CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sejuk Melampau Tandingi Antartika, Lebih 20 Kematian Dicatat Di Midwest AS

15-2-2019 05:34 PM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 2379| Komen: 8|Original author: Oleh: nameera

Description: Sejak beberapa hari lalu, Wilayah Midwest America Syarikat dilanda suhu dingin melampau dengan suhu mencecah-30 darjah Celcius yang mana sudah seperti -46 darjah Celcius . Ia adalah berpunca daripada ...
Sejak beberapa hari lalu, Wilayah Midwest America Syarikat dilanda suhu dingin melampau dengan suhu mencecah -30 darjah Celcius yang mana sudah seperti -46 darjah Celcius. Ia adalah berpunca  daripada angin sejuk dari fenomena vorteks kutub yang sering mengelilingi kutub utara sekarang ini. 

Kredit Foto : phys.org

Sesuatu  yang agak mengejutkan kerana  ia merupakan keadaan  terburuk yang perlu di alami wilayah ini dan dijangka akan membawa kepada suhu lebih rendah lagi.

"Angin sejuk 30 hingga 60 darjah di bawah sifar menjadi biasa di seluruh utara Plains, Great Lakes dan bahagian atas Midwest," kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan. :AFP


Suhu sejuk yang sedang dialami oleh 12 negeri di sini hari ini, lebih dingin daripada beberapa bahagian di Antartika bahkan telah menandingi kesejukan di ibu negeri Alaska dan dikatakan akan berlaku untuk beberapa hari lagi ikutan dari udara artik yang akan kekal di tengah dan timur.

Kredit Foto : people
Kredit Foto: WPRO

Fenomena ini menyebabkan aktiviti harian terhenti, gangguan kepada perjalanan dan penerbangan juga terpaksa ditangguhkan. Berikutan dari itu, semua penduduk digalakkan  berada di rumah, dikhuatiri terkena "frost bite" jika terdedah di tempat terbuka selama 10 minit. 

Setakat ini 29 kematian telah tercatat yang mana antaranya terjadi ketika berada di luar rumah, tidak mematuhi pakaian yang ditetapkan dan salah seorang darinya juga merupakan lelaki "homeless" yang dijumpai telah membeku.

Kredit Foto : Naaju

Terkini pihak berkuasa di Illinois sudah mengeluarkan perintah darurat untuk mengawal keadaan  dan mengurangkan perkara tidak diingini daripada berlaku. Malah kebanyakan syarikat dan premis perniagaan  mengarahkan pekerja hanya bekerja di rumah. Sekolah dan institusi pula ditutup buat masa ini.


Kredit Foto : EPA
Kredit Foto : Daily Express
Pelajar Malaysia di sana dikhabarkan selamat dan keselamatan mereka akan sentiasa dipantau oleh Education Malaysia Chicago  dari masa ke masa.  Mereka juga dinasihatkan agar sentiasa berada di tempat yang lebih selamat dan tertutup sepanjang fenomena sejuk melampau ini berlaku.

Kredit Foto : Malay Mail

Wan Abdul Rahman Wan Azhar, 21 iaitu pelajar Ijazah Pengurusan Rantaian Bekalan, Iowa State University menceritakan pengalamannya berhadapan dengan keadaan sejuk melampau  ketika keluar dari rumah sehingga menyebabkan tangan membeku dengan cepat. 

Menurutnya,

"Saya tak pakai sarung tangan lagi, walaupun ada di dalam poket baju sejuk kerana bergegas takut tertinggal bas. Tidak sampai lima minit, tangan dah rasa macam beku dan sakit,: katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Kemudian seorang lagi penuntut di universiti itu, Muhamad Imran Maszeri, berkata alat pemanas terpaksa dinaikkan dari suhu 20 ke 30 darjah Celcius . Beliau juga terpaksa memakai empat lapisan pakaian bagi memanaskan badan untuk keluar ke universiti dan membeli barang keperluan. - CARI 


5

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote unoryah 15-2-2019 05:40 PM
tengok gambar je pun dah rasa nak gigil
Quote umbut 15-2-2019 05:43 PM
Yg thn.lepas malaysia sejuk 26c tu pun malam x leh tidur.. sejuk
Quote noor2 15-2-2019 05:49 PM
Kesian kucing2 dan anjing2 terbiar. ....
Quote kroit92 15-2-2019 08:33 PM
macam movie The Day After Tomorrow
Quote ikanmasin 15-2-2019 10:34 PM
wow tgk gambar pun da terasa apatah lg yg disana..
Quote mata_kucing 16-2-2019 12:25 AM
noor2: Kesian kucing2 dan anjing2 terbiar. ....


Terfikir benda yg sama juga.. Mcmanalah kan
Quote RatuDunia94 18-2-2019 10:51 PM
Sementara kat sini panas berdenting.
Quote orgsepang 18-2-2019 11:14 PM
Tengok gambar pun akak dah rasa sejuk. Bersyukur sungguh duduk di malaysia walaupun dilanda penipuan demi  penipuan orang politik

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.091813 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top