CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi 13 Bulan Tertelan Bateri Kalkulator

3-4-2018 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1939| Komen: 11

Description: Naluri seorang ibu yang mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya terjawab setelah melakukan pemeriksaan di klinik.
Naluri seorang ibu yang mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya terjawab setelah melakukan pemeriksaan di klinik.

Harian Metro melaporkan, selepas melakukan X-ray, Nuramirah Mohd Yusof, 27, mendapati bayinya berusia 13 bulan Muhammad Izz Nuqman Badi’uzzaman tertelan bateri kalkulator.


“Meskipun bayi saya kelihatan aktif dan ceria macam biasa, naluri seorang ibu mengatakan ada tak kena pada dirinya. Bagi mendapatkan kepastian saya bawa anak ke klinik untuk menjalani pemeriksaan kerana naluri kuat mengatakan dia tertelan sesuatu.

“Tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan saya ketika doktor sahkan anak memang tertelan objek. Selepas melakukan imbasan X-ray, barulah saya tahu anak tertelan bateri kalkulator."

Foto: Harian Metro

Kejadian yang berlaku di rumahnya di Puncak Alam, Selangor pada jam 5 petang 28 Mac itu menyaksikan kalkulator yang disusun di atas rak terhempas ke lantai. 

“Hati saya berdebar sejurus meneliti belakang kalkulator berkenaan kerana skrunya sudah tercabut manakala bateri hilang. Jadi saya terus buka mulut Muhammad Izz Nuqman untuk melakukan pemeriksaan kalau ada benda asing, tetapi gagal mengesan sebarang objek mencurigakan.

“Saya cuba cari semula bateri itu sampai jam 8 malam tapi masih tak jumpa, kerana tak sedap hati saya hubungi suami ketika itu berada di China atas urusan kerja. Suami nasihatkan saya supaya bawa anak ke klinik pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan di klinik pertama dan kedua doktor menolak kemungkinan anak tertelan bateri, kerana tidak menunjukkan tanda-tanda seperti muka berubah kebiruan,” tambahnya.

Doktor berjaya mengeluarkan bateri tersebut yang sudah berkarat walaupun kurang 24 jam berada di dalam badan anaknya melalui pembedahan.

Jika lebih empat hari dalam badan, bayi tersebut mungkin boleh koma berpanjangan atau maut. -CARI
3

Bagus
2

Marah
8

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lkick2113 3-4-2018 12:18 PM
bulan 1 hari tu anak aku yg bongsu aku umur 3 tahun tu masuk bateri ni lah dalam hidung, pukul 3 pagi aku bawak pergi hospital, aduh...budak2 ni......tak pasal2, bateri ni menghakis, bahaya....cuma kalau dapat kesan bawah 2 jam, tak jadi maslah, kalau lebih 2 jam, takut jugak ada yg dah terhakis dek bateri ni.
Quote zulka 3-4-2018 12:22 PM
dia tak keluar ikut taik ye?
Quote Rainrein 3-4-2018 12:23 PM
Good for that kid dapat mak yang prihatin.
Quote amyza 3-4-2018 12:27 PM
Tahniah si ibu,sangat prihatin.
Quote Nenasketum 3-4-2018 12:53 PM
Mak yang bagus. Tahniah sebab menyelamatkan anak anda
Quote batmana 3-4-2018 01:04 PM
aku rasa dh 10 tahun aku tk sentuh kalkulator
pakai tepon je mengira
Quote supernaturalee 3-4-2018 01:15 PM
batmana replied at 3-4-2018 01:04 PM
aku rasa dh 10 tahun aku tk sentuh kalkulator
pakai tepon je mengira

huh!
lagi bahaya tu
bateri henfon kot


Quote taikor 3-4-2018 01:17 PM
nama anak amat win...
Quote myoujin 3-4-2018 01:21 PM
supernaturalee replied at 3-4-2018 01:15 PM
huh!
lagi bahaya tu
bateri henfon kot

Nak nak phablet..  4000mah +++ haha
Quote giyomi 3-4-2018 06:00 PM
Dlm puji harus di kecam jgk si ibu kerana cuai sehingga bateri tu di telan oleh anaknya...camne leh bateri tak di jumpai n tiba2 ada dlm perut bayi, ni menujukkan, dia tak cari time kalkulator tu jatuh berderai, mgkn pastu main tepon sat, gi masak jap baru dtg kemas tmpt kejadian.
Quote Simunggu 4-4-2018 06:55 AM
apa bodoh punya indung

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.050686 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top