CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kematian CEO Cradle Fund Disahkan Polis Sebagai Kes Pembunuhan

7-8-2018 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 47712| Komen: 217

Description: Polis mengesahkan kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan pada 14 Jun lalu sebagai kes bunuh.
Polis mengesahkan kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan pada 14 Jun lalu sebagai kes bunuh.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner, Fadzil Ahmat memaklumkan kes berkenaan diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada Jumaat lepas iaitu 3 Ogos.


"Keputusan itu dibuat berdasarkan laporan pihak bomba serta laporan bedah siasat yang diperoleh." 

Kredit foto: carian internet

Dalam kejadian tersebut, mangsa dilaporkan maut dalam kebakaran di kediamannya di Petaling Jaya kira-kira 12.20 tengah hari.

Menurut Komander Operasi Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Damansara Ramli Harun, mangsa ketika kejadian berada di bilik berkenaan seorang diri.


Dalam satu kenyataan, Cradle Fund Sdn Bhd mengesahkan laporan bedah siasat menyimpulkan kematian Nazrin berpunca daripada komplikasi kecederaan akibat letupan telefon bimbit yang sedang dicas berdekatannya.

Sementara itu, sebuah portal akhbar tabloid Bahasa Inggeris pula mendakwa keputusan makmal mendapati terdapat kesan minyak petrol dijumpai pada empat lokasi di kepala, bingkai katil, tilam dan telefon bimbit mangsa.

Nazrin, 45 tahun, meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Cradle Fund adalah syarikat di bawah kementerian kewangan yang berperanan membangunkan usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan Malaysia.- CARI
25

Bagus
47

Marah
41

Terkejut
27

Sedih
23

Lawak
40

Bosan

Friends Rank (203 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote serinegara 7-8-2018 09:40 AM
Lab report said traces of petrol was found.

Apa motif pembunuhan agaknya.
Quote noor2 7-8-2018 09:41 AM
Jahatnya manusia. ...
Quote meteorspeed 7-8-2018 09:42 AM
uih makin menarik...
Quote noor2 7-8-2018 09:42 AM
Kiranya pembunuh kenal mangsa? ...sebab kejadian berlaku dlm bilik mangsa. ...betul tak?
Quote myakayina 7-8-2018 09:46 AM
semoga pembunuh berjaya ditangkap..sure org2 yg kenal rapat dgn arwah..
Quote zulka 7-8-2018 09:56 AM
ada la client yg tak puas hati sebab tak approve loan kot
Quote Lorra2411 7-8-2018 10:03 AM
haritu ramai kan speku arwah kena bunuh. ada pulak yang tak percaya, siap kata tak baik fitenah. lol
Quote kucingitam 7-8-2018 10:04 AM
tapi, bukan ke kata sebelum ni wife dgn anak2 dia ada kat rumah juga, kat ruang tamu ke hapa kan.. caner org masuk, ikut tingkap?
Quote zorrro_03 7-8-2018 10:29 AM
indahnya biz era baru ini.  
Quote Artemesiaa 7-8-2018 10:33 AM
Macam dalam pilem kes jenayah zaman sekarang ni
Quote prettyuglybabe 7-8-2018 10:38 AM
macam mana orang boleh masuk simbah petrol dalam bilik?
klu panjat rumah siang-siang tu takde orang nampak langsung ke..
family dia pun ada rumah and kat bawah masa tu kan..
Quote prettyuglybabe 7-8-2018 10:39 AM
Lorra2411 replied at 7-8-2018 10:03 AM
haritu ramai kan speku arwah kena bunuh. ada pulak yang tak percaya, siap kata tak baik fitenah. lol

bukan orang speku dia bunuh diri ke yang kemudian ramai kata fitnah gitu
Quote samasam90 7-8-2018 10:41 AM
prettyuglybabe replied at 7-8-2018 02:38 AM
macam mana orang boleh masuk simbah petrol dalam bilik?
klu panjat rumah siang-siang tu takde orang ...

kenalan keluarga ke? ke sejenis kabel besar, lepas buat jgn beritahu kalau tak aku buru keluargamu?
Quote akakdendeng 7-8-2018 10:42 AM
semoga dipermudahkan siasatan
Quote fifie_olin 7-8-2018 10:44 AM
kesian tuduh charger yg salah ..
x sgka kena bunuh
Quote shernazz 7-8-2018 10:59 AM
Iols.teringat cradle of.filth.je

Konspirasi apakah ini
Quote ulamalu 7-8-2018 11:03 AM
Cradle Fund Sdn Bhd dalam kenyataan ketika itu mengesahkan laporan bedah siasat menyimpulkan kematian Nazrin berpunca daripada komplikasi kecederaan akibat letupan telefon bimbit yang sedang dicas berdekatannya.

Kenapa company dia cepat sgt buat conclusion.  La ni report bomba siap ada traces of petrol pula.
Quote dodolgemokgila 7-8-2018 11:10 AM
Wow teroris konspirasi sgat kes ni. Habis kena lanyak pesalah selepas ni.
Quote dodolgemokgila 7-8-2018 11:11 AM
ulamalu replied at 7-8-2018 11:03 AM
Cradle Fund Sdn Bhd dalam kenyataan ketika itu mengesahkan laporan bedah siasat menyimpulkan kematia ...

So kampeni tersebut yg merancang pembunuhan ka? Kena siasat lah org2 penting dlm kampeni, mesti ada kena mengena nnti.

Lihat semua komen(217)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.333030 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top