 04:22 PM
habis tutup laaaaaaaaaaaaaaa
Quote EvieWanKenobi 19-7-2019 04:40 PM
Innalillah.. baru tau depa ada restoran..
Quote dua_chzy 19-7-2019 04:42 PM
Restoren ke warung tepi jalan gitu?
Quote ibuaq 19-7-2019 04:46 PM
Takziah Kak Bed. In shaa Allah semuanya baik2 sahaja.
Quote prettyuglybabe 19-7-2019 05:08 PM
restoran? macam kedai bawah flat jah rupanya..
Quote ainashiqa 19-7-2019 05:21 PM
Semoga ada rezeki yang lebih baik lagi utk korang. Amin
Quote beatgirlX 19-7-2019 05:37 PM
prettyuglybabe replied at 19-7-2019 05:08 PM
restoran? macam kedai bawah flat jah rupanya..

Kedai makan bawah rumah flet...area situ mmg bnyk style gitu cuma x pasti kedai mkn tu dia punya ke atau lot2 kedai tepi tu..
Quote diss69 19-7-2019 05:39 PM
Semoga ada rezki lain menunggu..
Quote ReginaGeorge 19-7-2019 05:39 PM
Banyak sangat melatah ni...
Quote dubuk 19-7-2019 06:04 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote benharungkar 19-7-2019 06:07 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.051428 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top