CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Lagi Bazar Perayaan Di Kuala Lumpur

26-6-2018 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2976| Komen: 19

Description: "Kami tidak akan membenarkan lagi bazar Ramadan atau Deepavali di Jalan Masjid India, Lorong Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitarnya."Demikian yang dikatakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan ...
"Kami tidak akan membenarkan lagi bazar Ramadan atau Deepavali di Jalan Masjid India, Lorong Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitarnya."

Demikian yang dikatakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkaitan ketiadaan bazar perayaan di Jalan Masjid India dan Lorong Tuanku Abdul Rahman selepas ini. 

Memetik Mstar Online, bazar ramadan yang mula wujud pada 2003 itu beroperasi buat kali terakhir pada tahun ini. 

"Terdapat banyak aduan dan ia amat sukar diurus. Sebelum ini, tapak bazar telah diberikan kepada persatuan pedagang tetapi terdapat aduan salah urus dan banyak yang disewa untuk mendapatkan keuntungan besar berbanding untuk peniaga miskin," katanya. 

Selain itu, kawasan terbabit dikatakan amat kotor dan juga kehadiran gerai haram yang turut beroperasi. 

Foto Utusan


"Berlaku satu insiden di mana salah seorang daripada pegawai penguatkuasaan kami disimbah dengan minyak panas semasa melakukan rondaan.

"Pemilih perniagaan juga mengadu hilang pendapatan disebabkan gerai yang menghalang orang masuk ke kedai mereka.

"Lagipun barangan yang dijual di gerai boleh dibeli dari kedai berdekatan. Jadi tidak perlu ke bazar," katanya. - CARI 
8

Bagus
10

Marah
8

Terkejut
13

Sedih
17

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 26-6-2018 03:13 PM
sedihnyaaaa.. dah tak dapat merasa suasana raya..
Quote armin 26-6-2018 03:15 PM
Semua ni salah peniaga tamak. Kau dah dpt sewa murah pergi sewakan kt org lain pulak mahal2. Padan muka tak dpt sewa terus
Quote AbukRokok 26-6-2018 04:25 PM
EvieWanKenobi replied at 26-6-2018 03:13 PM
sedihnyaaaa.. dah tak dapat merasa suasana raya..

xpe boleh bersesak di bazar remdan

Quote biozipstar 26-6-2018 07:18 PM
perghh legend ni kalau raya gi sini masa zaman belajar dulu..
Quote swimswim 27-6-2018 12:42 AM
Padanlah muka..
Quote tobby 27-6-2018 12:48 AM
marahkan nyamuk kelambu dibakar..
Quote tempur 27-6-2018 07:43 AM
Elok la tu.. ada yg buat duit atas angin..peniaga pecah kepala cari duit.. yg persatuan ni lantik gengster dua  tiga orang buat modal..duk atas kerusi kutip duit untung atas angin... dah macam pembesa r zaman hang tuah.. masa raya ada peniaga berkira untung rugi,... diorg duk tayang alphad velfire dahhh.. org tak sekolah pun leh berniaga cam tu...
Quote silampumeja 27-6-2018 10:50 AM
i setuju je... kalau nakkan suasana sangat sekarang ni kat area mana-mana pun ada ... hapuskan penguasaan jahat macam tu... tak kebuluran pun takde bazar jalan tar tu kan...

tahun ni pun i sekali pun tak pergi... raya elok aje...still meriah
Quote chacon 27-6-2018 11:33 AM


Dengar berita  tadi DBKL arah Jalan TAR ditutup sebab banyak salah guna kuasa orang2 tertentu. main duit untuk rebut tapak. Tunggu berita selanjutnya nanti..  



Quote cmf_premierleag 27-6-2018 11:34 AM
dah mmg komfem pun
smlm dah kuar news
Quote fealefea 27-6-2018 11:35 AM
Da lama x p. Tak dinafikan tudung kat gerai2 kecil, bukan pasar malam tu boleh masyuk kalau reti niaga online. Tudung semurah Rm7 otter sket jual Rm35 walahh bole kaye bhai. Malas x mls ja nk buat.
Quote ad_hoc79 27-6-2018 11:42 AM
alaaa nanti tahun depan, bukaklah balik jualan tapak tu :p
Quote batmana 27-6-2018 11:48 AM
mmg patut pun

buat bazaar cmni, watla kat kt stadium ke , kt padang ke , tmpt takde org ke apa, ni sesak2 , jln sempit,  
menyesakkan jalan aja

dah la jalan kt KL tu lintang pukang, ada lagi bnda2 pasar/bazar ke apa cmni, menyempitkn lagi..
Quote luvemedaa 27-6-2018 11:50 AM
Dah lama tak g jln TAR. Koseer lah padat2. Parking tepi jalan pun kono byr rm20. Hapooo.
Quote ninjago 27-6-2018 11:52 AM
bagus drastic measure camnie. tuk ajar sikit org2 yg tamak n tak bertanggungjawab nih.
Quote ninjago 27-6-2018 11:52 AM
at least dia bagitahu setahun awal. so peniaga2 banyak masa tuk cari alternatif tempat tuk berniaga. bazaar ramadhan thn dpn
Quote jajahoney 27-6-2018 11:52 AM

bongok. marahkan nyamuk bakar kelambu. macam ni ke cara nak solve masalah?

Quote Aliaskotonggo 27-6-2018 12:12 PM
Eloklah.... aku pergi 2 malam sebleum raya baru ni macam ada kat Indon, india, bangladesh...kotor yg amat, bersepah, bersesak. Air kotak, tin pun dijual lebih mahal..dah la dulu aku terkena beli air milo rupanya air milo letak gula je...elokla peniaga2 tamak ni diajar sikit
Quote aaz 27-6-2018 12:26 PM
armin replied at 26-6-2018 03:15 PM
Semua ni salah peniaga tamak. Kau dah dpt sewa murah pergi sewakan kt org lain pulak mahal2. Padan m ...

Simpulan bahasa Ali Baba. Org Melayu nak meniaga tapi nak goyang kaki tunggu duit masuk. Ambik lesen, kasi kat orang. Baik gerai makan, kontraktor sama jah

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.182669 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top