CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

BN Masih Kebal di Cameron Highland ( Keputusan Penuh PRK Cameron Highland)

26-1-2019 11:33 PM| Diterbitkan: safriehalim| Dilihat: 20063| Komen: 283|Original author: Oleh: Safrie Halim

Description: Calon BN, Ramli Mohd Nor diumumkan menang PRK dengan 12,038 undi mengatasi M Manogaran yang hanya mendapat 8,800undi. Calon BN Ramli Mohd Noor telah menang dengan majoriti 3238 undi.

Gambar Ihsan Sinar Harian
Keputusan penuh rasmi PRK Cameron Highland telah diumumkan tadi, yang mana calon BN, Ramli Mohd Nor diumumkan menang PRK dengan 12,038 undi mengatasi M Manogaran yang hanya mendapat 8,800 undi. Manakala calon Bebas iaitu Sallehudin Ab Talib mendapat 314 undi, dan Wong Seng Yee pula hanya 283 undi. Calon BN Ramli Mohd Noor telah menang dengan majoriti 3238 undi.

Pada PRU 14 lepas , Calon BN memperolehi 10, 307 undi manakala calon DAP pula 9,710. Calon PAS mendapat 3,587 manakala calon PSM mendapat 680 undi dan calon Berjasa hanya mendapat 81 undi. Calon BN hanya menang dengan majoriti 597 undi.

Seperti yang dijangka oleh ramai pemerhati politik sebelum ini, BN memang tiada masalah untuk mengekalkan kerusi tradisinya di parlimen Cameron Highland walaupun penyandang kerusi asal iaitu Sivarraajh telah didapati bersalah mengamalkan rasuah pada PRU14.


Pada PRU 14 lepas, Sivarraajh dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah didapati merasuah dan mengancam pengundi, terutama masyarakat Orang Asli yang terdiri daripada 20 peratus pengundi di sana. Mereka juga dikatakan telah membayar pengundi kawasan itu "duit rokok," mengakibatkan Manogaran kalah pertandingan kerusi parlimen itu sebanyak 597 undi.

Menyedari kepentingan undi orang asli sebagai penentu kemenangan, BN telah mengatur strategi paling ampuh dengan meletakkan orang asli sebagai calon PRK ini walaupun tradisinya kerusi Cameron Highland ialah milik MIC.

Selain kerana faktor orang asli, kemenangan BN juga disebabkan faktor penyokong PAS. Pada PRU 14 lepas, calon PAS memiliki 3,587 undi dan apabila undi PAS ini dicampur kepada undi BN, secara matematiknya sokongan kepada BN semakin bertambah. PRK Cameron Highland ini Pas tidak meletakkan calonnya dan  jentera PAS telah dikerah untuk bersama-bersama berkempen untuk pastikan kemenangan BN.

Gamnar Ihsan Sinar Harian
Kemenangan calon BN di PRK Cameron Highland ini bukan sahaja bukti BN masih kebal di Cameron Highland malah ianya telah mencipta sejarah baru Malaysia apabila buat pertama kalinya orang asli diangkat sebagai ahli parlimen. Semoga kemenangan ini, akan menjadi isyarat kepada kerajaan pada hari ini agar menjalankan amanah yang diberi dengan sebaiknya jika tidak mahu dihukum pada PRU akan datang.-CARI
10

Bagus
5

Marah
12

Terkejut
5

Sedih
10

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dinopower2 26-1-2019 03:58 PM
ni btul ka?
Quote Voyagers 26-1-2019 04:00 PM
dinopower2 replied at 26-1-2019 03:58 PM
ni btul ka?

ini peti undi orang asli
Quote dinopower2 26-1-2019 04:03 PM
Voyagers replied at 26-1-2019 04:00 PM
ini peti undi orang asli

baca gak kat fb... baru satu pusat undi...
dah jd gomen tu mcm2 bleh jd haha
Quote Voyagers 26-1-2019 04:03 PM
dinopower2 replied at 26-1-2019 03:58 PM
ni btul ka?

CAMERON HIGHLANDS 26 Jan. - Sekolah Kebangsaan (SK) Lemoi adalah pusat pengundian pertama ditutup dan dikatakan Barisan Nasional (BN) memperolehi kemenangan di kawasan itu.

Maklumat yang beredar  BN memperolehi 159 undi, manakala Pakatan Harapan (PH) mendapat 11 undi.

Berdasarkan itu jelas PH gagal mendapat sokongan masyarakat Orang Asli. Pusat pengundian itu ditutup pada pukul 1 petang tadi dan peti undi angkut menggunakan helikopter.

Semua pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang, dan keputusan Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands akan diketahui pada pukul 5 petang.

Berikut mesej yang beredar:

Alhamdulillah, kemenangan pertama kita!

PDM LEMOI (Tutup jam 1.00pm)
Jumlah Pengundi: 215
Keluar Mengundi : 181
BN:159
PH:11
Cangkul:1
Buku:2
Rosak:8
Majoriti: 137
Quote CharlesDera 26-1-2019 04:04 PM
parti cangkui......wakakkakakakakakkakkakakka
Quote dinopower2 26-1-2019 04:05 PM
Voyagers replied at 26-1-2019 04:03 PM
CAMERON HIGHLANDS 26 Jan. - Sekolah Kebangsaan (SK) Lemoi adalah pusat pengundian pertama ditutup  ...

nanti ko cc mahacai yea haha
Quote Voyagers 26-1-2019 04:16 PM
*PDM KUALA MEDANG*(Tutup jam 2.00 pm)

BN : 572
PH : 105
CANGKUL: 0
BUKU : 17
MAJORITI : 467
Peratusan keluar : 72 %
Quote Voyagers 26-1-2019 04:17 PM
*PDM POS LENJANG* (Tutup jam 2.00 pm)

BN : 305
PH : 126
CANGKUL: 3
BUKU : 7
MAJORITI : 179
Peratusan : 71.59 %
Quote Siti_Muhaymin 26-1-2019 04:17 PM
harap haraplah menang..kita nyahkan DAP dari mjadi kerajaan ..kata org asli
Quote haruslah 26-1-2019 04:29 PM
Legit ke ori?
Quote insulin 26-1-2019 04:32 PM
Ini mesti berita palsu.
Quote Voyagers 26-1-2019 04:35 PM

*PDM POS SINDERUT*(Tutup jam 2.00 pm)

BN : 592
PH : 385
CANGKUL: 4
BUKU : 20
MAJORITI : 207
Peratusan : 78.69 %

*PDM BUKIT KOTA*(Tutup jam 3.00 pm)

BN : 639
PH : 46
CANGKUL: 0
BUKU : 7
MAJORITI : 593
Peratusan : 62.95%
Quote RED 666 26-1-2019 04:52 PM
Ph mmg undi cina laa kekuatan diorg sebab lebih 90% cina sokong dap
Quote Voyagers 26-1-2019 04:53 PM
*PDM KOYAN 2 & 3*(Tutup jam 2.00 pm)

BN : 1155
PH : 182
CANGKUL: 0
BUKU : 43
MAJORITI : 973
Quote Voyagers 26-1-2019 04:54 PM
PDM Sk Terisu

Jumlah pengundi 351
Keluar mengundi 257

BN 221
PH 25
Bebas Buku 1

Rosak 10
Quote highcastle 26-1-2019 04:58 PM
Peratus undi Cina dan India digabungkan dah boleh congak saper menang............. Dia orang ni solid sokong PH skg ni............
Quote JohnDeSouza 26-1-2019 05:00 PM
RED 666 replied at 26-1-2019 04:52 PM
Ph mmg undi cina laa kekuatan diorg sebab lebih 90% cina sokong dap

depa lupa melayu pun turut undi mereka.x pandai jaga hati mereka .. nasib la
Quote sepiITUindah 26-1-2019 05:03 PM
alhamdulillah ada juga PRK  najib menang
Quote cm_matjawasp 26-1-2019 05:10 PM
Pru hari tu pun keluar berita BN tengah leading..perkara biasa ja..jangan gabra penyokong PH..tapi aku rasa macam PH kekalkan kekalahan..ha ha

Lihat semua komen(283)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.071214 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top