CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

"Seriuslah! Free Je Baju Ni Semua" - Stesen Minyak Ini Beri Pakaian Percuma Sempena Ramadan

17-5-2019 11:57 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6685| Komen: 44|Original author: Oleh: Sang Pencinta

Description: Stesen Minyak Shell Batu Berendam Beri Pakaian Percuma Sempena Bulan Ramadan
Sempena bulan Ramadan ini, sebuah stesen minyak yang terletak di Batu Berendam, Melaka mengambil langkah unik dalam memberikan sumbangan dan derma dengan memberikan pakaian percuma kepada komuniti yang memerlukan.



Menurut Astro Awani, inisiatif itu dimulakan awal bulan lalu oleh Stesyen Minyak Shell yang terletak di Jalan Mohd Zin Dsh. Sebahagian daripada ruangan stesen minyak tersebut telah diubahsuai sebagai ruang terbuka untuk orang awam melihat dan mencuba pakaian yang didermakan itu yang mana sebahagian besar daripadanya adalah pakaian terpakai.


Kredit foto: Facebook

Pengusaha stesen minyak itu, Zulkifly Jantan memberitahu Astro Awani bahawa mereka menawarkan pakaian pelbagai saiz untuk dewasa dan kanak-kanak yang masih dalam keadaan baik. Malahan sebahagian daripadanya adalah pakaian berjenama.


Walaupun projek bulan Ramadan itu dimulakan oleh Zulkifly dan keluarganya, tetapi ianya menarik perhatian orang ramai yang ingin turut sama menyumbangkan pakaian masing-masing. 


Kredit foto: Facebook

Seorang pengguna Facebook bernama bernama Zatul Jaja turut mempromosikan program pakaian percuma itu. Menurutnya, dalam sehari sahaja mereka menerima lebih 4 beg besar sumbangan daripada orang ramai termasuk baju kurung, tudung bawal dan pakaian kanak-kanak.

Kredit foto: Melaka Daily

Zatul turut memberitahu bahawa program itu mendapat sambutan ramai dan banyak pakaian yang didermakan telah pun diambil oleh orang ramai yang singgah ke stesen itu.

Kredit foto: Facebook

"Ini kali kedua program bulan Ramadan ini diadakan dan kami bersyukur kerana ianya terus mendapat sambutan dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan," kata Zulkifly.


Satu lagi program yang unik kerana selama ini kita sudah banyak mendengar sumbangan makanan sempena Ramadhan. Tahniah kepada pengusaha Stesen Minyak dan penganjur program ini. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakanne 17-5-2019 12:13 PM
tahniah..usaha yg sgt murni
Quote eyansss 17-5-2019 12:21 PM
seronok baca berita2 camni...  good job!
Quote coolie83 17-5-2019 12:37 PM
yg mampu beli tu tak payah la pegi amik ye...benda free2 ni bukan boleh dengar/ nampak rakyat meleysia ni ha
Quote kuihbakar 17-5-2019 12:49 PM
Good job......
Quote ikanmasin 17-5-2019 01:45 PM
alhamdulillah rezeki2 mereka2 yg memerlukan ..
Quote Artemesiaa 17-5-2019 01:59 PM
Bagus kurang2 boleh menbantu golongan yang memerlukan
Quote Ethernet 17-5-2019 02:04 PM
knp aku fikir .. terlalu open begitu orang yang memerlukan segan nk ambil
Quote CrowneGlory 17-5-2019 02:08 PM
Tp letak terpampang mcm tu sambil org isi minyak ada ke yg nk ambik, unless dtg subuh atau malam la
Quote SWORKS27 17-5-2019 02:10 PM
usaha yang sangat baik..boleh sedekah kalau sapa2 yg pening kepala nak letak baju2 dah x pakai tapi sayang nak buang tu kat sini.
Quote speckygirl63 17-5-2019 02:13 PM
Harap yang mampu jgn amek kesempatan brg free. Sian y btul2 memerlukan
Quote Jajabeans 17-5-2019 02:40 PM
Shell kt tempat aku dia sediakan shelf khas utk yg tak mampu beli makanan asas. Aku ygk ada minyak, tepung, beras amik free je. Bagus betul
Quote gummiebear 17-5-2019 04:33 PM
Bagusnya.. good job owner stesen minyak and mereka yang menderma
Quote ninja boy 17-5-2019 10:05 PM
Bagus stesen minyak nih
Quote potpetpotpet 17-5-2019 10:44 PM
Bagus nya!
Baju2 pon elok tergantung.
Takda lah longgok2 macam kain buruk.

Patut ramai buat macam ni.
Sebab baju2 anak aku banyak yg memang elok2, tapi dah tak muat.
Aku nk bagi kat rumah anak yatim area rumah aku, diorang kata diorang dah banyak sangat terima baju.

At the same time aku rasa ramai je lagi orang biasa yang memerlukan, lagi2 dengan ekonomi sekarang.
Aku harap ramai orang anjur kan program macam ni.
Quote DeeHanania 17-5-2019 11:25 PM
Usaha yang murni...
Quote mamarock 17-5-2019 11:36 PM
Terbaik
Quote sayawifenikmie 17-5-2019 11:46 PM

---- saya rasa nak buat benda yg sama la -- banyak baju anak2 yg masih cantik dan segar ----
Quote Malaysia.Doom 18-5-2019 02:39 PM
Tak sia-sia support Shell selama ni.

Go go cengkerang
Quote schabella 19-5-2019 04:41 PM
Good job. Semoga jadi ikutan utk yg lain2

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.056287 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top