CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Sis Shiela Rusly Kongsi Resipi Penang Prawn Mee. Boleh Buat Untuk Berbuka..

18-5-2018 11:55 AM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 6278| Komen: 18|Original author: Oleh: Faizal

Description: Siapa tak kenal dengan Sis Sheila Rusly kan? Pengacara rancangan meletop ketuk-ketuk ramadhan. Terbaru sis ada berkongsi resipi Penang Prawn Mee untuk peminat semua. Boleh buat untuk berbuka puasa. Se ...
Siapa tak kenal dengan Sis Sheila Rusly kan? Pengacara rancangan meletop Ketuk-Ketuk Ramadan. Terbaru sis ada berkongsi resipi Penang Prawn Mee untuk peminat semua. Boleh buat untuk berbuka puasa. Selamat mencuba.


Penang Prawn Mee

Bahan-bahan untuk kuah:


Stok udang
Stok ayam
Fish ball
Kiub ayam maggi

Bahan-bahan untuk sambal:

Udang segar
Udang kering
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi merah
Cili kering(kisar)
Maggi cukup rasa

Bahan-bahan lain:

Mee kuning
Taugeh
Kangkung
Telur rebus
Fish cake (Yang sudah dicelur)
Dada ayam (yang sudah dimasak)
Bawang goreng
Limau kasturi
Pucuk goreng


Cara-cara memasak

1. Masakan stok udang dan ayam didalam periuk.

2. Untuk sambal, dalam kuali yang lain, tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi yang telah dikisar. Kemudian masukkan pula cili kering yang telah dikisar. Sesuaikan rasa dengan maggi cukup rasa.

3. Setelah sambal siap, ambil sedikit sambal dan masukkan ke dalam campuran stok udang stok ayam di dalam peruk tadi. Masukkan pula kiub ayam maggi. Masukkan pula bebola ikan dan biarkan masak untuk beberapa ketika.

4. Masukkan pula udang ke dalam sambal yang lebih di dalam kuali tadi. Biarkan sambal sehingga masak.

5. Celurkan mee dan bahan-bahan lain. Masukkan dalam mangkuk dan tuang kuah serta sambal yang telah siap dimasak tadi.

Selamat berbuka puasa. - CARI 
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BebeQ 18-5-2018 02:10 PM
Dah 2 episod ketuk-ketuk ramadhan tahun ni, aku tengok baju sis makin ketat. mungkin sbb sis dah kurus.
Quote RatuDunia94 18-5-2018 04:30 PM
BebeQ: Dah 2 episod ketuk-ketuk ramadhan tahun ni, aku tengok baju sis makin ketat. mungkin sbb sis dah kurus.


Ada lg org tgok KKR tu.. So bosan...
Quote friedfishsoup 18-5-2018 06:05 PM
RatuDunia94: Ada lg org tgok KKR tu.. So bosan...


Betul. Bosan sgt KKR.
Quote dewi_rina 19-5-2018 12:51 PM
Meluat tengok dia, over namati
Quote helicornia 19-5-2018 09:42 PM
BebeQ: Dah 2 episod ketuk-ketuk ramadhan tahun ni, aku tengok baju sis makin ketat. mungkin sbb sis dah kurus.

betul la sis dh kurus..tertengok KKR ada fizo omar..mak aih kecik je pinggang dia
Quote damian_lee 19-5-2018 11:06 PM
So yesterday KKR tu ... sendu semcam dah
Quote missDollie 20-5-2018 05:37 AM
Kan..dah jemu dah..dah bertahun meols tak nonton KKR..bosan yakmat peel mesti tergedik2 pengacara dengan retis..eh dah jadi bodgos plak..
Quote damian_lee 20-5-2018 07:15 AM
Tau tak mee kuning jenama apa yg sedap
Aku rasa semua mcm berkapur .... nak tips pleasee
Quote huehue 20-5-2018 08:52 AM
damian_lee replied at 20-5-2018 07:15 AM
Tau tak mee kuning jenama apa yg sedap
Aku rasa semua mcm berkapur .... nak tips pleasee

Tips dia, you kena beli mee kuning yg homemade tu. Sekarang ramai acik acik jual homemade mee kuning you. Try lah search area kawasan rumah you kalau kalau ada acik acik jual. Try rasa kalau kena dgn tekak you. Ada je yg betul betul takde bubuh air kapur. Ada satu acik ni i kenal dia buat mmg ada letak air kapur juga tapi sikit je. Kalau makan memang takde rasa kapur.
Quote chinta89 20-5-2018 12:34 PM
nampak mcm yummyyyyyy
Quote trexxxxxi 20-5-2018 03:22 PM
nampak sedap. boleh try esok.
Quote precious_chicas 21-5-2018 04:05 AM
wow...slim melim la sis sheila
Quote krustykrab 21-5-2018 12:26 PM
prawn mee kena ada rasa masam2 sikit tp tgk resepi dia ni mcm tak de bahan utk rasa masam
Quote amyza 21-5-2018 05:00 PM
I biasa makan prawn mee kat foodcourt sogo jer kalau tekak ni tiba2 teringin.
Quote Amalinarazi 22-5-2018 12:42 PM
Nk trylah . Thanks tt
Quote cahayamataku 30-5-2018 08:49 AM
damian_lee replied at 20-5-2018 07:15 AM
Tau tak mee kuning jenama apa yg sedap
Aku rasa semua mcm berkapur .... nak tips pleasee

Chuols try mee kuning laksamana. Iols beli yg tu je. Ohh ye Yatie Kitchen pun pakai mee tu
Quote minguk 4-6-2018 01:12 PM
sis ni memang rajin masak kan.. sedap pulak tu nampak
Quote sapasapa 14-5-2021 05:39 PM
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.327270 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top