CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

6 Bulan Tiada Tawaran Berlakon, Raja Afiq Jual Brownies

13-4-2018 03:02 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 9901| Komen: 47|Original author: Oleh: Amirah

Description: Tahun lalu Raja Afiq melalui hari gelap dalam hidupnya hingga mengganggu kariernya selama 6 bulan tidak menerima tawaran berlakon.
Tahun lalu Raja Afiq melalui hari gelap dalam hidupnya hingga mengganggu kariernya selama 6 bulan tidak menerima tawaran berlakon.

Foto: IG Raja Afiq
Demi kelangsungan hidup, dia terpaksa mencari jalan lain untuk menyara kehidupan dan memilih untuk berniaga secara atas talian dengan menjual pemanis mulut seperti brownies dan red velvet.

"Saya pernah melalui kejatuhan apabila enam bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon disebabkan nama saya terpalit dengan kontroversi.

"Ketika itu saya hanya menjual makanan pemanis mulut seperti brownies dan red velvet menerusi laman sosial," kata Raja Afiq kepada mStar Online.

Foto: IG Raja Afiq


Setelah sekian lama, dia sudah pun mula menerima tawaran berlakon pada awal tahun lalu dan berazam untuk membina kerjayanya semula yang hampir tenggelam. 

Namun perniagaan yang dilakukan tetap diteruskan kerana itulah punca rezeki untuk dirinya ketika menanggung kesusahan dahulu.

Foto: IG Raja Afiq
"Alhamdulillah, saya sudah menerima tawaran berlakon pada awal tahun ini. Sebagai anak seni menjadi perkara biasa apabila perlu melalui zaman turun naik.

"Fokus utama saya pada tahun ini ialah untuk membina semula karier lakonan. Nak menaikkan semula nama saya dalam industri.

"Namun, perniagaan jual makanan itu saya masih teruskan sebab ia sebagai peringatan ketika saya susah dan hanya itulah rezeki," ujarnya.

Foto: IG Raja Afiq
Dia juga telah menukar imej baru untuk menyesuaikan dengan watak yang diterima bagi drama terbaru.

Foto: IG Raja Afiq
"Saya memang sanggup ubah penampilan untuk kelihatan berbeza daripada drama sebelum ini. Sebagai seorang artis, kena buat perubahan itu.

"Selama ini penonton tengok saya dalam drama ada rambut, kali saya nak nampak lain. Jadi, saya potong rambut hampir botak," katanya.

Foto: IG Raja Afiq
Drama baru ini menggandingkan Raja Afiq bersama Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat dalam Cinta Bukan Kristal yang akan ditayangkan dalam slot Akasia.

Kasihan Raja Afiq terpalit isu menghamilkan seorang wanita hingga memberi kesan kepada kerjaya. Moga jadikan pengajaran dan hati-hati dengan fitnah orang. - CARI
14

Bagus
14

Marah
11

Terkejut
5

Sedih
17

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teky 13-4-2018 03:05 PM
bukan da basi ke citer ni.. motif tetibe kuar menjelma..
Quote melnanzz 13-4-2018 03:06 PM
Motip ada gambar Lofa
Quote azwanaliori 13-4-2018 03:06 PM
So kalo x betul dia hamilkan anak org apsal kene gam xde job sampai 6 bulan?

Ke mmg dia ada buat projek ngesek tapi yg dihamilkan tu anak jantan lain?

Iols x paham..
Quote M.Rose 13-4-2018 03:09 PM
Sendu nan merah
Quote shailyvelera 13-4-2018 03:17 PM
senduuuu amat la dia ni....huhu
Quote mieymiey 13-4-2018 03:18 PM
Beringat la dek. Industri ni tak selamanya indah. 6 bulan takder tawaran dah rasa susah. Baguslah kalau ada niat nak berniaga, mana la tau lepasni ramai pelakon baru muncul. Terus chuols dilupakan buat selamanya.
Quote damian_lee 13-4-2018 03:24 PM
Dejavuuu ...
Quote silampumeja 13-4-2018 03:28 PM
sendu satu hal... berlakon takde bakat berkayu kayan satu hal
Quote hyie 13-4-2018 03:33 PM

she's everywhere konsepnya
Quote BebeQ 13-4-2018 03:33 PM
bukan dia ni ke yang meniaga roti jala tu?
Quote adel7 13-4-2018 03:33 PM
Bukan hari tu jual roti jala jugak? Bagus la berniaga. Zarina zainuddin pun maintain jual pulut even still ade tawaran berlakon.
Quote blue^panther 13-4-2018 03:40 PM
melnanzz replied at 13-4-2018 03:06 PM
Motip ada gambar Lofa

Baca komen baru perasan, lopa situ sana sini....menumpang dipinggiran konsepnya..
Quote sayang_mulut 13-4-2018 03:43 PM
pelakon lelaki muda2 ni mmg x de future kot kat Malaysia ni.... kalau la kau ni x popular setarap fatah amin ( have to admit, walaupun x minat, buat heols paling popular okay), kau mmg ibarat smpah je kat industri ni..

mmg x de future..kalau cikki2 muda pelakon tu..at least boleh la kawen ngn dato'.. yang lelaki tu?

Quote zeitabaei 13-4-2018 04:27 PM
Bukan dia ni anak sis ke ?@dianaktirikan SBB X kayo. Anak sis semua have have
Quote Red_mAnc 13-4-2018 04:57 PM
Who the FARK budak ni? Bagus apa berniaga..nampak sgt hadam sgt dgn populariti.. nway good luck..and your brownies tu kalau buat brownies mcm kt amsterdam, sure WIN!!.. hehee,
Quote GigaMom 13-4-2018 05:05 PM
Dh tembun nmpkny
Quote blewnatural 13-4-2018 05:38 PM
Xde job tapi badan tembun , nampaknya takde la susah sgt .. berniaga pun apa salahnya , kalau bisnes dah maju teruskan jela . Berlakon sekadar hobi n side income , tu pun kalau berlakon tak kayuuuuuuuuuuuu
Quote sokmogitu 13-4-2018 09:34 PM
ada tertengok dia belakon sekali dua...masalahnya, ada bakat ke? Kayu je lakonan.
Quote delia3003 13-4-2018 09:51 PM
sokmogitu replied at 13-4-2018 09:34 PM
ada tertengok dia belakon sekali dua...masalahnya, ada bakat ke? Kayu je lakonan.

Hari tu makan kat kedai, ada ler nampak mamat ni berlakon.....scene menangis, iols yang kat luar plak yang tahan gelak tengok kekayuan dia menangis, ekspresi muka...ya ampun, macam orang tahan sembelit Iols taip ni pun sambil gelak sebab masih terbayang lagi muka dia masa scene nangis tu

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.132591 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top