CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'AKU 8055' Paling Digemari, Tapi 'AKU 1' Dapat Harga Bidaan Tertinggi

25-8-2017 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2211| Komen: 4

Description: Keputusan bidaan nombor pendaftaran kenderaan untuk siri ‘AKU’ yang diumumkan semalam, didapati 'AKU 8055' memperolehi sebanyak 27 pembida dengan jumlah tertinggi pembidaan sebanyak RM74,000.

sumber: internet


Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mohd Zawawi Zakaria, walaupun AKU 8055 ‘AKU BOSS’ adalah nombor pendaftaran yang paling digemari ramai, tetapi 'AKU 1' pula menjadi nombor pendaftaran dalam siri AKU yang memperolehi harga bidaan yang tertinggi sekali. 

Memetik laporan The Star,keputusan bidaan nombor pendaftaran kenderaan untuk siri ‘AKU’ yang diumumkan semalam, didapati  'AKU 8055' memperolehi sebanyak 27 pembida dengan jumlah tertinggi pembidaan sebanyak RM74,000.

Manakala, harga tertinggi dalam siri AKU adalah AKU 1 iaitu sebanyak RM207,898.90.

Tambah Mohd Zawawi, pada mulanya dia beranggapan nombor pendaftaran yang seakan mirip dengan perkataan 'BOSS' seperti 8055 dan 805 akan memperolehi harga bidaan yang tertinggi, tetapi tidak menyangka, 'AKU 1' pula yang paling digemari orang ramai dengan nilai bidaan yang tertinggi. 


Walau bagaimanapun, 'AKU 1' masih tidak dapat memecah rekod nilai bidaan yang paling banyak yang pernah dimiliki 'AKK 1' sebelum ini.

Dilaporkan berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan di Perak, nombor pendaftaran 'AKK 1' berjaya memperolehi harga pembidaan tertinggi iaitu sebanyak RM288,000  pada tahun lalu.

Untuk kebiasaan permohonan tender bagi JPJ Perak adalah sebanyak 500 hingga 600 penyertaan bagaimanapun bagi siri 'AKU' permohonan bertambah sebanyak lima kali ganda daripada biasa, ujarnya. 

“Permohonan keseluruhannya adalah sebanyak 3,315 permohonan manakala bagi permohonan keseluruhannya yang telah diterima dan disemak adalah sebanyak 3,099 permohonan."

"Malah daripada 3,099 permohonan itu, sebanyak 23 permohonan telah ditolak kerana tidak memenuhi syarat.” 

Dilaporkan, sebanyak RM3.5 juta diraih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak menerusi bidaan nombor pendaftaran kenderaan ‘AKU’ tersebut.- CARI

21

Bagus
26

Marah
13

Terkejut
17

Sedih
11

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 25-8-2017 11:04 AM
slow

https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1056316
Quote rainbow259 25-8-2017 03:06 PM
wow byk nya duit diorg
Quote reyust 25-8-2017 04:53 PM
RM74K ja...murah sgt aih
Quote maryamamina 11-10-2017 11:35 PM
Aku tak mampu{:childlike

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.229514 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top