CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Maaf Saya Rahsiakan" - Michael Ang Akhirnya Mengaku Sudah Setahun Peluk Islam

30-4-2019 05:50 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 4260| Komen: 19|Original author: Oleh: intan

Description: Michael Ang akhirnya mengaku sudah setahun peluk islam
Akhirnya, setelah setahun, Michael Ang akhirnya mengaku telah memeluk Islam. Pengarah dan penerbit itu telah membuat pengakuan di laman instagram beliau, hari ini.

Menurutnya, dia akhirnya berterus terang kerana tidak mahu masyarakat menyalah anggap kehadirannya ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. 

Ini berikutan kehadirannya ke rumah ibadah tersebut menjadi perbualan dan teka teki netizen mengenai status agamanya.


Mengakui sudah setahun memeluk Islam, Michael Ang secara jujur memberitahu masih banyak perkara yang perlu dipelajari dalam agama Islam untuk menjadi muslim sejati. Sebelum ini, Michael Ang tidak mahu memperbesar-besarkan perkara ini dan ingin menjadi rahsia antara dia dengan Allah S.W.T.


Pengarah filem Kimchi untuk Awak ini juga memohon orang ramai untuk mendoakan penghijrahan beliau ini dan mendoakan yang terbaik untuknya. Michael Ang atau nama penuhnya, Michael Ang Hai Swee juga mengakui telah belajar puasa sejak Ramadan tahun lalu.

Michael Ang akhirnya mengaku sudah setahun peluk islam

Melihat kepada penghijrahan ini, ramai rakan-rakan artis mengucapkan tahniah dan memanjatkan rasa syukur atas penghijrahan beliau, antaranya Fattah Amin, Fazura dan Aeril Zafril yang boleh di lihat di ruangan komen instagram beliau.

Alhamdullilah dan tahniah kami ucapkan. Semoga penghijrahan Michael Ang diberkati oleh Allah S.W.T. - CARI 
4

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote auntyacid 30-4-2019 05:53 PM
Alhamdulillah... bertambah lagi seorang ummat Muhammad SAW.. semoga ramadhan tahun ni bermakna bagi michael..
Quote akumak 30-4-2019 06:03 PM
Alhamdulillah....
Quote buapakperut 30-4-2019 06:04 PM
syukurlah .. Alhamdulillah.
Quote keds 30-4-2019 06:19 PM
Alhamdulillah rezeki-Nya. Malu pada yang sedia lahir Islam tapi tak mencari hidayah.
Quote helicornia 30-4-2019 06:56 PM
Syukur..im happy for you mike
Quote grosouraus 30-4-2019 07:28 PM
Alhamdulillah...
Quote aleesyasofia 30-4-2019 08:18 PM
alhamdulillah..
Quote noell 30-4-2019 08:42 PM
syukur kehadrat Ilahi

lepas nih sila la ajak sajad & sapi pi solat jemahat ke semejid
Quote RatuDunia94 30-4-2019 09:36 PM
Sebelum ni heols atheis kan..
Rasanya heols sbb byk bercampur dgn org melayu..
Quote lee_sakura 1-5-2019 01:28 AM
Teringat jep bahan dia dulu dlm sepahtu reunion live, kadi mualaf katanya
Quote Artemesiaa 1-5-2019 09:37 AM
Baguslah dah umumkan boleh elak kekeliruan orang memandangkan beliau dikenali ramai
Quote Rogue98 1-5-2019 02:08 PM
Alhamdullillah...bertambah umat Nabi Muhammad
Quote onexox97 1-5-2019 03:06 PM
Alhamdulillah i terharu
Quote Sham143 1-5-2019 03:10 PM
Syukur, Alhamdullillah.. Tahniah Michael Ang..
Quote DeeHanania 1-5-2019 10:20 PM
Alhamdulillah...
Quote missflamingo 2-5-2019 01:14 AM
Alhamdulillah. Tak sangka dia lembut hati peluk agama islam
Quote fifie_olin 2-5-2019 08:17 AM
terus jdi kurus
Quote rastaf 2-5-2019 11:29 AM
apa nama melayu dia.. mohd makael eng bin abdullah ke
Quote BoongaKertas 2-5-2019 02:17 PM
alhamdulillah. patutlah heols sgt berhemah komen psl EM and artis lain. semoga kamu dipelihara Allah selalu mike.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.222013 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top