CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Roti Canai, Teh Tarik Naik 20 Sen !

5-9-2013 11:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10264| Komen: 50

Description: George Town, 5 September - Para Pelanggan Kedai Mamak Dan Restoran Nasi Kandar Di Negeri Ini Mendakwa Mereka Kini Terpaksa Membayar Lebih 20 Sen Bagi Setiap Harga Makanan Dan Minuman Yang Dijual Di K ...


GEORGE TOWN, 5 September  - Para pelanggan kedai mamak dan restoran nasi kandar di negeri ini mendakwa mereka kini terpaksa membayar lebih 20 sen bagi setiap harga makanan dan minuman yang dijual di kedai-kedai itu sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak Isnin lalu.



Tinjauan Kosmo! di sekitar Bayan Baru, Bayan Lepas dan George Town mendapati lima buah kedai nasi kandar di kawasan terbabit telah menaikkan harga makanan seperti roti canai, nasi lemak serta pelbagai lauk selain menaikkan harga minuman teh tarik dan minuman berais.


Sekeping roti canai kini perlu dibayar RM1 berbanding 80 sen sebelum ini, teh tarik RM1.20 berbanding RM1, nescafe ais RM1.90 berbanding RM1.70, milo ais RM1.90 berbanding RM1.70 manakala jus buah-buahan pula RM2.70 berbanding RM2.50.


Penyelia sebuah restoran nasi kandar di Bayan Baru memberitahu, harga baharu itu diputuskan oleh pihak pengurusan dan berkuat kuasa serta-merta tetapi dia menolak kenaikan tersebut ada kaitan dengan kenaikan harga petrol.




Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 5-9-2013 07:49 AM
letrik naik, minyak naik, air naik, sewa naik..... sapo mau tanggung?

lain kali pi order air panas dah....... pastu bancuh dgn nescafe 3-in-1

mau pengsan mamak tu....
Quote Innrukia 5-9-2013 07:52 AM
kita apa lagik naik darah ler
Quote tongkatwaran75 5-9-2013 08:01 AM
GEORGE TOWN, 5 September  - Para pelanggan kedai mamak dan restoran nasi kandar di negeri ini mendakwa mereka kini terpaksa membayar lebih 20 sen bagi setiap harga makanan dan minuman yang dijual di kedai-kedai itu sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak Isnin lalu.


Tinjauan Kosmo! di sekitar Bayan Baru, Bayan Lepas dan George Town mendapati lima buah kedai nasi kandar di kawasan terbabit telah menaikkan harga makanan seperti roti canai, nasi lemak serta pelbagai lauk selain menaikkan harga minuman teh tarik dan minuman berais.


Sekeping roti canai kini perlu dibayar RM1 berbanding 80 sen sebelum ini, teh tarik RM1.20 berbanding RM1, nescafe ais RM1.90 berbanding RM1.70, milo ais RM1.90 berbanding RM1.70 manakala jus buah-buahan pula RM2.70 berbanding RM2.50.


Penyelia sebuah restoran nasi kandar di Bayan Baru memberitahu, harga baharu itu diputuskan oleh pihak pengurusan dan berkuat kuasa serta-merta tetapi dia menolak kenaikan tersebut ada kaitan dengan kenaikan harga petrol. - KOSMO !


p/s  dah mula dah...


Quote gaara_X 5-9-2013 08:05 AM
wah..manyak untung laa kumpulan mamak nie.....
Quote noor2 5-9-2013 08:13 AM
banyaknya barang naik akibat kenaikan minyak....
Quote mamiayu 5-9-2013 08:13 AM
mana bung?? dia kan kata kenaikan harga minyak tidak menjejaskan orang kg?
Quote sapeka 5-9-2013 08:15 AM
semua pon nak naik..
Quote maxim 5-9-2013 08:15 AM
teringt scene edisi khas

[youtube]arrO9ue6nBY[/youtube]

nak beli ferrari ke ape
Quote shakirajefrydin 5-9-2013 08:16 AM
kedai mamak je yg selalu buat mcm ni.. sebab dia naik harga, org datang juga... kedai melayu lambat skit..
Quote leftrani_kel 5-9-2013 08:16 AM
alhamdulillah..idup bijan..
Quote AHMADVW 5-9-2013 08:16 AM
mamak = umno mmg xleh pisah
Quote mamasaffiya 5-9-2013 08:17 AM
kat KL mmg sekeping RM1 roti canai
Quote sapeka 5-9-2013 08:17 AM
kene membudayakan budaya memasak dirumah
dan membawa bekal ke upis..
agak nye la....
Quote leylapple 5-9-2013 08:22 AM
aku tak suka makan kat kedai mamak...

tgk mamak pun dah geli...apa lagi nak makan makanan dia....

dahla suka suki cas org melampau2
Quote little_sis 5-9-2013 08:23 AM
smlm ku beli pisang goreng 2 ringgit, pehtu time nk byr, aku tgk la kan dlm bungkusan tu, ehhhhh apsal sikit sgt cam singgit je... aku tnya balik kakak yg jual tu, ni singgit ke 2 ringgit?? dan2 dia takut2, tambah lg sikit pisang goreng tu.. aku rasa cam 2 bijik je pisang, belah 4 + serdak2...

Quote malaywood.NET 5-9-2013 08:26 AM
Semua naik ke.uwaaa.
Quote little_sis 5-9-2013 08:29 AM
mmg kena byk masak kat umah.. aku kalo ada kesempatan mmg bwk bekal dr umah je... jimat byk.. tapikan, kalo rakyat je berjimat... tertekan jugak akhirnya, sbb kenaikan demi kenaikan xde penurunan pun..
Quote salimrock 5-9-2013 08:30 AM
apa kata pakat2 ramai makan kedai mamak tp minum air suam je....tak pun bawak air mineral sendri
Quote ctcham 5-9-2013 08:32 AM
semalam aku beli minyak masak sepeket harga RM2.70, bukan ke sebelum ni harga dia 2.50 ker?cepat sungguh dia naik!!!

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.057934 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top