CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Namron Mahu Bikin Filem Porno Jika One Two Jaga Tidak 'Box Office'

7-9-2018 11:32 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6850| Komen: 20|Original author: Oleh: Azza

Description: Selepas dua tahun tertangguh penggambarannya, filem 'One Two Jaga' sentuhan pelakon Bront Palarae sebagai penerbit dan Namron pula bertindak sebagai pengarah dan pelakon kini akhirnya muncul di pawaga ...


Selepas dua tahun tertangguh penggambarannya, filem 'One Two Jaga' sentuhan pelakon Bront Palarae sebagai penerbit dan Namron pula bertindak sebagai pengarah dan pelakon kini akhirnya muncul di pawagam seluruh Malaysia.

Biarpun tanpa promosi yang gah seperti filem-filem terdahulu namun filem aksi ini sebenarnya ditunggu-tunggu oleh ramai kaki wayang setelah ia juga menang di pertandingan Southeast Asian Film Financing (SAFF2015) di Singapura. Sementelah lagi ceritanya yang dikatakan dekat dengan dunia sebenar serta penampilan pelakon berkarektor membuatkan ramai yang tidak sabar untuk menyaksikannya.

Namun, Namron dalam status terbaharunya menyindir peminat filem Melayu yang kononnya tidak sabar menyaksikan filem ini sebenarnya hanyalah manis mulut sahaja. Buktinya, sejak ditayangkan semalam (6 Sept 2018), pawagam kosong tanpa penonton membuatkan dia berkecil hati dan akhirnya menyindir rakyat Malaysia bahawa dia akan membuat cerita lucah jika One Two Jaga ini gagal menarik perhatian penonton.



Kredit foto: Twitter

Secara bersahaja Namron menjelaskan yang dia akan membuat filem porno jika itu yang orang Malaysia mahukan. Maklumlah bikin filem ringan hingga seisi keluarga boleh tengok pun, masih tak ramai yang menontonnya.


Namun, majoriti kaki wayang menyatakan tayangan yang bermula pada hari khamis adalah hari kerja, pasti pawagam masih kosong kerana ramai yang bekerja. Tetapi ramai juga yang berjanji untuk menontonnya pada waktu malam selepas pulang dari kerja.

Foto : Twitter
Lebih mengharukan, penyanyi bersuara lantang, Shila Amzah turut memberi sokongan.


"Kalau buat porn, siapa pelakon yang sesuai? Pastikan Melayu ya."
Warga Twitter sangat sarkastik ketika membuat komen, melucukan juga ya.

Foto : Twitter

Bagaimanapun, ada netizen yang mengaitkan waktu tayangan yang sama dengan filem Nun antara punca kurang orang menonton filem tersebut.

Namun, ada netizen yang memberi pandangan bahawa mereka mahu menontonnya tetapi tidak dapat kerana panggung wayang di tempat mereka tidak menayangkan filem ini. 

Filem One Two Jaga ini baru sahaja ditayangkan, jadi masih terlalu awal untuk menentukan sama ada ia box office atau pun tidak. Namun, ada bagusnya juga Namron 'menyergah' kaki wayang dengan teguran sebegini, sekurang-kurangnya penonton akan berasa diri mereka penting bagi memajukan industri filem negara. Jadi, anda pula bagaimana? Bila nak tonton filem aksi ini? - CARI
13

Bagus
21

Marah
19

Terkejut
17

Sedih
22

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rhyno 7-9-2018 11:34 AM
cadangan pelakon filem porn Namron : Idris Khan & Ameera Khan.
Quote Special.Brew 7-9-2018 11:58 AM
Rhyno replied at 7-9-2018 11:34 AM
cadangan pelakon filem porn Namron : Idris Khan & Ameera Khan.

Lokasi kat kedai kelantan .
Quote wordlife 7-9-2018 12:00 PM
jangan cakap je buat
Quote putehkundor 7-9-2018 12:06 PM
spank me daddy
Quote Skuau 7-9-2018 12:22 PM
ore dh 'habis bajet' kat Munafik,HKL.
Quote buapakperut 7-9-2018 12:53 PM
ahh kau, khau yang sebenornye nak wat pilem lusyah, amikla okasha selambak kompem laku
Quote lumie 7-9-2018 03:11 PM
Dh kelua ke ? Promosi pn tak dgr..
Quote Hitman91 7-9-2018 03:29 PM
bosan.muka pelakon yg sama kat filem ajet2 deep..
Quote cahayamataku 7-9-2018 03:57 PM
Iols sorang je ke tatau kewujudan filem One Two Jaga ni

Maybe Nam Ron dgn pelakon yg terlibat dalam filem ni kena banyakkan lagi promosi. Takpe Nam Ron baru sehari kan filem ni tayang kat Malaysia. Dongibab
Quote meow_tompok 7-9-2018 04:03 PM
cahayamataku replied at 7-9-2018 03:57 PM
Iols sorang je ke tatau kewujudan filem One Two Jaga ni

Maybe Nam Ron dgn pelakon yg ter ...

I pun tak tahu you
kalau tak baca forum ni




Quote DollahRepek 7-9-2018 04:08 PM
Berani ker nak buat filem porn?
Quote cahayamataku 7-9-2018 04:20 PM
meow_tompok replied at 7-9-2018 04:03 PM
I pun tak tahu you
kalau tak baca forum ni


Khens chuols iols baca sini baru tahu
Quote Login_ID 7-9-2018 04:20 PM
ok, rakyat Malaysia, jangan sokong filem ni, nak juga tengok filem porn made in malaysiia
Quote armin 7-9-2018 05:18 PM
Best sgt ke? Selalu kena tipu nk suruh support tp bile tengok cerita mcm bodoh je
Quote salmon-suki 7-9-2018 09:27 PM
Filem ape ni?xpenah dgr pn..cite hantu ke cite ape?xde promo ke cte ni smpai flop ginian?{:dot
Quote annadonna 7-9-2018 09:43 PM
Ertinya ko tak power lagilah namron.  Tengok abg mamat khalid dgn shamsul anak yusof. Relax relax aje kat rumah belum sempat promo dah pecah panggung.  Relax laa kalo tak laku ertinya ko bukan siapa siapa pun dlm industri.  Penonton malaysia acah aje sokong kau padahal dorang nak tengok tetek ukasha aje kat panggung.  Itu pun susah nak paham ka
Quote kambinggila 7-9-2018 11:37 PM
one two jaga ni cerita apa seh
Quote jemahjacjon 8-9-2018 12:00 AM
Buat la. Nk tgok malaysian made porno jugekss.

Uqasah
Neelofa
Klu versi halalan toyiban fazura ngn fattah
Quote debab76 8-9-2018 12:01 AM
meols nak suggest tajuk BURUNG - tajuk fefeeling filem arwah yasmin ahmad gitew

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.221549 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top