CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Apa Benda Pula Drip Air Garam Ni Untuk Dapat Kulit Cantik? Ramai Yang Belum Serik

26-9-2018 10:58 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 11407| Komen: 42|Original author: Oleh: Whitney

Description: Apabila bercakap tentang kecantikan, ia secara tidak langsung akan merujuk kepada kaum wanita. Ini kerana, ramai kaum wanita yang sangat menitik beratkan kecantikan luaran dan dalaman mereka.


Apabila bercakap tentang kecantikan, ia secara tidak langsung akan merujuk kepada kaum wanita. Ini kerana, ramai kaum wanita yang sangat menitikberatkan kecantikan luaran dan dalaman mereka. Ramai wanita tidak sanggup melihat wajah mereka berjerawat, kulit kusam dan gelap serta saiz badan yang semakin mengembang. Jadi, tidak hairanlah ramai wanita yang mencari produk dan rawatan yang boleh membuatkan diri mereka kelihatan cantik dan menawan walaupun terpaksa menanggung pelbagai risiko. 

Sudah banyak kejadian buruk yang dilaporkan akibat keracunan bahan atau kesan bahaya sesuatu produk. Tetapi nampaknya masih ramai yang belum celik dan mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku kerana begitu taksub untuk kelihatan cantik dan sihat kononnya. 

Seorang pengguna twitter memuat naik satu status tentang kaedah yang digunakan oleh sebuah syarikat yang menjual produk kecantikan dan kesihatan. Terang terangan kaedah suntikan dan drip tidak mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan kecantikan tetapi masih ramai netizen yang berani menanggung risiko. Wanita ini tertanya-tanya entah apa keperluan air garam yang dikatakan boleh merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat, melancarkan darah dan sebagainya yang perlu diminum serta dimasukkan ke dalam saluran darah sebagaimana pesakit yang menjalani rawatan di hospital.



Sebijik macam Normal Saline kat hospital je?

Ada netizen yang was-was tentang air garam yang dimaksudkan oleh wanita yang menerima rawatan kecantikan di syarikat tersebut. Menurut video yang dilihatnya, dia pasti yang air garam yang dimaksudkan adalah Normal Saline (NS) yang sama yang diberikan kepada pesakit-pesakit di hospital. 

Kalau tak tau jangan kecam!

Turut berlaku perbalahan antara netizen yang menerima kaedah rawatan tersebut. Sepatutnya wanita yang menaikkan status ini perlu menghubungi terus pihak yang terlibat dengan rawatan drip air garam ini dan mengetahui dengan lebih lanjut. Bukan terus mengecam dan membuat tuduhan melulu. 


Kenapalah masih bodohkan diri?

Netizen turut berasa kesal kerana masih ramai orang yang suka membodohkan diri menerima rawatan kecantikan dan kesihatan sebegitu daripada individu yang tidak bertauliah. Berani betul mereka meletakkan diri dalam keadaan berisiko walaupun telah banyak kes-kes yang dilaporkan. 


Takde penyakit, cari penyakit

Ramai netizen yang tahu rawatan sebegitu boleh membahayakan kesihatan dan juga nyawa. Mereka berharap agar tindakan sewajarnya diambil oleh pihak bertanggungjawab agar ia tidak disalah guna oleh pengasas rawatan dan produk yang ingin mengaut keuntungan semata-mata. 


Benarlah pepatah yang mengatakan,  cantik itu menyakitkan. Tetapi jika kesakitan yang dimaksudkan itu boleh membuat diri kalian merana seumur hidup dan menempah ajal, biarlah tidak menjadi cantik sekalipun. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan jagalah kesihatan dan kecantikan dengan cara yang betul dan selamat. Setuju tak? - CARI 

9

Bagus
9

Marah
7

Terkejut
13

Sedih
17

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kikuri 26-9-2018 11:05 AM
bodonya dekkk... lebih baik ko bancuh air garam togok lah sampai darah tinggi untuk dapatkan kulit cantik... terimalah diri tu seadanya...
Quote gerbera.memopad 26-9-2018 11:22 AM
Demi nak cantik, sanggup jeopardize kesihatan & nyawa sendiri. Cannot brain sangat ummah yg taksub cantik ni
Quote kucingitam 26-9-2018 11:23 AM
kang kena bebal dek dr, marah pulak...melayu...melayu...
Quote buapakperut 26-9-2018 11:25 AM
normal saline macam baby iols titik kat hidung kah? utk hidung tersumbat. macam2 deyouls ni.dah sihat ok la. nape tamak sangat,kang rosak buah pinggang . bersyukurlah apa yang ada
Quote paz 26-9-2018 11:40 AM
Macam-macam treatment yer.
Quote umbut 26-9-2018 12:01 PM
Hahaha... giler ke apa..
Quote idakamaruddin 26-9-2018 12:03 PM
i dont mind kalau manusia ignorant ni mati terus lps effect buat benda alah bodoh ni..tp i btl2 bengang kalau dtg penyakit sampai kene queue ngn pesakit kerajaan yg tak mmpu... bertambah bilangan pesakit yg dh sedia ramai skg ni... pmpn2 yg beriya2 nk cantik ni sllu x kemana pn..laki pun takut dekat.. maintainence tinggi sgt..ujung2 bujang je sampai tua.. dh bujang dpt penyakit buah pinggang plak..xde sape nak jaga ko dik nnt kalau dh dpt penyakit

mohon doc @ipes2 bg sepatah kata
Quote ckenj 26-9-2018 12:14 PM
kesan air garam bg apa...tenaga,putih kan kulit or what. pelik2 diorg skrg. berani sgt nak drip2.
Quote myakayina 26-9-2018 12:42 PM
cantik sementara je..hujung2 dpt penyakit..
Quote MissLily89 26-9-2018 12:44 PM
Tahu tak siksa kalau buah pinggang rosak nk kena dialysis tiap selang 2hari
Quote insulin 26-9-2018 12:52 PM
Demi kecantikkan sanggup buat benda2 yang merosakkan badan.
Quote afie_m 26-9-2018 12:53 PM
nak cantik punya pasal...main bedal ja..tak pikir kesan...rakyat kita bab macam ni memang cepat ja ikut
Quote haryatie 26-9-2018 01:15 PM
kerana nk cntik
tp jd cntik sgt ker
da cntik sgt tu..dpt apa..
Quote auntyaya 26-9-2018 01:21 PM
when there's a fool... someone else is getting richer by the day
Quote 234126 26-9-2018 02:37 PM
Another scam, scam nak cantik. Orang nak kurangkan sodium dalam badan so kidney tu takda extra pressure nak process tapi dia ni pegi suntik sekampit air garam masuk badan pastu nanti sakit berebut2 kat hosp for treatment mcm one forumer sebut kat atas.  Orang yg betul2 layak pulak kena fight their spot dgn orang yg sendiri cari nahas ni.
Quote 234126 26-9-2018 02:38 PM
ckenj replied at 26-9-2018 12:14 PM
kesan air garam bg apa...tenaga,putih kan kulit or what. pelik2 diorg skrg. berani sgt nak drip2.

Air garam berlebihan tu bukan ke boleh buat badan retain more water? Maybe dia ni nak naikkan berat badan tak. Kihkih
Quote bellaa 26-9-2018 03:51 PM
normal saline - rm6.50
iv infusion set (drip) - rm 1.00
butterfly needle - rm1.50
total  :  rm9.00

tapi markup sampai rm210
harga yahudi betoi
Quote puccafan 26-9-2018 04:10 PM
Bagus la. Drip banyak2 sampai kojol. Lapang sikit dunia ni. Banyak oksigen untuk kami yang bijak2 ni, dapat nikmati
Quote Nonones 26-9-2018 04:20 PM
Aku rasa macam dah byk dah exposure psl produk timbang kilo, drip2 bagi putih cantik ni tak elok. dah kenapa buta hati pergi ikut jugak? tak sayang diri sendiri ke? tak sedar2 lagi ke??

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.059878 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top