CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Permintaan Peminat Nazak Tonton Filem Avengers Endgame Sebelum Mati Ditunaikan Marvel

12-3-2019 10:24 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 2767| Komen: 3|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Permintaan Peminat Nazak Tonton Filem Avengers Endgame Sebelum Mati Ditunaikan Marvel
Disney dan Marvel bakal menunaikan permintaan seorang peminat yang nazak untuk menonton filem Marvel terbaru, Avengers Endgame lebih awal daripada tayangan rasmi.


Kredit foto: Carian Google


Seorang lelaki dari Australia yang hanya dikenali sebagai Alexander, 33, telah meluahkan keinginannya di forum Reddit untuk menonton filem Avengers Endgame lebih awal. Beliau mendedahkan mengidap Fanconi Anemia iaitu penyakit yang mengakibatkan kanser hati, mulut dan kegagalan tulang sum-sum.



Kredit foto: Mirror



Peminat seluruh dunia kini menantikan tayangan filem tersebut pada 26 April tetapi penyakit Alexander dikatakan berada pada tahap kritikal menyebabkan jangka hayat beliau tidak akan bertahan sehingga tarikh tersebut. 


Kredit foto: Mirror


"Saya pernah mendengar peminat dapat menonton filem lebih awal, bagaimana saya boleh mendapat keistimewaan yang sama? Saya hanya orang biasa, tiada kisah tragik, akan mati dengan penyakit yang sama seperti mendiang adik saya, akan meninggalkan kekasih dan seekor anjing" tulisnya dalam forum tersebut.

Postingnya kemudian menjadi viral sehingga ke Twitter dengan hashtag #Avengers4Alexander dan netizen turut menjejak pengarah fiem itu Anthony dan Joe Russo beserta bintang utamanya Chris Hemsworth untuk memberitakan kisah Alexander.


Kredit foto: Mirror


Tidak lama kemudian Alexander menyampaikan berita gembira di forum itu bahawa dia telah dihubungi oleh seseorang dari pihak penerbit filem itu memaklumkan bahawa kini terdapat usaha untuk menunaikan permintaan beliau. 

Filem Avengers Endgame yang bakal ditonton oleh Alexander kelak bakal menjawab persoalan nasib hero-hero Marvel termasuklah Iron Man, Captain America dan Black Widow.

Tahniah kepada Disney kerana dapat menunaikan permintaan akhir salah seorang peminat fillem Marvel yang sudah pasti bermakna buatnya.- CARI

8

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
8

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 12-3-2019 08:24 PM
Siapa dah tengok movie ni?

Best ke?
Quote mohdcrow 12-3-2019 09:56 PM
Sang_Pencinta replied at 12-3-2019 08:24 PM
Siapa dah tengok movie ni?

Best ke?

Mana kuar lagi...tayangan april 2019
Quote mialunar 12-3-2019 11:30 PM
Edited by mialunar at 12-3-2019 11:31 PM
Sang_Pencinta replied at 12-3-2019 08:24 PM
Siapa dah tengok movie ni?

Best ke?


.. lawak tt

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.055883 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top