CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Kecil Hati Bila PM Selar Rakyat Malaysia Tidak Menyokong Proton

27-8-2018 12:57 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3266| Komen: 4|Original author: Oleh: Azza

Description: Proton Holdings Berhad (PROTON) antara projek yang boleh dikatakan gagal sehingga memaksanya bekerjasama dengan syarikat dari China, Zhejiang Geely Holding Group (Geely) bagi memastikan ia terus berop ...




Proton Holdings Berhad (PROTON) antara projek yang boleh dikatakan gagal sehingga memaksanya bekerjasama dengan syarikat dari China, Zhejiang Geely Holding Group (Geely) bagi memastikan ia terus beroperasi. Menurut laporan Berita Harian, kedua-dua syarikat menguasai ekuiti sama banyak dengan China menawarkan lokasi pemasangan kereta Proton di sana dengan syarat-syarat tertentu.

Rentetan itu Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad membayangkan untuk membuat satu lagi perusahaan kereta nasional, namun ia mendapat bantahan majoriti rakyat Malaysia. Hal itu membuatkan Tun terkilan serta menganggap yang rakyat Malaysia sendiri tidak lagi bersifat patriotik.

Malahan, ucapannya di media elektronik membuatkan ramai netizen berkecil hati kerana ia seolah-olah menyatakan tiada seorang pun yang menggunakan kereta nasional itu. Netizen ini berkongsi luahannya serta disokong ramai netizen lain.



Kredit foto: Twitter

The New Saga - Google

"Kalau betul takda orang beli, rasanya tahun 2000 dah berkubur Proton ni."

Bagi Mikael yang mempunyai The New Saga sangat memuji enjinnya serta pusat perkhidmatan yang bagus, jadi tiada masalah untuk membelinya. Yang jadi masalah apabila kereta yang dihasilkan terlebih awal sangat tidak berbaloi dengan harganya yang berpuluh ribu seperti Waja, Tiara, Arena, Juara, Perdana edisi pertama yang membuatkan rakyat Malaysia serik membeli.

Malahan, dia turut memberi contoh kereta Perodua iaitu Myvi bersepah di jalan raya kerana kualiti produk yang bagus. Jadi ucapan seperti "Orang Malaysia tidak membeli kereta Malaysia" adalah sangat tidak bertanggungjawab. 

Luahan Mikael dipersetujui netizen lain yang turut berkecil hati.



Perodua Myvi yang bersepah di jalan raya - Google


Mungkin ada yang tidak menyokong kereta nasional, namun masih ramai juga membeli kereta Perodua (walaupun bukan Proton) kerana berpuas hati dengan pembuatannya. Ia membuatkan ada netizen yang meminta Tun bertanyakan anaknya pula.



Google

"Perlu ke bandingkan dengan kereta buatan Jepun yang memang sangat bagus berbanding Proton yang ..."



"Kereta tempatan tak sepower kereta import sebenarnya."




Isu kereta nasional memang sangat dekat di hati rakyat Malaysia terutamanya yang membesar bersama-sama dek semangat patriotiknya. Namun untuk melabelkan keseluruhan rakyat Malaysia tidak menyokong perusahaan ini sangat tidak tepat kerana ramai juga yang memakainya walaupun bukan dibawah Proton.

Apa yang lebih penting ialah kaji mengapa ia tidak digemari seperti kualiti kereta, rekaan, kadar faedah dan sebagainya agar ia mampu menjadi titik tolak perubahan.

Bagaimanapun, bergantung kepada rakyat Malaysia sama ada untuk menyokong atau menolak kereta nasional ini. Anda pula bagaimana? - CARI 
33

Bagus
40

Marah
33

Terkejut
22

Sedih
35

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (182 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 28-8-2018 07:57 AM
da tau org x layan nape nak buat lagikk
bosan pulak dg si tua ni
Quote kroit92 28-8-2018 08:22 AM
bila tengok gambar list kemampuan dengan kereta tu.. haihh..

memang naik motor buruk je la aku.. nak pulas abis, paling laju pun 60 je..
tak mampu nak berkereta..
Quote seramado 29-8-2018 10:15 AM
alahai mcm2
Quote palmolive 29-8-2018 10:29 AM
dah nama pun atok..kadang dia tak sedar apa dia sembang

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.044894 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top