CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Panik Tertembak Rakan, Tembak Diri Sendiri

3-1-2019 05:57 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3504| Komen: 24|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Inilah masalahnya di negara maju apabila senjata api boleh dimiliki oleh sesiapa pun dengan mudah.

Seorang remaja di Georgia, Amerika Syarikat membunuh diri beberapa minit selepas tertembak rakannya secara tidak sengaja sehingga mati pada satu sambutan tahun baru.

 

Kredit foto: WKRN


Remaja tersebut, Devin Hodges, 15, sedang menunjukkan selaras senapang kepada tiga orang rakannya di sebuah bangsal milik keluarganya apabila tiba-tiba tertembak salah seorang kawannya sehingga mati, menurut polis Gwinnett County. Kejadian dikatakan berlaku sekitar 3.15 pm pada 31 Disember.

 

Kredit foto: Twitter



Sebutir peluru tembakan mengenai kawannya Chad Carless, 17. Dalam keadaan panik mereka menelefon 911 tetapi Carless mati sebelum bantuan sampai. Sejurus selepas pegawai polis tiba, mereka mendengar satu lagi tembakan dan mendapati Devin Hodges pula mati dipercayai menembak dirinya sendiri. Pihak polis merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dua anak muda tersebut.


 

Kredit foto: Buzzfeed


Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), setiap satu daripada tiga rumah yang mempunyai anak kecil di Amerika Syarikat menyimpan senjata dan kebanyakan daripadanya di tempat yang tidak berkunci atau tidak selamat.

 


Kredit foto: WSBTV



Susulan tragedi ini, pihak AAP dan National Rifle Association (NRA) sekali lagi menggesa ibubapa supaya mengunci senjata mereka di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak-anak. ‘Pastikan senjata anda tidak boleh dikeluarkan oleh mereka yang tidak berkelayakan’ kata jurucakap NRA.

 

Inilah masalahnya di negara maju apabila senjata api boleh dimiliki oleh sesiapa pun dengan mudah. - CARI 

7

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote weezerfan 3-1-2019 07:13 PM
Carry on legalize gun possession. X lama lg ummah asia ikut..
Quote moonbug 3-1-2019 07:53 PM
Mana la budak tu dapat pistol
Quote Aerhys 3-1-2019 08:06 PM
Biarlah malaysia tak legalize gun possession pun. Tak ada guns pun dah banyak kes tetak sana tetak sini. Ada ibu bapa yg jenis pandai membiak saja tapi tak pandai jaga anak pun ramai. Buat seram saja nanti byk pula kes jenayah dan kanak2 mati tertembak akibat kecuaian ibu bapa.
Quote Putriputeh 3-1-2019 08:10 PM
Aerhys: Biarlah malaysia tak legalize gun possession pun. Tak ada guns pun dah banyak kes tetak sana tetak sini. Ada ibu bapa yg jenis pandai membiak saja tap ...
isap dadah je macam2 boleh buat
Quote CharlesDera 3-1-2019 08:25 PM
my kind of nigga...wakakakakakkkakaka
Quote Aerhys 3-1-2019 08:38 PM
Putriputeh replied at 3-1-2019 08:10 PM
isap dadah je macam2 boleh buat

Yup. Tak payahlah tiru negara maju nak legalizekan segala macam weed, cannabis bagai tu juga. Tak perlu nak menjahanamkan lagi negara malaysia yg kecil ini.
Quote pyropura 3-1-2019 08:39 PM
Tingat Dick Cheney tetembak kawan masa nembak puyuh
Quote tikusmontok 3-1-2019 08:46 PM
moonbug replied at 3-1-2019 07:53 PM
Mana la budak tu dapat pistol

'Selaras senapang milik keluarga'
ko baca ke tak..rasa nak katuk jer jari ko dengan  hanger
Quote moonbug 3-1-2019 08:56 PM
tikusmontok replied at 3-1-2019 08:46 PM
'Selaras senapang milik keluarga'
ko baca ke tak..rasa nak katuk jer jari ko dengan  hanger

Yelah milik keluarga. Tapi senangnya dapat, letak kat dapur sebelah cereal ke apa
Quote Sang_Pencinta 3-1-2019 09:07 PM
moonbug replied at 3-1-2019 07:53 PM
Mana la budak tu dapat pistol

Milik parents lah

Sana kan mudah beli senjata samua
Quote tikusmontok 3-1-2019 09:07 PM
moonbug replied at 3-1-2019 08:56 PM
Yelah milik keluarga. Tapi senangnya dapat, letak kat dapur sebelah cereal ke apa

Haruslah simpan lam peti ais sebelah susu kocak :p
Quote moonbug 3-1-2019 09:11 PM
Sang_Pencinta replied at 3-1-2019 09:07 PM
Milik parents lah

Sana kan mudah beli senjata samua

Maybe aku kena rephrase komen tadi tu, maksud aku senang dapat amik as if pistol tu letak kat tempat yang open/accessible
Quote moonbug 3-1-2019 09:12 PM
tikusmontok replied at 3-1-2019 09:07 PM
Haruslah simpan lam peti ais sebelah susu kocak :p

Kalau camtu parents nya patut ditembak
Quote Dovahkiin 3-1-2019 09:18 PM
Kinder Egg haram, tp senjata api boleh pulak dibeli di pasar malam.
Quote batmana 3-1-2019 10:07 PM
Sekarang..sapa2 ada 3d Printer,bole print senjata api sendiri..pakai peluru hidup
Quote Sang_Pencinta 4-1-2019 12:19 PM
batmana replied at 3-1-2019 10:07 PM
Sekarang..sapa2 ada 3d Printer,bole print senjata api sendiri..pakai peluru hidup

Fungsi sama ke boleh mencederakan orang?
Quote dodolgemok 4-1-2019 12:52 PM
Hadap lah amareka nak sgat gun possession utk self defense kan? Ujong2 sendiri meninggal kerana gun.
Quote DARSITA 4-1-2019 01:01 PM


Pistol tak membunuh yang membunuh jari yang memetik. Mcm dlm kes ini kecuaian parents budak ni.

Tak kan pasal kecuaian orang lain guns diHARAMkan? eh korang sini anytime society breakdown tau! Rumah aii ada satu automatic, satu revolvers dan satu shotguns. Bullets berkotak kotak. Persediaan itu penting. :-)

Quote Sang_Pencinta 4-1-2019 01:06 PM
DARSITA replied at 4-1-2019 01:01 PM
Pistol tak membunuh yang membunuh jari yang memetik. Mcm dlm kes ini kecuaian parents budak ni.  ...

Agree penting

Yg tak agree even orang yg tak layak pun boleh beli senjata. Mcm mana tu?

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.221806 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top