CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bersedialah, Malaysia Bakal Kembali Jadi Harimau Asia- Tun Mahathir

3-10-2018 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3050| Komen: 31

Description: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, negara kita boleh menjadi Harimau Asia semula dengan sambutan pelabur asing yang berjanji mahu melabur ke negara ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, negara kita boleh menjadi Harimau Asia semula dengan sambutan pelabur asing yang berjanji mahu melabur ke negara ini.


Tambah Perdana Menteri, berdasarkan reaksi pelabur pada pertemuan di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) mereka berpuashati dengan penjelasan yang diberikan mengenai kedudukan negara selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan.

“Saya terharu dengan sambutan yang diberikan dan tidak sangka sama sekali mereka menunjukkan minat dan berjanji akan ke negara kita untuk melabur,” katanya.

“Mereka membuat pengakuan memerlukan pegawai, jurutera dan pekerja untuk mengeluarkan barang yang bermutu tinggi.” 

Kredit foto: Kosmo


Demikian ucapan ringkas beliau di hadapan 300 penyokong PH yang menyambut beliau di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam sejurus tiba dari lawatan kerja dari United Kingdom dan New York.

Seterusnya beliau menyeru seluruh rakyat melakukan persediaan rapi bagi menerima kemasukan pelabur-pelabur asing dengan hasrat mengembalikan kegemilangan ekonomi Malaysia sebagai Harimau Asia.

"Saya merayu supaya rakyat Malaysia membuat persediaan dan jangan hampakan pelabur yang akan datang melabur di sini."

"Tunjuk kepada dunia bahawa ekonomi kita sudah dipulihkan, kita akan kembali maju ke arah menjadi Harimau Asia sekali lagi."- CARI
28

Bagus
20

Marah
19

Terkejut
18

Sedih
23

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 3-10-2018 10:40 AM
buktikan lah dulu,usah cakap besa!!!!!!
Quote manehnya 3-10-2018 10:54 AM
ye lah tu........
Quote dess402 3-10-2018 11:02 AM
harimau dah tua atokk..   
ketaq2 pakai tongkat  .


hahaha..  
Quote ra5101 3-10-2018 11:06 AM
Udang Harimau
Quote Voyagers 3-10-2018 11:10 AM
sejak bila malaysia pernah menjadi harimau asia???????

tak pernah pun jadi harimau

siapa yang pernah iktiraf malaysia ni harimau asia tahun 90an dulu? aku cari info takde pun
Quote spiderman80 3-10-2018 11:34 AM
Voyagers replied at 3-10-2018 11:10 AM
sejak bila malaysia pernah menjadi harimau asia???????

tak pernah pun jadi harimau

Gelaran 'Harimau Asia' diberikan kepada Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura pada lewat 1980an kerana kepesatan ekonomi dan pembangunan negara yang kuat. Hari ini kesemua negara-negara tersebut sudah menjadi negara maju mengikut piawaian IMF dan Bank Dunia.
Malaysia dan Thailand cuma dirujuk sebagai Mini Asian Tigers pada pertengahan tahun 1990an. Negara kita masih belum dikategorikan sebagai negara maju mengikut IMF ataupun Bank Dunia.
Quote AbukRokok 3-10-2018 11:39 AM
Aaaaummmmm
Quote akusukaq 3-10-2018 11:40 AM
biarkan atuk tua tu  sambung ngigau , mahacai  bbnu pun seronok nak percaya. pasang angan angan bukan kena bayar pun.
Quote AbukRokok 3-10-2018 11:46 AM
spiderman80 replied at 3-10-2018 11:34 AM
Gelaran 'Harimau Asia' diberikan kepada Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura pada lewat  ...

sbb kita xikut imf dulu la... kita menuju negara maju menjelang 2020
mengikut acuan kita sendiri


Quote namirulmukminin 3-10-2018 11:48 AM
Hahahahaha.. Atok mimpi basah ke?? Takdak beza pon Atok punya mimpi basah dgn mimpi Lobai.. Tapi takpe... Mahachai PHundet tetap puja Atok dan mimpi basah Atok.. Tapi kalu lobai yg mimpi basah, 7 hari 7 mlm Mahacai PHundet pakat melahar siang malam... Wakakakkakaka..
Quote badaksumbu 3-10-2018 11:56 AM
mahathir ni pergi us & uk tak jumpa pemimpin2 negara mana2 ke? wakil pun takde ke?

Quote jalfa 3-10-2018 11:57 AM
Ye ye je...macam harimau malaya..ngaum je lebih
Quote shamsadis 3-10-2018 11:59 AM
cakap orang politik macam dia usah lah percaya negara maju ada GST, negara kita hapuskan GST
Quote spiderman80 3-10-2018 12:00 PM
AbukRokok replied at 3-10-2018 11:46 AM
sbb kita xikut imf dulu la... kita menuju negara maju menjelang 2020

Maksud acuan IMF bro?
Setiap negara membangun dengan cara yang hampir sama, iaitu kesungguhan kerajaan membangunkan sumber manusia, kurangkan gejala rasuah, menjaga keselamatan negara dan sosial, menarik pelaburan dll.
IMF pernah mendesak Malaysia dan Indonesia meminjam duit daripada mereka ketika krisis ekonomi Asia pada tahun 1998 tetapi Malaysia menolak manakala Indonesia akur dengan permintaan IMF. Kesannya Indonesia mengalami krisis ekonomi yang berpanjangan berbanding Malaysia. Lol.
Korea Selatan pun pernah meminjam daripada IMF ketika krisis itu namun Korea Selatan mampu bangkit dengan cepat disebabkan pembangunan manusia yang sangat efektif berbanding dengan Indonesia.
Not sure about Singapore, tetapi HK tidak terkesan dengan teruk untuk meminjam daripada IMF kerana dipayungi China.
Inilah kisah-kisah berbeza Asian Tigers consisting of the four East Asian countries ketika menghadapi krisis ekonomi Asia pada lewat 1990an.
Quote cmf_shalom 3-10-2018 12:03 PM
Edited by cmf_shalom at 3-10-2018 12:07 PM
spiderman80 replied at 3-10-2018 12:00 PM
Maksud acuan IMF bro?
Setiap negara membangun dengan cara yang hampir sama, iaitu kesungguhan ker ...

IMF xde la paksa kita terima pinjaman mereka..

yang aku tahu...if kita nak pinjam dengan IMF....syarat dia "ketat"eg cara wang tersebut dibelanjakan..akan dipantau...projek2 gomen x leh bagi kt kroni je....maka kroni semua x leh hidup la dengan dasar IMF tu...Tun tolak syarat IMF tersebut sebab katanya bcanggah dengan dasar kerajaan bkaitaN bumiputra...biasa la tu..bila kita pinjam duit sebab terdesak..mmg la kena pantau cara duit tu dibelanjakan...

itu antara sebab kita tolak..bak kata Tun time tu...demokrasi Malaysia kita ala Malaysia punya...
Quote spiderman80 3-10-2018 12:07 PM
cmf_shalom replied at 3-10-2018 12:03 PM
IMF xde la paksa kita terima pinjaman mereka..

yang aku tahu...if kita nak pinjam dengan IMF... ...

Memang tak paksa, more to meminta kita ikut cadangan mereka.
Quote cmf_shalom 3-10-2018 12:09 PM
Edited by cmf_shalom at 3-10-2018 12:13 PM
spiderman80 replied at 3-10-2018 12:07 PM
Memang tak paksa, more to meminta kita ikut cadangan mereka.

Yup..mmg IMF bagi tawaran plus syarat yg ketat berhubung akauntibiliti time tu...tu yg Malaysia x leh nak follow....apa guna bantuan duit..tp bila anak nangis minta duit...babah x leh nk tolong

Tu pun dngr..tsebar di kepulauan Borneo..time krisis masa tu..babah berangkat ke pulau borneo mengadap Rajah putih ...minta bantuan kewangan demi anak2 terkasih...
Quote spiderman80 3-10-2018 12:13 PM
Walaupun Tun dapat mempertahankan negara daripada krisis ekonomi Asia, tetapi Spidey fikir Najib lebih hebat mempertahankan negara ketika krisis global economy tahun 2008. Rizab antarabangsa kita paling kukuh pada zaman Najib. Ramai tidak melihat itu.
Quote lkick2113 3-10-2018 12:20 PM
Nak jadi harimau Asia Apa?  FDI based on assembly line ke?  C'mon lah Kita kalah lah dengan jiran Kita Kalau ikut upah minima ni.... Tu sebab najib tumpukan DDI kekayaan ke GLC yakni negara... Bukan kekayaan kroni konon swastakan itu ini Tapi Siapa dapat manfaat?  Kroni... Bila wartawan luar temuramah... Atok kata dia bg org Yg berkelayakan.... Berkelayakan Apa Kalau hampir semua Projek kroni KERAjaan nak kena bail out?  Cakap je Siapa Yg Tak kena bail out?  Ting pek King?  Eric chia?  Tajudin ramli?  Halim saad?  C'mon lah... BBNU Yg Lahir tahun2 90an Tak tau benda ni... Bukak lah mata korang... Tak boleh dah buat model ekonomi 80an Dan 90an zaman PM4 dulu... Reality nya lain.... If you think this old man are brilliant, Tu dulu... Not anymore... Dia ni macam Jose maurinho je... Sadar lah rakyat Malaysia oiii

Lihat semua komen(31)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

10-12-2022 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.100171 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top