CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Kanan Imigresen, Isteri Dan Kakak Dituduh Terlibat Rasuah RM12.5 Juta

4-1-2018 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9900| Komen: 104

Description: Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen serta isteri dan kakaknya didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas tuduhan rasuah membabitkan RM12.5 juta sejak tiga tahun lalu.
Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen serta isteri dan kakaknya didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas tuduhan rasuah membabitkan RM12.5 juta sejak tiga tahun lalu.


Berita Harian melaporkan, tiga beranak terdiri dari sepasang suami isteri,  Mohd Khairi Othman, 38, dan Noorashikin Azmi, 38, dari Taman Rahmat, Jitra, serta kakak Mohd Khairi, Huziana Othman, 48, dari Taman Suasana Damai, Jitra mengaku tidak bersalah.

Foto: Kosmo Online
Prosiding pertama membabitkan dua kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Mohd Khairi sebagai Ketua Unit DP10, Bahagian Khidmat Ekspatariat, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya menerima rasuah RM100,000 daripada Muhammad Khairul Asri Pubin melalui akaun Maybank atas nama Hassan Muhammad Yusuf @ Daud.


Rasuah tersebut sebagai upah dalam mempercepatkan pengeluaran Surat Kelulusan Pegawai Dagang (DP10) bagi Syarikat MKAP Bina Sdn Bhd pada 16 Julai 2017, jam 11.07 pagi.

Kesalahan kedua, Mohd Khairi menerima RM50,000 daripada Lee Wai Kay melalui akaun sama dan tujuan sama bagi Syarikat Nature Sense Sdn Bhd pada 19 Jun 2015, jam 1.18 tengah hari.

Khairi juga berdepan  18 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 membabitkan jumlah keseluruhan RM9.2 juta.

Foto: Berita Harian
Isteri Mohd Khairi, Noorashikin yang juga pengarah dua syarikat iaitu Firas Rizqi Resources dan Ilham Rizqi Resources berdepan lima pertuduhan membabitkan Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) AMLA 2001 dengan jumlah keseluruhan RM2.5 juta.

Huziana yang juga kakak kepada Mohd Khairi didakwa menerima wang RM500,000 daripada akaun Bank Rakyat milik Hassan Muhammad Yusuf @ Daud di Bank Rakyat cawangan Alor Setar, Jalan Langgar pada 9 Jun 2016.

Mohd Khairi diminta membayar jaminan RM1.6 juta, manakala Noorashikin serta Huziana masing-masing RM200,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah, selain menetapkan 12 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula dan penyerahan dokumen. -CARI
2

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
15

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PongKang 4-1-2018 05:18 PM
tu baru sekor.. ikan bilis je.. blum yg jerung n ikan bilis lain.. padanla kat memana bersepah pati
Quote MisXoXo 4-1-2018 05:19 PM
semoga dipermudahkan...
Quote yangsemb 4-1-2018 06:22 PM
Mak aiii...bersekongkol ngan isteri & kakak bagai
Quote pyropura 4-1-2018 06:34 PM
Cina nyamar mulayu nih, kan cina yg suka sabotaj, bak kata bro @bioessence
Quote pyropura 4-1-2018 06:35 PM
yangsemb replied at 4-1-2018 06:22 PM
Mak aiii...bersekongkol ngan isteri & kakak bagai

Yg penting bini mak semua tutop.aurat, sejok mata memandang. Pegagawai pun nama Muhammad, suci tuh
Quote Begbiru 4-1-2018 08:30 PM
Time2 ni lah semua ikan bilis kena tangkap.... jerung2 bila lg?
Quote rukia2 4-1-2018 09:22 PM
Begbiru replied at 4-1-2018 08:30 PM
Time2 ni lah semua ikan bilis kena tangkap.... jerung2 bila lg?

Sabalah.. Nnti da pupus bilis,  kebulurlah jerung
Quote martiena 4-1-2018 09:26 PM
Dah pakai online sistem pun masih lepas lagi yg cenggini...
Quote R2D2 4-1-2018 09:39 PM
Ada satu kes tu keluarga lembu kondo
Siap beli 2 unit kondo,  restoran etc satu dakwaan pun tak terpalik.  Hebat!
Quote shamsadis 4-1-2018 10:39 PM
berjuta dapat kasik bunuh je
Quote cmf_jeangrey 4-1-2018 11:37 PM
pyropura replied at 4-1-2018 06:35 PM
Yg penting bini mak semua tutop.aurat, sejok mata memandang. Pegagawai pun nama Muhammad, suci tuh ...

Kalau setiap ringgit rasuah tu ada dna babi, mereka takkan berani ambik waima menyentuh sekalipun
Quote kasihantam 4-1-2018 11:42 PM
cmf_jeangrey replied at 4-1-2018 11:37 PM
Kalau setiap ringgit rasuah tu ada dna babi, mereka takkan berani ambik waima menyentuh sekalipun  ...

betul tu

tapi kafir macam kau letak sekor babi terus pun tarak hal, sapu bersih makan semua supo babi








Quote dani-rox 4-1-2018 11:43 PM
berpakaian anime cosplay yg dibeli dgn duit dan dibuat dgn tenaga sundirik lebih mulia daripada kekunun bertudung litup tp makan rasuah
Quote kasihantam 4-1-2018 11:46 PM
dani-rox replied at 4-1-2018 11:43 PM
berpakaian anime cosplay yg dibeli dgn duit dan dibuat dgn tenaga sundirik lebih mulia daripada keku ...

mak kau pakai costume apa time layan jantan cari duit buat beli beras tuk kau

Quote NBM 4-1-2018 11:49 PM
mesti dorang nightmare kan sebb tiba2 terduduk dalam lokap
Quote ultra78 4-1-2018 11:52 PM
Senang-senang aje bayar duit jaminan RM 1.6 juta
Quote FOTHER-MUCKER 4-1-2018 11:53 PM
Tak apalah yang penting mereka tu menotop aurat.
Quote xtahumenahu 4-1-2018 11:54 PM
Bukan sikit
Percayalah... Sekali dapat pasti nak lagi
Quote alieyrina 5-1-2018 12:02 AM
Amboii bertudung litup baju labuh tutup punkok takkan mkn rasuah kut..tak lojik lgsung

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.055852 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top