CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jualan Kenderaan Bermotor Ogos Susut

20-9-2013 04:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6965| Komen: 36

Description: Kuala Lumpur - Jualan Kenderaan Penumpang Dan Komersial Pada Ogos Menyusut Kepada 51,104 Unit Daripada 51,818 Unit Satu Tahun Lepas, Menurut Persatuan Automobil Malaysia.



KUALA LUMPUR - Jualan kenderaan penumpang dan komersial pada Ogos menyusut kepada 51,104 unit daripada 51,818 unit satu tahun lepas, menurut Persatuan Automobil Malaysia.

Dalam satu kenyataan semalam, MAA berkata, segmen kenderaan penumpang mencatatkan jualan yang lebih rendah iaitu 45,052 unit berbanding 45,681 unit tahun lepas, sementara jualan pada segmen kenderaan komersial merosot kepada 6,052 unit daripada 6,137 unit tahun lepas.

Ia berkata, volum jualan pada Ogos adalah 17,327 unit, atau 25 peratus, lebih rendah daripada bulan sebelumnya.

"Bagaimanapun, jumlah volum industri untuk tempoh antara Januari dan Ogos adalah lima peratus lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun lepas berikutan bulan kerja yang pendek pada Ogos 2013," katanya.   

MAA berkata, pengeluaran kenderaan penumpang bulan lepas merosot kepada 33,759 unit daripada 35,542 unit tahun lepas.   

Pengeluaran kenderaan komersial merosot kepada 3,789 unit daripada 3,804 unit tahun lepas, katanya.   

Ia berkata, jumlah pengeluaran untuk kedua-dua segmen merosot kepada 37,548 unit daripada 39,346 unit tahun lepas.   

Mengenai unjuran, MAA berkata, volum jualan bagi September dijangka lebih tinggi daripada Ogos dengan pengenalan model baharu dan sentimen pelanggan kekal positif dan konsisten.-


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dualchicks 19-9-2013 01:31 PM
Kereta lama masih OK lagi..disebabkan tak perlu nak beli baru sejak harga kereta makin merapu...
Quote NIXAR 19-9-2013 01:35 PM
dekat nak ujung tahun mmg mcm ni
Quote berun 19-9-2013 01:36 PM
kereta malaysia apa la sangat? lagi minyak pun naik nk suruh beli kereta? tgu mrt siap la . semua nak beli kereta nk naik kereta sesak je KL ni
Quote evolutionary 19-9-2013 05:42 PM
ni mesti kes tunggu vios baru nak keluar, tu yg tak beli beli lg
Quote Firenzza 19-9-2013 08:51 PM
evolutionary posted on 19-9-2013 05:42 PM
ni mesti kes tunggu vios baru nak keluar, tu yg tak beli beli lg

....ooo ye ke? ingatkan promo gila babeng @peYno @indoncaprut kereta suprimah dia aritu berjaya melonjakkan pembelian keta oleh set2 dia kat m'sia nih...habis tu keta dia laku kat indon je ke???
Quote little_sis 19-9-2013 09:37 PM
rasa x mampu nk tuka keta, buat utang baru... guna je la keta yg ada.. lgpun rega petrol dh naik.. nak kena cover kenaikan rega brg2 lain dgn gaji sedia ada...
Quote peYno 19-9-2013 09:58 PM
Firenzza posted on 19-9-2013 08:51 PM
....ooo ye ke? ingatkan promo gila babeng @peYno @indoncaprut kereta suprimah dia aritu berjaya me ...

caprut ni ingat keta suprima rm80k tu dia budget  jumlah jualan cam keta murah myvi, saga kot...
set2 tu je
Quote kambeng_masam 19-9-2013 10:13 PM
adakah ini menandakan public transport di malaysia sudah tiptop? maka rakyat lebih senang naik transport2 ini berbanding beli kete yg harganya jauhlebihmahal macam di singapore? Oh tidak....public transport di malaysia masih mundur dan tak cekap.
Quote kluangman 19-9-2013 10:13 PM
evolutionary posted on 19-9-2013 05:42 PM
ni mesti kes tunggu vios baru nak keluar, tu yg tak beli beli lg

Suprima S kan dah keluar. Buat apa nak tunggu Vios baru lagi.



Quote gogo2 19-9-2013 10:14 PM
Bad economy. Penang is dying.
Quote peYno 19-9-2013 10:32 PM
kluangman posted on 19-9-2013 10:13 PM
Suprima S kan dah keluar. Buat apa nak tunggu Vios baru lagi.

suprima S pilihan rakyat urban ... proton sasarkan 750 sebulan je sejajar dgn statistik jualan keta2 hatchback seperti fiesta, focus, mazda 3 dan 308t

dan kita sedia maklum.. golongan uran ni tak ramai.. yg ramai jenis2 caprut pakai myvi, saga, je
Quote Acong 20-9-2013 12:18 AM
peYno posted on 19-9-2013 09:58 PM
caprut ni ingat keta suprima rm80k tu dia budget  jumlah jualan cam keta murah myvi, saga kot...
...

sup rimau tu kuat minum petrol......!!!
Quote peYno 20-9-2013 07:18 AM
Acong posted on 20-9-2013 12:18 AM
sup rimau tu kuat minum petrol......!!!

Keta power.. Mementing kan power n handling mmg la camtu... Klu nak jimat minyak bawak
Ala2 ppuan pki saga, myvi almera tu jimat
Quote cmf_rambutan 20-9-2013 07:48 AM
Acong posted on 20-9-2013 12:18 AM
sup rimau tu kuat minum petrol......!!!

keta nih bukan untuk org miskin.. agak2 tak mampu isi minyak sila naik bibah.....
Quote lee_sakura 20-9-2013 07:54 AM
sejak minyak naik 2kupang nie mmg xramai yg beli kete
Quote AHMADVW 20-9-2013 08:00 AM
golongan2 executive bnyak beli motor besar
Quote Acong 20-9-2013 12:35 PM
peYno posted on 20-9-2013 07:18 AM
Keta power.. Mementing kan power n handling mmg la camtu... Klu nak jimat minyak bawak
Ala2 ppuan ...

dol, nissan GTR, 3,000 cc

10.22 - 14.71 L utk setiap 100km



http://autos.msn.com/research/vip/Spec_engines.aspx?year=2013&make=Nissan&model=GT-R&trimid=-1 Last edited by Acong on 20-9-2013 12:36 PM

Quote peYno 20-9-2013 12:59 PM
Acong posted on 20-9-2013 12:35 PM
dol, nissan GTR, 3,000 cc

10.22 - 14.71 L utk setiap 100km

Alaa jgn la jadi cam jawa johor orge tu.. Compare dgn accord la crv laa dgn harapan rakyat ingat dia pki keta tu...hehe
Quote Acong 20-9-2013 01:08 PM
peYno posted on 20-9-2013 12:59 PM
Alaa jgn la jadi cam jawa johor orge tu.. Compare dgn accord la crv laa dgn harapan rakyat ingat d ...

taik laa ko.....

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.052877 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top