CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Poster Iklan Zaman Dulu-Dulu Ini Pasti Membuatkan Anda Terkejut!

15-8-2018 01:41 PM| Diterbitkan: Ferr_Remy| Dilihat: 16183| Komen: 41|Original author: Oleh: FerrRemy

Description: Melihat kembali poster-poster iklan retro di bawah ini, pasti menggamit hati malah boleh membuatkan anda terkejut!Jom kita lihat beberapa poster iklan retro yang pernah wujud di Malaysia suatu ketika ...
Melihat kembali poster-poster iklan retro di bawah ini, pasti menggamit hati malah boleh membuatkan anda terkejut!

Jom kita lihat beberapa poster iklan retro yang pernah wujud di Malaysia suatu ketika dahulu! 


1. Iklan Arak

(sumber foto: Google)

Arak itu adalah haram untuk mereka yang beragama Islam. Tetapi tahukah anda? Pada zaman nenek moyang kita dahulu kala, arak masih belum diharamkan di negara ini. Lihat saja poster iklan di atas yang memaparkan sepasang suami isteri yang sedang tersenyum riang sambil memegang segelas arak. Membuka selera dan mampu untuk memulihkan tenaga katanya! 


2. Iklan Periuk Nasi

12 Gambar poster iklan zaman 1970 -1980 an - Terbakor

(sumber foto: Google)

Wah! Mungkin waktu poster iklan ini dibuat, periuk nasi elektrik baru saja diperkenalkan di Malaysia! 

Apa agaknya yang terlalu "istimewa" mengenai nasi yang dimasak menggunakan periuk eletrik di atas?


3. Iklan Seterika

12 Gambar poster iklan zaman 1970 -1980 an - Terbakor
(sumber foto: Google)

Iklan seterika zaman 90an ini menjanjikan pakaian anda akan selesai digosok dalam masa kurang dari 60 saat sahaja! 

Wow! Zaman sekarang pun rasanya kita masih memerlukan lebih dari lima minit untuk menggosok sehelai pakaian!

4. Iklan Minuman

Related image
(sumber foto: Google)

Penulis tidak pasti apakah yang hendak disampaikan pengeluar melalui iklan yang memaparkan seorang lelaki tidak berbaju dan seorang wanita berbikini ini?

Apatah lagi ianya hanyalah untuk mempromosikan minuman tonik yang berperisa sarsi? 

Sebenarnya banyak lagi poster-poster iklan yang mampu mencuit hati anda tetapi penulis tidak pilih untuk dipaparkan di sini kerana kekurangan elemen kejutan. 

Rajinkanlah jari jemari anda untuk melakukan carian di seluruh internet sekiranya ingin melihat poster iklan retro yang lain ya! - CARI 
25

Bagus
26

Marah
21

Terkejut
20

Sedih
15

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (128 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 15-8-2018 01:52 PM
mendatangkan seronok dalam dunia kahkahkah .minum sarsi pakai spender pun jadik
Quote CardiGans85 15-8-2018 01:57 PM
Dulu elok je iklan rokok bergentayangan dalam tv.
Quote HanaAmani 15-8-2018 02:02 PM
Seterika National tu memang handal
Quote shernazz 15-8-2018 02:17 PM
Keseronokan.apakah tu...
Quote mieymiey 15-8-2018 02:20 PM
Periuk nasi dan seterika tu masih ada kat rumah
Quote matkpop 15-8-2018 02:28 PM
stout mengandungi khasiat katanya
Quote EvieWanKenobi 15-8-2018 04:01 PM
cayalah.. minum bir di rumah aje..
Quote Gingerly 15-8-2018 04:20 PM
Beer lain, cuka lain, wine lain, whiskey lain,vodka lain, arak lain,
So alcohol content yang mana boleh merosakkan diri?
Aman2 je orang zaman dulu
Quote chazey 15-8-2018 04:22 PM
matkpop replied at 15-8-2018 02:28 PM
stout mengandungi khasiat katanya

Stout boleh tambah darah untuk ummah yang kurang darah. Korang musti tatau kan.
Quote BoongaKertas 15-8-2018 04:27 PM

hahahaha! pura2 sgt soalan chuols ni tau.
Quote shernazz 15-8-2018 04:39 PM
BoongaKertas replied at 15-8-2018 04:27 PM
hahahaha! pura2 sgt soalan chuols ni tau.

Hahahaha
Inesen kan..tp iols peliks la sarsaparilla tu bukan sarsi ke?
Quote BoongaKertas 15-8-2018 04:48 PM
shernazz replied at 15-8-2018 04:39 PM
Hahahaha
Inesen kan..tp iols peliks la sarsaparilla tu bukan sarsi ke?

tonic ada campuran rasa sarsi. gittew. so sebelum ke kebun, bolehlah seteguk dua menghilangkan dahaga
Quote shernazz 15-8-2018 05:28 PM
BoongaKertas replied at 15-8-2018 04:48 PM
tonic ada campuran rasa sarsi. gittew. so sebelum ke kebun, bolehlah seteguk dua menghilangkan dah ...

Hahaha
Ate...ke.kebun.mana.lagu tu pakeinye?hahahahahahah
Dh la.iols.suka.air sarsi f&n tu..hahaha
Quote Foxey 15-8-2018 06:57 PM
Classic... Tak faham apa relevannya minum sarsaparilla dengan hanya berpakaian dalam?
Quote 234126 16-8-2018 08:37 AM
Dari semalam try nak tgk pictures tapi kesudah tak appear using mobile
Quote Ferr_Remy 16-8-2018 08:38 AM
234126 replied at 16-8-2018 08:37 AM
Dari semalam try nak tgk pictures tapi kesudah tak appear using mobile

Mobile version blh je tgk kat Chrome. Jgn pakai app cari, koser.
Quote 234126 16-8-2018 08:50 AM
Edited by 234126 at 16-8-2018 08:52 AM
Ferr_Remy replied at 16-8-2018 08:38 AM
Mobile version blh je tgk kat Chrome. Jgn pakai app cari, koser.


Ha! Baru lah nampak hahaha thanks! Kosser app cari. Amboi boi minum beer terang-terangan, baik untuk kesihatan lagi. Tonic tu pun, tagline bukan main hahahaha.pensan
Quote tikusmontok 16-8-2018 10:27 AM









Quote makton 16-8-2018 10:33 AM
tak penah jumpa iklan2 ni.. mmg zaman purba kala rasanya

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.093351 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top