CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janji Tujuh Hari, Tapi Dah Dua Minggu Masih Belum Pulangkan Kereta

21-8-2018 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4197| Komen: 21

Description: Pada mulanya janji mahu sewa kereta selama tujuh hari, tapi kereta masih belum dipulangkan walaupun sudah hampir dua minggu.
Pada mulanya janji mahu sewa kereta selama tujuh hari, tapi kereta masih belum dipulangkan walaupun sudah hampir dua minggu.

Harian Metro melaporkan, tindakan lelaki dikenali sebagai Apit berusia 24 tahun itu telah menyusahkan pemilik syarikat perkhidmatan kereta sewa kerana mempunyai tunggakan sebanyak RM400.


Pengurus syarikat, Muhammad Nizamuddeen Mohd Abd Kadzar, 24 berkata, Apit mula menyewa kereta Proton Saga BLM pada 9 Ogos lalu dan sepatutnya memulangkannya pada 15 Ogos lalu.

Apit, Foto: Harian Metro
“Tapi sampai hari ini (semalam) dia belum pulangkan kereta.

“Saya cuba hubungi telefon bimbitnya, tapi dimatikan."


Usaha menjejakinya turut dibuat melalui hebahan di laman sosial namun belum ada petunjuk lagi.

Katanya, dia membuat laporan polis kerana bimbang berlaku hal yang tidak diingini pada Apit.

Pemerhatian mendapati komen netizen di laman sosial Facebook mendapati lelaki terbabit pernah dilihat berada di Cameron Highlands, Pahang. - CARI

15

Bagus
22

Marah
23

Terkejut
15

Sedih
21

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pink_Purple 21-8-2018 02:39 PM
sakan bercuti               
Quote fifie_olin 21-8-2018 02:40 PM
buat mcm brg sendri
Quote Artemesiaa 21-8-2018 02:45 PM
Dah pandai pinjam panda2 ler pulangkan.  Kalau betul nak pakai lagi lama bayor je lebih kat owner baru tak jadi masaalah.
Quote Foxey 21-8-2018 02:48 PM
Kena fikir banyak kali sebelum pinjamkan keta ni
Quote fushimi 21-8-2018 02:51 PM
masa sewa kereta tu takde mintak contact noi orang terdekat dia ke

biasanya kalau dalam borang selalu buat mintak contact orang terdekat jika tak dapat cari orang yang sewa kereta
Quote lasagnaklcc 21-8-2018 02:56 PM
Kenapa tutup muka? Bagi name penuh pon takpe.
Quote prettyuglybabe 21-8-2018 03:11 PM
nak pinjam kereta kan kena bagi copy ic lesen bagai..
suruh je polis cari abis cerita..
ke sewa kereta secara illegal?
Quote shernazz 21-8-2018 03:11 PM
Wowie
Dh report.polis...tunggu jelah
Melainkan dia tukar no plet palsu..

Dlm.ig.letak.caption

Lehat lah dunia...
Quote buapakperut 21-8-2018 03:20 PM
nak pakai raya ke? kosser ko noks saga blm pun nak kebas, orang kebas vellfire
Quote ONEK 21-8-2018 03:31 PM
ni dikira macam peminjam PTPTN la ya
Quote saviour_09 21-8-2018 03:36 PM
wow
special case ke ni?
sebab acap sgt dah kes macam ni
sewa & lambung cmtu je
tau2 keta rosak la apa la
alasan tak masuk akal
Quote moonbug 21-8-2018 04:20 PM
Entah-entah dia accident ke apa
Quote munchkin 21-8-2018 04:23 PM
Kenapa tak amik deposit?
Quote kucing_gebu 21-8-2018 04:43 PM
fushimi replied at 21-8-2018 02:51 PM
masa sewa kereta tu takde mintak contact noi orang terdekat dia ke

biasanya kalau dalam borang se ...

Ada tulis kt atas tu...no telefon bimbitnya dimatikan
Quote fushimi 21-8-2018 04:50 PM
kucing_gebu replied at 21-8-2018 04:43 PM
Ada tulis kt atas tu...no telefon bimbitnya dimatikan

owner cakap ada call budak tu je tapi tak cakap ada call orang terdekat
sebab adik aku buat sewa kete selalu mintak telefon orang terdekat sekali macam mak ke isteri ke

kalau tak dapat call orang menyewa boleh cari bini di ke


Quote minguk 21-8-2018 05:14 PM
dia buat grab kot.. sabar lah
Quote susukambingbest 21-8-2018 05:26 PM
buapakperut replied at 21-8-2018 03:20 PM
nak pakai raya ke? kosser ko noks saga blm pun nak kebas, orang kebas vellfire

Itu shahir af uol. Sewa velfire brtahun xbyr2 kata pemilik kete sewa. Apa jd kes tu pun xtau dah
Quote buapakperut 21-8-2018 06:08 PM
tu lah. tak kene tangkap pulak
Quote thatwasnow 21-8-2018 07:05 PM
Apit dah kena cekup

LELAKI yang enggan memulangkan Proton Saga BLM disewanya sejak 9 Ogos lalu, ditahan pihak berkuasa dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, 9 pagi, semalam.

Suspek sepatutnya memulangkan kereta terbabit pada 15 Ogos, namun tidak berbuat demikian sehingga memaksa pemiliknya membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa.

Pengurus syarikat perkhidmatan kereta sewa, Muhammad Nizamuddeen Mohd Abd Kadzar, 24, berkata, lelaki dikenali sebagai Apit itu dijejaki pihak polis di Bandar Country Home (BCH), Rawang dan kenderaannya diekori hingga ke pusat bandar Kuala Lumpur sebelum ditahan pihak polis.

"Alhamdulillah pagi semalam dapat panggilan dari IPD Gombak mengatakan kereta saya ada di balai.

"Pihak polis beritahu pasukan peronda melihat kereta dipandu lelaki itu keluar dari BCH lalu diekori sampai pusat bandar Kuala Lumpur sebelum tangkapan dibuat.

"Saya terkedu bila dapat tahu lelaki itu ada rekod penyalahgunaan dadah," katanya kepada NSTP hari ini.

Nizamuddeen bagaimanapun lega setelah mendapat semula keretanya dan menganggap ia sebagai pengajaran buat dirinya dan pelanggan lain.

Terdahulu, usaha Nizamuddeen menjejaki keretanya dan suspek berasal dari Kuala Kubu Bharu itu turut dibuat melalui hebahan di Facebook sebelum tular.

Menurutnya, tindakan itu dibuat selepas suspek gagal dihubungi dan sengaja mematikan telefon bimbitnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai ketika dihubungi mengesahkan kenderaan tersebut telah dipulangkan namun tidak mengulas lanjut berhubung kejadian itu.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.057201 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top