CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siasat Skim Rumah Mampu Milik, Pasukan Khas Ditubuhkan- Noh Omar

26-9-2017 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3830| Komen: 25

Description: Satu pasukan khas akan ditubuhkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyiasat dakwaan penipuan dalam pembinaan rumah mampu milik.

sumber: internet


Satu pasukan khas akan ditubuhkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyiasat dakwaan penipuan dalam pembinaan rumah mampu milik.

Memetik laporan Bernama, menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan tidak mahu mana-mana pihak mengambil kesempatan yang akhirnya merugikan rakyat.

Jelas beliau, penubuhan pasukan khas di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta beberapa jabatan lain berkaitan.

Noh berkata, pasukan khas berkenaan akan bertindak mengikut dua aspek iaitu jenayah dan juga saman sivil.


Sehubungan itu, beliau meminta pihak yang mendakwa ditipu termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib individu-individu terbabit tampil memberi maklumat.

“Saya harap mereka dapat tampil ke hadapan untuk memberi maklumat kepada task force ini, dan bukan sahaja beri nama tetapi juga nama dan (surat) perjanjian yang telah dibuat."

“Bila dah dapat maklumat lengkap ini, saya yakin barulah task force ini dapat mengambil tindakan,” katanya.- CARI
8

Bagus
8

Marah
11

Terkejut
19

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sofiazara 26-9-2017 09:50 AM
oo siasat kat task force dulu baru boleh repot polis ke camana

nanti bila dah repot polis, polis siasat lagi sekali lah?
Quote tagas 26-9-2017 10:31 AM
Siasat ko skali la sbb ko yg berkomplot skali jadik tukang rasmi program raya depa bagai

bleh gituh

adegan bangau oh bangau dah bermula kuang kuang kuang

Quote senahitam 26-9-2017 10:40 AM
aku rasa...sbb nama dia kena petik tu yg dia panas kot. kalo la dia x p event raya tu xde nye dia amik kesah kot.
Quote cik_noreen 26-9-2017 11:11 AM
sofiazara replied at 25-9-2017 04:50 PM
oo siasat kat task force dulu baru boleh repot polis ke camana

nanti bila dah repot polis, polis  ...

x kot? dah ada PDRM dlm task force tu.

klu 2x siasat, makin pnjg la tali hayat c scammer
Quote Iema5008 26-9-2017 11:12 AM
Nasib page PW dan SAY NO TO MLM dengan ganas nya merungkai skim skim ni.. Klau tak smpi ke sudah diam.je.
Quote cik_noreen 26-9-2017 11:17 AM
iols folo kes ni kat pw community fb.

anak2 beliau bekuntum kat sana gak. admin boh layan n kasi smash jah kat drg.

klu badan NGO dan grup fb ni x gigih xdanya buat task force bagai. sorg individu nama KEY dah maklumkan pada beliau sejak last year lagi p buat derk jah. sebab nk tawan selangor baru gerak.

apapon moga scammers semua tu mereput k penjara esp c belon tu
Quote dizzzek 26-9-2017 11:19 AM
jgn lupa siasat 30ekar tanah lu beli dgn rm100k ya

jibai
Quote lolita737 26-9-2017 11:22 AM
tagas replied at 26-9-2017 10:31 AM
Siasat ko skali la sbb ko yg berkomplot skali jadik tukang rasmi program raya depa bagai

bleh gi ...

sebelum dia gi rasmi tu dia xsiasat dulu ke latar belakang company tu?

kesian tgk pakcik makcik yg kena tipu..ada yg dah meninggal..tp umah still xsiap..
Quote tagas 26-9-2017 11:40 AM
Edited by tagas at 26-9-2017 11:44 AM
lolita737 replied at 26-9-2017 11:22 AM
sebelum dia gi rasmi tu dia xsiasat dulu ke latar belakang company tu?

kesian tgk pakcik makcik ...

Tu persoalan nye?

nampak sgt mentrik yg dilantik rakyat pon bebal kaki klentong rakyat

main balon rasmi je nak raih vote nye psl ke dah di byr


Quote lolita737 26-9-2017 11:49 AM
tagas replied at 26-9-2017 11:40 AM
Tu persoalan nye?

nampak sgt mentrik yg dilantik rakyat pon bebal kaki klentong rakyat

itulah..main rasmi je..tanpa siasat..

bila nma dah dikaitkan baru nk menggelupur.
Quote palmolive 26-9-2017 11:50 AM
cik_noreen replied at 26-9-2017 11:17 AM
iols folo kes ni kat pw community fb.

anak2 beliau bekuntum kat sana gak. admin boh layan n kasi  ...

amik masa setahun nak sedar mender tu...
Quote CrowneGlory 26-9-2017 11:50 AM
keliling noh muka pecah pintu ni semua ala2 penjenyaha hebat...
Quote kecimpret 26-9-2017 12:01 PM
KEY sampai dpt sorat loyer dari boy iman baru ko menggelupo nak buat task force?
Quote batmana 26-9-2017 12:02 PM
cmne menteri boleh terlibat rasmi, siap puji2 kompeni tu dlm majlis

ape staff menteri semua masih pakai mesin taip ka?
tak reti google scammer ni?

ke mmg dpt upah?

kesian tgk pakcik2, makcik , 90% yakin dgn pelaburan ni psl noh omar dtg rasmi siap puji bagai

patut noh omar dikenekn tindakan

klu kat jepun ni, menteri ni mmg letak jawatan , pstu hulur kepala kat badan berkaitan utk hukuman
ni kt malaysia, nk siasat lagi, siasat lagi..smpai bila?
Quote cik_noreen 26-9-2017 12:03 PM
palmolive replied at 25-9-2017 06:50 PM
amik masa setahun nak sedar mender tu...

kn.. after 1 year, baru buat2 "terkejut" (statement awal beliau)




Quote palmolive 26-9-2017 12:07 PM
cik_noreen replied at 26-9-2017 12:03 PM
kn.. after 1 year, baru buat2 "terkejut" (statement awal beliau)

menurut PW, memang dah inform kt pihak menteri ni..tp dorang buat bodo...bila mender dh viral baru la "terkejut"...
Quote -electrifying- 26-9-2017 12:07 PM
nama kena petik, harusla cacing kepanasan
Quote cHimo 26-9-2017 12:15 PM
Muntri tangkap muat   sedih tengok level sesetengah muntri kat Malaysia.. apa tak negara semakin jahanam..
Quote honeybee1802 26-9-2017 12:21 PM
Aku igt potong riben ja..rupanya siap bagi speech lagik...msk lah tok noh nak tawan selangor katanya....

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.050852 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top