CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kecoh MRT SBK-Kajang Terjejas Kerana Cubaan Bunuh Diri, Rupanya..

30-4-2019 01:43 PM| Diterbitkan: m.manis| Dilihat: 4683| Komen: 19|Original author: Oleh: M. Manis

Description: Masa hari pertama tayangan Avengers: Endgame lah ada yang buat masalah.Pengguna MRT Sungai Buloh - Kajang terpaksa menggunakan alternatif lain selain daripada MRT berikutan daripada operasi MRT yang t ...
Masa hari pertama tayangan Avengers: Endgame ada pula yang buat masalah.

Pengguna MRT Sungai Buloh - Kajang terpaksa menggunakan alternatif lain selain daripada MRT berikutan daripada operasi MRT yang tergendala akibat daripada perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab.



Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang Rabu (24 April) lalu menyebabkan ratusan pengguna MRT terpaksa bersesak dan berebut mendapatkan khidmat bas, Grab atau teksi untuk pulang ke rumah.


Ini kerana berlakunya pencerobohan trek di antara Stesen MRT Taman Suntex dan Stesen MRT Taman Connaught dengan tujuan mencuri kabel. Suspek yang masuk ke dalam kawasan trek menggunakan jejantas perumahan Taman Sri Raya dengan memakai jaket keselamatan. 




Kejadian ini disedari pihak MRT dan menyebabkan operasi MRT terpaksa dihentikan seketika sehingga jam 8.30 malam bagi tujuan keselamatan. 

Suspek pada awalnya berjaya melarikan diri namun berjaya ditangkap dan berdasarkan daripada teknik pemotongan kabel, suspek dipercayai mempunyai kemahiran dalam bidang elektrikal dan dijangka akan dijual kepada kedai besi buruk dengan harga mencecah ribuan ringgit.


Sejak memulakan operasi pada 2016, pihak Rapid Rail sudah mengalami kerugian lebih RM6 juta disebabkan kejadian kecurian kabel.

Ini bertentangan dengan  rumors yang tersebar di media sosial bahawa operasi MRT terhenti disebabkan oleh kejadian bunuh diri. Harapnya kejadian ini memberikan pengajaran kepada semua agar jangan cepat menyebarkan perkara yang belum pasti.



Apa pula pendapat anda? - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 30-4-2019 02:13 PM
Rentung semacam
Quote RatuDunia94 30-4-2019 02:17 PM
Confident kan yg komen2 tu speku org bunuh diri..

Dengar cerita bla bla..
Bla bla bla.. kawan kerja prasarana yg bagitahu..
Kawan suami bgtahu bla bla..
Adik kawan isteri cakap bla bla..

Tup2 ada malaun nk curi kabel.. haha
Quote Herlina 30-4-2019 02:24 PM
Memang menyusahkan betul la masa ni. Time peak hour lak tu.
Pastu announcement tak clear. Yang jelas dan nyata cuma iklan kad Rapid My 100 dan My 50 sampai naik muak mendengarnya. Ramai org marah sbb tak tahu apa2.
Yg sibuk berpusing2 ambik gambar ambik video nk buat live pun lagi la buat org menyirap. Sibuk sangat nak menyampaikan 'live' nya sampai terlanggar2 orang.
Quote whadda 30-4-2019 02:45 PM
kesiannye la hai orang terpakse carik kenderaan lain balik .. siot punye penyamun
Quote ell768 30-4-2019 02:56 PM
menyusahkan org betul..
Quote insulin 30-4-2019 03:10 PM
Kau tersentuh third rail tu confirm kau bertambah hangus.
Quote Artemesiaa 30-4-2019 03:14 PM
Thread dah ada minggu lepas bukan kes cubaan bunuh diri tapi kes curi cable katanya
Quote arm_band 30-4-2019 04:03 PM
ni versi back to the future ke camne...
Quote GigaMom 30-4-2019 04:57 PM
Sepatutny buat mekanisme renjatan je utk pencuri2 nj
Quote baghal_bortuqal 30-4-2019 06:27 PM
hakim sepatutnya mengenakan hukuman creative yg menghukum peasalah atas kesalahan menyusahkan org lain.

spt, mop lantai seluruh setesen mrt selepas hujan selama setahun.
Quote salmon-suki 30-4-2019 11:09 PM
Seriusli,mentaliti paling low..kabel pengangkutan awam pn ko sggup curi?bodoh betul
Quote salmon-suki 30-4-2019 11:10 PM
baghal_bortuqal: hakim sepatutnya mengenakan hukuman creative yg menghukum peasalah atas kesalahan menyusahkan org lain.spt, mop lantai seluruh setesen mrt selepas huj ...

susah gk ni..nti ada je bnde2 y dia curi
Quote MarryPottet 1-5-2019 12:23 AM
Kici kici tamau kiok. Busar sudah kasi susah sama orang aja
Quote bondeh 1-5-2019 12:41 AM
Manusiawi rentung dengan cari masalah berpisah tedaaaa... dulu kala kat flat meolls tinggal selalunya warga rentung ni lah suka gaduh memekak dengan dia2 je, mudah je kena halau dari flat tu tendang p pindah flat pekeliling. Hah kat sana gaduh lah sampai mampos
Quote mamarock 1-5-2019 07:21 AM
Buat kerje yang membahayakan diri sendiri dan meyusahkan orang lain
Quote raxief 1-5-2019 06:23 PM
babinya lahai perangai.. nyusahkan org lain
Quote Orix 1-5-2019 11:28 PM
Mohon ikat heols lepastu suruh semua penumpang yg stranded tu bagi lempang sorg satu kt dia. Nak lagi best picit telo dia  
Quote qqmikael 2-5-2019 08:27 AM
Masa ni elok aku boleh smpi seremban pkl 8pm sudahnya pkl 10pm ..setan..
Quote hyunniesSS501 2-5-2019 12:14 PM
berani noh hang curik kabel
dkt area opis aku ni pon ada gak kes curi kabel
cuma nya mamat tu sekarang ICU
melecur keseluruhan anggota badan
bini tgh sarat
kalau sehat lepas ni mungkin masuk lokap

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.065289 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top