CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Korang Pernah Terfikir Tak Page Pasal Rumah Tangga Tu Banyak Reka Cerita Sendiri?"

27-9-2018 11:09 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 9316| Komen: 51|Original author: Oleh: Whitney


Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti mengharapkan perkahwinan mereka sentiasa bahagia buat selamanya. Tetapi lautan mana yang tidak bergelora dan pantai mana yang tidak dilambung ombak. Begitu jugalah dalam sesebuah rumah tangga. 

Tidak salah untuk berkongsi kisah rumah tangga dengan orang lain bagi mencari penyelesaian masalah yang dihadapi dan membaik pulih hubungan. Tetapi, pastikan ia dikongsi pada medium yang betul dan tidak memburukkan pasangan. 

Seorang pengguna Twitter telah memuat naik status tentang pendapatnya berkenaan sebuah page di facebook yang dikenali dengan nama Kisah Rumah Tangga (KRT) yang dilihat begitu popular dan diikuti oleh ramai netizen. Dia turut mengecam mereka yang percaya dengan kisah-kisah mengenai rumah tangga yang ada kalanya mengarut dan sengaja direka bagi mengusik emosi pembaca sehingga ada yang meroyan.  


Antara kisah dalam KRT yang mendapat perhatian dan komen netizen

Mengaku pernah reka cerita dalam KRT

Ramai juga netizen yang perasan cerita-cerita yang dikongsi dalam KRT itu seakan mengarut. Lebih lebih lagi ada netizen yang mengaku dia pernah mereka-reka cerita dan menghantar kisah tersebut di page KRT untuk melihat respon pembaca. 

Boleh baca, tapi jangan percaya

Sebenarnya rata-rata netizen pernah mengikuti kisah-kisah yang dikongsi di dalam KRT tetapi kini mereka sedar yang banyak cerita-cerita dalam KRT itu sengaja direka bagi tujuan meningkatkan Likes di facebook fan page KRT. Jadi, kisah-kisah di KRT boleh dibaca oleh netizen tetapi tidak wajar dipercaya 100 peratus.


Kesian pembaca kena tipu

Netizen turut mengecam pembaca-pembaca yang terlalu emosi dan menulis komen-komen negatif akibat terlalu marah selepas membaca kisah yang dikongsi di page KRT. Ia seakan menunjukkan kebodohan diri sendiri kerana percaya dengan cerita-cerita yang kadang kala tidak masuk akal dan tidak wajar dikongsi di media sosial berkaitan masalah rumah tangga. 


Ada kisah yang boleh percaya

Tetapi ada netizen yang berpendapat yang kisah-kisah yang dikongsi di KRT itu benar dan wujud individu yang berperangai buruk seperti mana dalam kisah-kisah yang dikongsi. Jadi, tidak salah jika ia dijadikan pengajaran dan iktibar dalam kehidupan mereka yang sudah berumah tangga mahupun yang belum. 

Zaman sekarang, segala ilmu mahu pun kisah-kisah picisan hanya berada dihujung jari. Jadi, pandai-pandailah memilih atau membaca bahan bacaan yang boleh memberikan manfaat dalam hidup.  Setuju tak? - CARI 
24

Bagus
28

Marah
18

Terkejut
17

Sedih
18

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 27-9-2018 11:35 AM
hahahaha bagi bini 2 ratus je pastu nak suruh lawa

2 ratus nak beli bra pun tak cukup

apoooooo punya jantan
Quote justchu 27-9-2018 11:37 AM
harusla rekaan...kalo tak reka cerita yg pelik2 mcm mana nk tarik traffic kan...dorang jual produk. kena la promot page kaw2 baru ada org beli produk yg tahapa2 tu
Quote chicozinn 27-9-2018 11:44 AM
aku xpenah folo KRT ni..rata2 yg bagi komen cikki2 jnis xbekerja surirumah dok uma manjang jnis hp berjahit kat tangan
Quote Artemesiaa 27-9-2018 11:47 AM
Tak follow so tak boleh nak komen
Quote fizahafiza 27-9-2018 11:50 AM
i benci baca cerita-cerita kat KRT ni. macam merepek je, dahaga perhatian sangat.
Quote EncikH 27-9-2018 12:00 PM
Tapi kisah office colleague aku yang scandal sesama sendiri, pastu kantoi ngang bini, bini dia copy paste semua whatsapp yang colleague aku hntr kat laki dia, then hantar kat Kisah Rumah Tangga.

2-3 minggu lepas masuk KRT. Yang tu memang betul2 100% real.

Tgk ayat memang x logic, tpi 100% real. Aku saksi
Quote mieymiey 27-9-2018 12:28 PM
Syukur fb i yang bersawang tu masih suci dari page merapu meraban gini.
Quote KaklongJoyah 27-9-2018 12:50 PM
Nsb baik la jarang2 baca tu pun yg org dh shared
Quote insulin 27-9-2018 01:17 PM
fushimi replied at 27-9-2018 11:35 AM
hahahaha bagi bini 2 ratus je pastu nak suruh lawa

2 ratus nak beli bra pun tak cukup

Macam mana harga bra boleh cecah harga RM200 lebih pula? Pelik.
Quote Supersirap 27-9-2018 01:19 PM
mestila reka cerita, jika tidak, cerita hambar dan tidak menarik perhatian netizen dan husnuzon
Quote fushimi 27-9-2018 01:20 PM
insulin replied at 27-9-2018 01:17 PM
Macam mana harga bra boleh cecah harga RM200 lebih pula? Pelik.

berlambak harga bra 200 ratus


Quote armin 27-9-2018 02:04 PM
Edited by armin at 27-9-2018 02:05 PM
insulin: Macam mana harga bra boleh cecah harga RM200 lebih pula? Pelik.

Apa yg pelik? Rm200 tu kira murah. Takkan nak bg bini pakai bra beli kat giant. Tak sampai sebulan getah tali bra dah longgar.
Quote azradila 27-9-2018 02:09 PM
sis sejenis baca dan ambik iktibar je.. ada je komen yg bernas

tak kisah la reka ke apa kn,, kdg2 benda tu mmg ada je dlm real life
Quote makita 27-9-2018 02:15 PM
Mmg taw tipu2. Baca ayat pertama je dah taw hayalan.
'Assalamualaikum min sila haid nama hakak....'
Quote putehh 27-9-2018 02:49 PM
insulin replied at 27-9-2018 01:17 PM
Macam mana harga bra boleh cecah harga RM200 lebih pula? Pelik.

ko ni mesti jenis bg duit kt bini rm200..nk bg beli brg termasuk bra.....ingt murah ke bra
Quote smeetasmitten 27-9-2018 03:13 PM
Obviously yg follow krt ni tak pernah masuk porem cari especially bod family discussion..ataupun tak pernah baca mingguan malaysia column di celah2 kehidupan
Quote gummiebear 27-9-2018 03:38 PM
Cite2 dalam tu too depressing tak kira la betul atau rekaan. I dont need that kind of negativity in my life gittew
Quote kucingitam 27-9-2018 03:41 PM
tak rajin melayan..pada aku itu tempat makcik2 sexist  ( semua salah lelaki, perempuan ni suci..)
Quote insulin 27-9-2018 03:47 PM
putehh replied at 27-9-2018 02:49 PM
ko ni mesti jenis bg duit kt bini rm200..nk bg beli brg termasuk bra.....ingt murah ke bra

Den belum kahwin lagi, bro. So tak tahu apa justifikasi harga bra mahal sangat ni.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.055703 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top