CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Starbucks Tidak Benarkan Pelanggan Bawak 'Pistol'

19-9-2013 05:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2590| Komen: 1

Description: NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Rantaian kedai kopi Starbucks Corp di Amerika Syarikat (AS) telah meminta pelanggannya supaya meninggalkan senjata api mereka di rumah.



NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Rantaian kedai kopi Starbucks Corp di Amerika Syarikat (AS) telah meminta pelanggannya supaya meninggalkan senjata api mereka di rumah.


Saranan tersebut dibuat selepas peningkatan mengenai perbahasan di antara hak penggunaan senjata api yang akhirnya meningkatkan jumlah tembakan awam.

Walaupun banyak rangkaian restoran AS dan peruncit tidak membenarkan pelanggan mereka membawa senjata api di premis mereka, namun polisi Starbucks pula berbeza.

Pada Ogos, pejuang hak penggunaan senjata api telah mengadakan "Hari Penghargaan Starbucks" bagi mengucapkan terima kasih terhadap pendirian itu.

Penganjuran sambutan yang dijadual berlangsung di Newtown, Connecticut terpaksa dibatalkan selepas 20 kanak-kanak dan enam dewasa telah mati ditembak di sebuah sekolah rendah pada Disember lalu.

Starbucks kemudiannya menutup presmisnya sebelum acara itu dimulakan.

Ketua Eksekutif, Howard Schultz berkata dalam surat terbuka semalam kepada pelangan  menyatakan bahawa acara Hari Penghargaan Starbucks "telah meletakkan Starbucks sebagai juara" kepada "membawa secara terbuka".

"Untuk penjelasan, kami tidak mahu acara ini di dalam kedai kami."

Selepas kejadian, Starbucks telah mengeluarkan arahan larangan membawa senjata api secara terang-terangan kepada 7, 000 kafe milik syarikat itu.

Larangan ini dibuat kerana ia akan  memberikan kakitangan berdepan dengan pelanggan bersenjata.

Syarikat yang berpengkalan di Seattle berharap supaya "pemilik senjata api bertanggungjawab kepada peluang untuk menghormati permintaan," kata Schultz lagi.

Tambah Schultz, lebih ramai orang akan membawa senjata api ke dalam kedai Starbucks  semenjak enam bulan lalu, menyebabkan kekeliruan dan kekecewaan di kalangan pekerja dan pelanggan.

"Saya tidak bimbang kita akan kehilangan pelanggan.

"Saya rasa seperti saya telah membuat keputusan yang terbaik untuk kepentingan syarikat kami," katanya kepada Reuters.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Al-Patih 20-9-2013 05:25 AM
nasib pistol lagik satu melekat ...kalau tak ...kena simpan kat umah ...parah jawabnya ...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.057618 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top