CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesakit Mental 'Pusing-pusing' Kuching Naik Ambulans

20-2-2018 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3786| Komen: 22

Description: Seorang pesakit mental melarikan sebuah ambulans dan 'bersiar-siar' lebih kurang sejam di sekitar Bandaraya Kuching sebelum ditahan berhampiran Wisma Saberkas petang tadi.
Seorang pesakit mental melarikan sebuah ambulans dan 'bersiar-siar' lebih kurang sejam di sekitar Bandaraya Kuching sebelum ditahan berhampiran Wisma Saberkas petang tadi.

Harian Metro melaporkan, lelaki berusia 36 tahun itu menyusup masuk ke dalam ambulans sebuah pusat perubatan swasta tanpa disedari ketika petugas menurunkan pesakit di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching, pada 12.50 tengah hari.


Foto: Harian Metro/BH Online

"Dalam kejadian itu, suspek bertindak melarikan ambulans milik sebuah pusat perubatan swasta ketika petugas menurunkan pesakit yang mahu mendapatkan rawatan di HUS.

"Bagaimanapun, selepas sejam diburu, pegawai dan anggota polis berjaya mengesan kedudukan ambulans berkenaan yang ditinggalkan di Jalan Green berhampiran Wisma Saberkas," kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Abang Junaidi Abang Annuar.


Menurutnya, suspek cuba meloloskan diri dengan melarikan diri ke dalam pusat beli-belah berkenaan.

"Suspek cuba meloloskan diri tetapi gagal apabila berjaya ditahan di perkarangan HUS.

“Kita syaki suspek berlari untuk pulang semula ke HUS dari pusat beli-belah itu selepas panik melihat kehadiran pegawai dan anggota polis," katanya.

Difahamkan, suspek dimasukkan ke HUS sejak semalam untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selepas disyaki mengalami masalah mental.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk kehadiran suspek yang tidak disedari petugas sehingga menyusup masuk ke dalam ambulans sebelum melarikannya,” katanya. - CARI
15

Bagus
3

Marah
18

Terkejut
18

Sedih
21

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 20-2-2018 05:13 PM
seronok awak ye jalan2, pusing2..
Quote Rainrein 20-2-2018 05:26 PM
Hahahha. Gian nak jalan jalan drive sendiri kot.
Quote LautBiru52 20-2-2018 05:28 PM
Hahahahaha. Macam2 hal
Quote GhostWalking 20-2-2018 05:35 PM
Seronok kan kau dek
Quote sukacactus 20-2-2018 05:41 PM
Nak kata apa kan. Dtg pun dr kampung Siol
Quote giyomi 20-2-2018 06:04 PM
mental2 pon bole bawak ambulan ek, hebat ko. HUS tak pantau ker pesakit dia, dah tau tak betul takan takder bilik khas yg ada pengawal
Quote Artemesiaa 20-2-2018 06:09 PM
Jenuh ler nurse, pak guard ngan drebar ambulance nak kena menjawab
Quote Skuau 20-2-2018 06:40 PM
"Tengok...wa bawak tak xsiden pon",lu orng lagi mental drp wa..."
Quote krustykrab 20-2-2018 06:51 PM
giyomi replied at 20-2-2018 06:04 PM
mental2 pon bole bawak ambulan ek, hebat ko. HUS tak pantau ker pesakit dia, dah tau tak betul takan ...

Tu la kan...pandai pulak nk masuk gear, tekan clutch, minyak, break lol
Quote yangsemb 20-2-2018 07:15 PM
Owh...mujur tiada musibah terjadi dikala sipesakit ‘bersiar2’ {:dot
Quote multinicky 20-2-2018 07:27 PM
twringin dh lama nk bawak kot...dpt peluang drive je la...
Quote jazaa100 20-2-2018 07:33 PM
Blh pulak dia pegi hospital semula....pretend mcm tak bersalah je.....
Quote dubuk 20-2-2018 10:46 PM
hmmmmmmm wa caya sama luuuuuu
Quote robinmosby 20-2-2018 11:49 PM
Comelnya cerita ni hahahaha
Quote Mary_jane 21-2-2018 12:04 AM
Hehe boleh plak dia patah ke hospital tu balik.
Quote shernazz 21-2-2018 12:21 AM
Cm drama pon ado..hahahaha
Cite ape tah yang kazar tu..
Quote mbhcsf 21-2-2018 12:32 AM
he  just wanted to have  his ' me time' for his  ' peace  of mind ' ....joyride habisss....like roxette
Quote PongKang 21-2-2018 01:14 AM
muda jugak tu da mental
Quote mummyNSA 21-2-2018 08:10 AM
Lama menunggu kottt
Tu yg g jenjalan dulu
{:hooray

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.279710 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top