CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Parah Ditetak Hanya Kerana Tegur Pasang Muzik Kuat

20-10-2017 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4861| Komen: 34

Description: Hanya kerana berang ditegur, sekumpulan lelaki menyerang remaja berusia 17 tahun sehingga parah di bahagian belakang dan kepala akibat ditetak.
Hanya kerana berang ditegur, sekumpulan lelaki menyerang remaja berusia 17 tahun sehingga parah di bahagian belakang dan kepala akibat ditetak.


Foto: BH Online

BH Online melaporkan, kejadian berlaku di Flat Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, kira-kira jam 2.05 pagi semalam selepas mangsa menegur dua lelaki kerana memasang muzik kuat daripada pembesar suara kereta.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz, mangsa diserang kira-kira 15 lelaki di kawasan perumahan itu. Dipercayai, kejadian berpunca apabila mangsa menegur dan menasihati dua suspek berkenaan.

"Teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran dan pergaduhan kecil sebelum sekumpulan suspek lain iaitu rakan kepada dua suspek yang awal datang menaiki sebuah kereta dan beberapa motosikal.

"Sekumpulan lelaki kira-kira 15 orang mengerumuni mangsa. Beberapa suspek membawa parang dan pisau menyerang mangsa menyebabkan kecederaan parah di bahagian belakang badan dan kepala," katanya.

Tambah Jokhiri, semua suspek dipercayai bukan penghuni di kawasan flat berkenaan.

"Mangsa yang cedera parah dihantar dan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dirawat di wad dan kini di bawah pengawasan rapi pihak hospital.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (merusuh dengan senjata) dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera parah dengan senjata)," katanya.

Sehingga kini, belum ada sebarang tangkapan dibuat dan polis giat memburu suspek. - CARI
11

Bagus
17

Marah
13

Terkejut
15

Sedih
10

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raradhia 20-10-2017 12:23 PM
yaa allah yaa tuhanku. .
Quote harrypoter 20-10-2017 12:24 PM
Wrong Place, at the Wrong Time
Quote Artemesiaa 20-10-2017 12:27 PM
Sebab tu lebih baik jangan bertindak sendiri elok mintak bantuan polis je kalau ada yang buat bising
Quote prettyuglybabe 20-10-2017 12:40 PM
lain kali tepon polis je la..
Quote fifie_olin 20-10-2017 01:04 PM
ko sumbat kapas kat tinger je dekk
x psl2 mencurah drh
Quote EJALTI 20-10-2017 01:12 PM
Cepat2 la polis buat tangkapan...Nak tengok muka2 lahanat 15 ekor jantan2 pondan tuh...  moga dapat hukuman paling maksimum...
Quote Pink_Purple 20-10-2017 01:13 PM
orang kita ni meronta2 nak bergasak..

hantar pergi syria sekor2..tgk berani ke kecut
Quote sebu1 20-10-2017 01:26 PM
Sakainya yg pasang lagu kuat2 mengganggu ketenteraman org lain.  Siapa pun marah tapi elok report polis je sb jenis yg ganggu ketenteraman awam ni mmg jenis penjenayah dan hati kering
Quote pooh~key 20-10-2017 01:27 PM
Selalunya yang pasang radio kuat2 kat kereta ni spesis keling jah sister oiii....
Quote she 20-10-2017 01:32 PM
Penat je tepon polis

Polis datang berlumba lumba

Lepas tegur..,ok polis blah

Kemudian sambung bising...siap tambah volume tanda protes

Eloklah dilastik sajok
Quote bel146 20-10-2017 01:57 PM
Pink_Purple replied at 20-10-2017 01:13 PM
orang kita ni meronta2 nak bergasak..

hantar pergi syria sekor2..tgk berani ke kecut

tau xpe..
Quote SecretLuv 20-10-2017 01:58 PM
Aku pelik macam mana diaorang boleh tahan dengar muzik kuat-kuat macam tu. Aku yang dengar dari jauh pun tak tahan. Kuat dia sampai jantung pun berdegup kencang. Tak pekak ke telinga diaorang?
Quote Pink_Purple 20-10-2017 02:00 PM

pukul 2 pagi,sesuai ditegur pun,

time orang nak rehat..

anak/orang2 yang terbiar ni,menyusahkan semua orang..
xlama masuk ke dalam la
Quote CiliPadiSedap 20-10-2017 02:04 PM
she replied at 20-10-2017 01:32 PM
Penat je tepon polis

Polis datang berlumba lumba

pernah sekali telefon polis, sekali misscommunication alamat. haha sejam tunggu polis xkunjung tiba.
Quote ell768 20-10-2017 02:05 PM
kurang hajar..ramai2 berani laa kan duk tetak2 org..ni mesti sejenis kaum tu kalau pesen tetak2 ni..mabuk todi laa tu..
Quote slavehunter 20-10-2017 02:09 PM
Tapi tak baik la 15 orang lawan 1. Apa nak jadi budak2 ni.
Quote @pplegreen 20-10-2017 02:43 PM
Boleh la korang ramai lawan sorang, giler apa 2 pagi ko dok pasang lagu kuat2 time org nak tido.
Quote baghal_bortuqal 20-10-2017 02:45 PM
Apa ke sial. Polis pls buat ops tangkap and tibai bangsat2 neh seme.

Satu area selalu Ada is the parking lot tasik Taman Jaya (sebelah bangunan tnb)
Quote Modngengade 20-10-2017 02:46 PM
she replied at 20-10-2017 05:32 AM
Penat je tepon polis

Polis datang berlumba lumba

kan....polis pun tahap pprt jer dekk...bertabahlah

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.058416 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top