CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Londeh Seluar Dan Punggung Dicucuh Api, Pok Ya Jadi Mangsa Buli

20-3-2018 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8183| Komen: 29

Description: Netizen marah bila melihat tindakan sekumpulan lelaki dan wanita membuli orang kelainan upaya (OKU) dikenali sebagai Pok Ya.
Netizen marah bila melihat tindakan sekumpulan lelaki dan wanita membuli orang kelainan upaya (OKU) dikenali sebagai Pok Ya.

Video yang tular di media sosial itu menyaksikan mangsa dipaksa menanggalkan seluar, berdiri dengan tangan diikat ke belakang.



mStar Online melaporkan, Pok Ya menjerit kesakitaan apabila punggungnya dicucuh dengan api menggunakan pemetik api.

Insiden yang berlaku di kawasan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu itu disifatkan sebagai kejam, lebih-lebih lagi mangsa mengalami masalah kecacatan mental.

Foto: mStar Online

Jurupulih Perubatan Carakerja Hospital Hulu Terengganu, Muhamad Faiq Muizzuddin Zainal Abidin berkata,

“Pok Ya adalah OKU yang mengalami masalah mental, tetapi dia sebenarnya dalam keadaan stabil dan waras ketika kejadian menjadi mangsa buli. 

“Memang Pok Ya pesakit mental, tetapi dia bukan sakit mental sepanjang masa. Dia berfikir seperti orang lain, makan dan minum juga seperi orang normal, malah dia juga bekerja."

Laporan polis telah dibuat berhubung insiden terbabit. Dua suspek perempuan masing-masing berusia 17 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar berkata, 

“Kita percaya terdapat beberapa suspek lagi yang turut terlibat sebagaimana dalam insiden menerusi video yang tular. 

“Kita sedang menjejaki dua suspek lelaki yang didakwa mencucuh api pada punggung dan menabur pasir pada kemaluan mangsa." -CARI
25

Bagus
12

Marah
5

Terkejut
10

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 20-3-2018 10:52 AM
kasihan.moga pembuli terima hukuman setimpal!
Quote felinecat 20-3-2018 10:54 AM
Umur 17 dah jadi pembuli? Ape nak jadi, pg kemas rumah Ade faedah juge, xmemasal kene tangkap dah
Quote kikuri 20-3-2018 11:05 AM
tak padan dengan pompuan nak buli orang....
Quote jofizo 20-3-2018 11:09 AM
umo 17thn pkl 4 pagi merayap ngan jantan....
Quote Modngengade 20-3-2018 11:13 AM
adakah cikki pembuli itu merembers tgk pokya cong co de
Quote mieymiey 20-3-2018 11:46 AM
Tak kisah la mangsa tu normal ker, waras ker, stabil ker itu bukan tiket kita nak jadi setan sesuka hati buli orang. Apa lagi kalau mangsa tu OKU.
Quote saviour_09 20-3-2018 11:53 AM
oku or not
mental or not
bukan tiket untuk dibuli

fcuk bullies!
Quote tombong 20-3-2018 12:08 PM
pok ya ni dulu asalnya normal. pastu join MLM ke ape ntah, last2 jadi gila nak kaya...
Quote chazey 20-3-2018 01:08 PM
Bebudak kelas belakang lemah IQ lemah EQ lemah segala-galanya memang gini la peelnya. Takda rasa kesian lansung kat orang. Seropa yitu Yizreen Azminda.
Quote jazaa100 20-3-2018 01:24 PM
Gatal bijik je pompuan ni....
Quote jazaa100 20-3-2018 01:26 PM
tombong replied at 20-3-2018 12:08 PM
pok ya ni dulu asalnya normal. pastu join MLM ke ape ntah, last2 jadi gila nak kaya...

Ada sorang yg aku jumpa pun mcm tu....

Tapi dia sbb main share, pastu kwn kwn byk pinjam duit dia tak byr....terus jd tak betul....tapi buat kerja, teliti sgt....suruh bersihkn kawasan, habis rumput rumput di cabutnya....
Quote iszablack 20-3-2018 04:24 PM
mieymiey replied at 20-3-2018 11:46 AM
Tak kisah la mangsa tu normal ker, waras ker, stabil ker itu bukan tiket kita nak jadi setan sesuka  ...

Setuju sgt2!!
Quote R2D2 20-3-2018 04:33 PM
Pembuli 'Pok Ya Cong Co Dei' kena reman

KUALA TERENGGANU: Dua remaja perempuan berumur 17 tahun direman tiga hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan berhubung tindakan sekumpulan remaja memalukan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) dikenali sebagai 'Pok Ya Cong Codei' dengan membuka seluarnya.

Perintah reman terhadap dua suspek dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistret Kuala Terengganu, Rosila Nik.

Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


  
Difahamkan, polis sedang mengesan dua lagi rakan suspek yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Selain itu, polis turut merampas beberapa barang kes termasuk dua telefon bimbit bagi membantu siasatan.

NSTP semalam melaporkan tindakan biadap sekumpulan remaja memalukan 'Pok Ya Cong Codei' dengan membuka seluarnya.

Tidak cukup dengan itu, kumpulan berkenaan turut menaburkan pasir pada kemaluan lelaki yang mengalami masalah lembam itu, selain tangan mangsa diikat ke belakang.

Mangsa dikatakan dimalukan kumpulan berkenaan di kawasan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, 4 pagi kelmarin dan kejadian memalukan itu dikatakan dirakam sebelum video berdurasi tujuh saat menjadi tular di Facebook.
Quote nenekglamer 20-3-2018 04:59 PM
Muda2 dah jadi 'molestor'. Buat malu org tua.
Quote nenekglamer 20-3-2018 05:01 PM
nenekglamer replied at 20-3-2018 04:59 PM
Muda2 dah jadi 'molestor'. Buat malu org tua.

Molester. Teruknya spelling aku. Makan semut bnyk. Huhuhu
Quote Aerhys 20-3-2018 05:05 PM
Tak ada perikemanusiaan. Perlakuan seperti orang tak bertamadun. OKU or not any human being does not deserve to be treated and humiliated like that for no reason. Mohon diberi hukuman berat supaya jadi pengajaran.
Quote Artemesiaa 20-3-2018 05:09 PM
Zalimnya perbuatan dalam kes ni siapa yang mental sebenarnya gigih sangat nak mebuli orang
Quote sekngucing 20-3-2018 05:15 PM
menate beruk
Quote siape_aku 21-3-2018 07:43 AM
ape nak jadi budak2 skang ni??? eh kdg2 tingkah laku mcm org tak pernah pegi sekolah ea??

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.249475 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top