CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Dato Seri Vida Cari Suami Baru, Ada Yang Sanggup Terimanya Sebagai Madu!

16-7-2018 01:22 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 11099| Komen: 58|Original author: Oleh: Amiey

Description: Ada sahaja yang dilakukan oleh pengasas kosmetik, Dato Seri Vida yang berjaya mencuit hati pengikutnya di akaun Instagram. Semalam, Dato' Vida telah memuat naik satu video di mana dia menari dengan ra ...
Ada sahaja yang dilakukan oleh pengasas kosmetik, Dato Seri Vida yang berjaya mencuit hati pengikutnya di akaun Instagram. Semalam, Dato' Vida telah memuat naik satu video di mana dia menari dengan rancak bersama Dato' Aliff Syukri. 



Apa yang menarik perhatian ramai adalah kapsyen yang disertakan bersama dengan video tersebut. 


Mencari suami baru, yang tidak kempunan harta orang lain...



Video yang telah ditonton lebih dari 560 ribu kali itu ternyata mampu menghiburkan hati pengikut Dato' Vida. Ramai yang meninggalkan komen kelakar sehingga ada yang turut bergurau dan merestui sekiranya suaminya menjadikan wanita berjaya itu sebagai isteri kedua. Amboi! amboi!



Tidak ketinggalan yang turut mencadangkan rakan masing-masing sebagai calon suami kepada pemilik Vida Beauty Sdn Bhd tersebut. 



Dato' Vida telah bercerai dengan bekas suaminya,Fairuz pada April tahun lalu kerana tidak lagi sehaluan. Ianya juga merupakan perkahwinan Dato' Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman. 

Apa pun kami doakan semoga Dato' Vida berjaya temui jodoh yang baik dalam masa terdekat ini. Bagi siapa yang merasakan diri mempunyai semua ciri yang dinyatakan oleh Dato' Vida itu, boleh lah mencuba nasib. Mana tahu jodoh! -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AshkieLa 16-7-2018 01:28 PM
Edited by AshkieLa at 16-7-2018 01:33 PM

cer hang pakat buat fake news kata hang jatuh muflis DSV oii..
then tengok sape yg masih nak kat hang.. yang sanggup berkawan, berkahwin atau bermadu...
Quote bakingsoda 16-7-2018 01:31 PM
mestila ramai sanggup bermadu dgn reta dsv
Quote BoongaKertas 16-7-2018 01:33 PM
Ya Allah, kau temukan lah lelaki yg benar2 ikhlas nak beristerikan DSV demi MU. Jauhilah jantan gold digger ya Allah! Jauhkanlah spesis biawak idop dari dsv. Ngeri weh!

Iols ada pngalaman pegawai atasan kwn meols single Kaya. Ada siap staf clerk nak lamar dia utk jadi madu laki dia. Laki keje ape tahu? Clerk gak!! Meols ngucap sbb dpt rasa ni arrangement yg “sesuatu”. Lebih bermotifkan harta.
Quote whitePoison 16-7-2018 01:51 PM
Better single la vida..besarkan anak2, kalau nak kawin pun pastikan jangan cari yang muda, nanti berperang pulak dengan cik b ...
Quote mieymiey 16-7-2018 02:10 PM
Ianya juga merupakan perkahwinan Dato' Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman.


Apa ni?
Quote whadda 16-7-2018 02:11 PM
kesian.. dapat smua jenis nak kaut harta
Quote azwanaliori 16-7-2018 03:18 PM
Die sendiri pun mcm abnormal dres up cam badut tergedik sana sini jerit kuyush kuyush. Jantan normal mana ikhlas nk jatuh cinta ngn dia.
Quote Acik2kepam 16-7-2018 03:22 PM
BoongaKertas replied at 16-7-2018 01:33 PM
Ya Allah, kau temukan lah lelaki yg benar2 ikhlas nak beristerikan DSV demi MU. Jauhilah jantan gold ...

Erk mcm dlm sinetron plak ye, gamaknya bini baru dijadikan bank aja takde cinta pun.
Quote zulka 16-7-2018 03:32 PM
tak hingin aku eh..kang kena jadi ayah tiri pada serena william
Quote BoongaKertas 16-7-2018 03:34 PM
Acik2kepam replied at 16-7-2018 03:22 PM
Erk mcm dlm sinetron plak ye, gamaknya bini baru dijadikan bank aja takde cinta pun.

Demi kesenangan diri sendiri kot. Maybe disuruh lakinya jdik gold digger. Hahaha. Mujur senior kwn meols tu tak terpedaya. Dia pun mesti pikir kozzer duit pencen nak sia2kan jg laki sakit2. Ekekeke!
Quote miss_sepet 16-7-2018 03:44 PM
zulka replied at 16-7-2018 03:32 PM
tak hingin aku eh..kang kena jadi ayah tiri pada serena william

Hahaha... adoi terus terbayang muka serena w
Quote RatuDunia94 16-7-2018 04:00 PM
Zaman skrg x boleh nafikan duit n harta sbg salah satu faktor utk cr pasangan..
Quote aleesyasofia 16-7-2018 04:00 PM
tgh brduit semua org nak.. kalo xde pape tak hingin gamaknya.. kalo iolss jd dsv iolss xkn mgedik cri laki.. kembangkn business n jg anak2 sudah.. nk cri partner cri la sama level.. hrta sama2 byk..
Quote haryatie 16-7-2018 04:07 PM
ada ke org yg btul jujur2 dn ikhlas nak
nk tumpang senang ramai kut
dgn cara dia yg mcam tu..serabut kepala jerk..
Quote adeqbun 16-7-2018 04:11 PM
oh mai..ko menari siap baring2 gitu dh kenapa..henbet xmau letak lgsg
Quote si_wawa 16-7-2018 04:26 PM
Kalau aku kaya macam dia, aku akan cuba explore peluang niaga lain pulak.
Zaman masyarakat makin pandai ni, bisnes kecantikan yg tiada basis yg jelas, sikit-sikit akan kureng lalu mati akhirnya. Ia bertahan selama mana masyarakat masih tak reti apa-apa bab macam ni.
Quote wirazam 16-7-2018 05:37 PM
BoongaKertas replied at 16-7-2018 01:33 PM
Ya Allah, kau temukan lah lelaki yg benar2 ikhlas nak beristerikan DSV demi MU. Jauhilah jantan gold ...

seriously....mcm  konspirasi lak
Quote clarizsa 16-7-2018 10:04 PM
si_wawa replied at 16-7-2018 04:26 PM
Kalau aku kaya macam dia, aku akan cuba explore peluang niaga lain pulak.
Zaman masyarakat makin pa ...

Kan vida mmg niaga benda lain?
Dia ada kedai makan dan kedai emas
Quote clarizsa 16-7-2018 10:06 PM
Siapa je yg takmau harta dia?
Sbg manusia yg suka duit, i pun sggup klu bermadu dgn ppuan tua kaya
Tapi bukan semua laki hadap duit
Sbb dia pun ada harta sndri
Geli geleman dgn ppuan tu cm vida katanya
Haha

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.067164 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top