CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jahanam! Rumah Aku Disewa Pengganas Ke!? - Tuan Rumah

15-12-2017 06:18 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 10978| Komen: 46|Original author: Oleh: Ain

Description: Dah banyak kita dengar kes penyewa tak bertanggungjawab di portal-portal online ni.
Dah banyak kita dengar kes penyewa tak bertanggungjawab di portal-portal online ni.

Tapi yang ini mungkin paling dahsyat setakat ini!


Loading FB Post...


Bukan setakat berkecah, habis jahanam barang-barang pemilik rumah ini!


Ni dah kenapa?



Kata tuan rumah, penyewa itu membuka semua gajet ini dan mengeluarkan baterinya menggunakan pisau. Macam nak buat bom saja gayanya. Psiko ke mamat ni?


Insiden itu dikongsi Simon Landsheer menerusi laman Facebook (FB) apabila mendapati penyewa, Mohammed yang berasal Arab Saudi telah 'menghancurkan' rumahnya.



Memetik World of Buzz (WOB), kediaman yang terletak di Jalan Ampang itu disewakan kepada Mohammed menerusi portal carian penginapan Airbnb.

Menerusi statusnya, Simon kerugian puluhan ribu ringgit akibat perbuatan 'khianat' lelaki terbabit.



Menurutnya, syarikat terbabit bagai melepaskan batuk di tangga. Lah, kenapa tak nak bertanggungjawab tu?


Teruk sangat ke kerosakannya sampai ribuan ringgit 'terbang'?







Foto: FB Simon Landsheer 

Okey, ini memang melampau! Menurut WOB, Mohammed menyewa rumah itu selama 6 minggu dan sering memanjangkan tempoh sewaannya.

"Kali ini dia macam 'terlupa' nak sambung tempoh sewaan. Pada hari dia sepatutnya check-out, pembersih rumah saya terkejut apabila mendapati keadaan rumah, lalu terus memaklumkan kepada saya.

"Kami gagal mengejut dia dari tidur hingga terpaksa meminta bantuan pengawal keselamatan,"
kata Simon.

Berdasarkan 'peninggalan' penyewa, Simon tak menolak kemungkinan bahawa dia seorang penagih dadah.

Gila. Tak cukup dengan kerosakan harta benda, Simon juga terpaksa menanggung bil elektrik yang hampir mencecah RM2,000!


Foto: FB/WOB

Nampaknya, bukan Simon sahaja, malah beberapa pemilik rumah lain pernah buat aduan mengenai lelaki bernama Mohammed itu!


Foto: FB Simon Landsheer


Weh, serius teruk rumah Simon ni dikerjakan.


Foto: FB

Kasihan Simon kena berhadapan dengan semua dugaan ini. Semoga dia bertenang dan dapat menyelesaikannya dengan baik. - CARI
13

Bagus
8

Marah
3

Terkejut
18

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 15-12-2017 06:44 PM
Klu terkena penyewa tak bertanggungjawab gitu la..
Kwn i pun sedang mengalaminya..walaupun umh tu bkn dia punya, tp sekarang lemah semangat nk balik umh..sebab penyewa baru dia student2 dah mula buat perangai letak barang sepah2..
Dulu rumah dia aman2 je weols lepak..skang ruang tamu sampai ke dapur berselerak barang2 student tu..
Quote amyza 15-12-2017 08:04 PM
Dah pernah terkena, sampai pintu toilet tercabut skali dgn frame pintu tertanggal. Bil2 jangan cakap laa. Tak guna punye manusia.
Quote moonbug 15-12-2017 08:36 PM
Gilalah. Teruknya perangai
Quote aurorae 15-12-2017 10:09 PM
Edited by aurorae at 15-12-2017 10:11 PM

Aku pun host airbnb, dan memang baca feedback  dari host lain kalau ada yang nak masuk bilik.   Aku juga tak suka terima tempahan yang lebih dari seminggu, caranya dengan tak bagi diskaun untuk tempoh sewa yang panjang.  Orang2 yang nak tinggal lama memang akan cari host yang bagi diskaun ni.
Satu lagi rate aku memang lebih mahal dari rate yang airbnb suggest  untuk area rumah tu, sebab aku tak nak orang2 pelik macam ni yang masuk.  Aku dah belajar dari pengalaman lepas, bagi rate murah dari suggested rate, memang dapat lebih langganan, tapi end up bayar bil dan lain2 kos sama je akhirnya macam bagi rate mahal  dan dapat sikit pelanggan.   Penat mengemas + kerosakan peralatan rumah jangan cakap la.

Quote salmon-suki 15-12-2017 10:12 PM
Cantik rumah tu..tp dirosakkan oleh penyewa y xbertimbang rasa! Mohon boikot that guy y bnama mohammed tu..memalukan saja!
Quote izzat1987 15-12-2017 11:16 PM
Yg kutuk arab tu mohon baiki perangai bangsa masing2. Semua bangsa pun pasti ada yg perangai cam lahanat. Tak perlu nak kait nabi dan pekebenda lain. Macam kau suci sangat.
Quote mommymonster82 16-12-2017 02:29 AM
Berpesta kot
Quote nisako 16-12-2017 08:00 AM
aiyo terukteruk..,,
Quote de_ikea 16-12-2017 08:34 AM
Alahai. Nama aje mohamad. Tapi peel perangai memalukan
Quote kechikchomel 16-12-2017 10:45 AM
aurorae replied at 15-12-2017 10:09 PM
Aku pun host airbnb, dan memang baca feedback  dari host lain kalau ada yang nak masuk bilik.   Aku  ...

ada baca komen simon kat atas tu....dia macam cakap airbnb tak nak bertanggungjawab.
so memang host la yg kena tanggung semua ye?
Quote batmana 16-12-2017 11:31 AM
bukan pengganas, tapi penagih dadah tu
dia buat parti dadah

byk kesan penggunaan dadah kt meja, lantai bagai

sudah tiba masanya penyewa kene buat medical checkup, klu korang syg rumah la
klu +ve dadah, sila banned terus
Quote DeeHanania 16-12-2017 03:25 PM
Edited by DeeHanania at 16-12-2017 08:04 PM

Cantik umah tu,
Sayang abis jahanam umah tu dkejakan,
Spesis drug addict yg mnyewa nie,
Pengotor!!!
Quote apedehal 16-12-2017 04:28 PM
tp ken mmg betul la..org arab mmg cenggini gayanya kalau duk hotel ke apa... kalau kat uk iols selalu je dgn tuan rumah komplen pasal org arab yg menginap sana
Quote Genkidesuka 16-12-2017 06:22 PM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.
Semoga mat arab ni segera insaf dan berubah.  
Quote BoongaKertas 16-12-2017 09:41 PM
Ni baru betul penyewa dari nuraka. Ya Allah! Sakitnya hati meols tgk rumah jd mcm tu sekali.
Quote aurorae 16-12-2017 10:17 PM
Edited by aurorae at 16-12-2017 10:22 PM
kechikchomel replied at 16-12-2017 10:45 AM
ada baca komen simon kat atas tu....dia macam cakap airbnb tak nak bertanggungjawab.
so memang ho ...

memang ada clause dalam airbnb, akan cover kerugian jika ada damaged property.   Tapi dari gambar yang Simon post nampak penyewa pengotor dan sepahkan barang, tapi tak nampak sangat ada damaged kat  rumah.
Satu lagi dia dah berurusan dengan penyewa tu tanpa melalui airbnb.  Dia kena buktikan segala damage tu berlaku pada tarikh2 penyewa dan tuan rumah guna servis airbnb.  Rasanya dari screenshot tu,  sekejap je yang melalui airbnb, iaitu pada hari2 awal,  selebihnya penyewa dan tuan rumah deal sewa directly.

Sebab tu kot airbnb malas nak response, sebab dah ada keraguan di situ.

Rugi beribu RM sebab nak hire cleaner atau beli cadar selimut baru ke?  Memang kemas dan bersihkan rumah kerja tuan rumah, sebab tu ramai yang letak service charge siap2 dalam bil.   

Pernah  sewa rumah besar yang boleh muat berbelas orang, ada tuan rumah yang minta deposit kadang2 sehingga $500, sebagai persediaan kes2 macam ni kot.  Contact tuan rumah tu,  tanya kena bayar deposit tu ke atau jumlah sebenar yang kita sewa.  Dia kata $500 yang dia letak tu cuma akan dipotong dari credit card kita kalau tuan rumah komplen pada airbnb pasal group kita (pengotor, party liar, damaged property).

Quote farhana008 16-12-2017 10:22 PM
ni memang betul penyewa dari neraka
Quote kechikchomel 16-12-2017 10:27 PM
aurorae replied at 16-12-2017 10:17 PM
memang ada clause dalam airbnb, akan cover kerugian jika ada damaged property.   Tapi dari gambar  ...

oooo...tak boleh gak lah nak kata Airbnb tak nak bertanggungjwb ke apa kan..dah ada dlm clause camtu.
Satu hal lak Simon ni nak kena cari bukti ble damage tu jadi.
Quote cmf_premierleag 16-12-2017 10:55 PM
Yg aku heran, apa ke gila penyewa ni gi cabut serombong asap dapur apa ke namanya tu ntah

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.059959 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top