CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hosni Mubarak Kembali Jadi Presiden Mesir? Dibebaskan,Tuduhan Rasuah Batal!

21-8-2013 03:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9646| Komen: 73

Description: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak Akan Dibebaskan Dari Penjara Tidak Lama Lagi Selepas Dakwaan Rasuah Terhadap Pemimpin Tersebut Dibatalkan, Kata Peguamnya Semalam, Sekali Gus Merumitkan Lagi Krisis ...

Gambar fail pada 13 April 2013 menunjukkan Hosni Mubarak melambaikan tangan dari belakang tirai besi semasa menghadiri perbicaraan semula rayuannya di sebuah mahkamah di Kaherah, Mesir.


KAHERAH, 20 Ogos - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak akan dibebaskan dari penjara tidak lama lagi selepas dakwaan rasuah terhadap pemimpin tersebut dibatalkan, kata peguamnya semalam, sekali gus merumitkan lagi krisis politik di negara itu.


Mubarak, 85, ditangkap selepas dia tumbang dalam kebangkitan rakyat yang dikenali sebagai 'Arab Spring' pada 11 Februari 2011.
Gelombang revolusi tersebut turut merebak ke seluruh dunia Arab.


Peguam bekas pemimpin tersebut, Fareed El-Deeb berkata, satu lagi kes rasuah melibatkan Mubarak juga akan dapat diselesaikan secepat mungkin.
"Perkara yang tinggal cuma prosedur pentadbiran yang mengambil masa kurang 48 jam untuk diselesaikan. Dia (Mubarak) akan dibebaskan menjelang hujung minggu ini," katanya.


Namun, tanpa mengesahkan kesahihan berita tersebut, sumber kehakiman di sini memberitahu, Mubarak akan berada di penjara selama dua minggu lagi.


"Ia bagi membolehkan pihak berkuasa kehakiman membuat keputusan berhubung satu lagi kes rasuah melibatkan bekas diktator Mesir berkenaan," kata sumber itu.


Mubarak bersama menteri dalam negerinya dipenjara seumur hidup tahun lalu kerana gagal menghentikan pembunuhan ke atas penunjuk perasaan dalam kebangkitan rakyat pada 2011.

Beliau kemudian merayu untuk perbicaraan semula kes tersebut yang kemudian diluluskan oleh mahkamah Mesir.


Mubarak boleh dibebaskan dari penjara sementara menanti perbica- raan semula tersebutdiadakan.


Bekas pemimpin itu kini ditahan di penjara Tora di selatan bandar raya ini.


Fasiliti itu turut menempatkan beberapa pemimpin kanan pergerakan Islam, Ikhwanul Muslimin yang ditahan susulan kejatuhan Presiden Mohamed Morsi di tangan tentera Mesir pada tahun ini.


Dalam pada itu, Kesatuan Eropah mengadakan satu mesyuarat tergempar sema- lam bagi membincangkan pertumpahan darah yang semakin meningkat di Mesir.


Pusingan pertama mesyuarat tergempar di sini diadakan ketika EU bersedia untuk menimbang semula hubungan baiknya dengan Mesir.


Mesyuarat penting itu juga diadakan selepas angka ke matian sepanjang keganasan lima hari di Mesir meningkat kepada hampir 800 orang. 

4

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
11

Sedih
11

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote linnytuckming2 20-8-2013 05:44 AM
Kat malaysia pun byk mcm ni..dah sabit salah ngan rasuah pun masih bebas makan tempe.
Quote orang_letrik 20-8-2013 06:09 AM
kat Malaysia lagi chempien..

perasuah pon masih melata dan boleh pegang jawatan2 besar.
Quote Al-Patih 20-8-2013 06:10 AM
linnytuckming2 posted on 20-8-2013 05:44 AM
Kat malaysia pun byk mcm ni..dah sabit salah ngan rasuah pun masih bebas makan tempe.

betui Beb ...tak ada beza...
Quote unhas 20-8-2013 06:56 AM
senyum lebar musibat sekor ni. harap2 dia ngn sisi kena stroke hemorragic  la hendaknye
Quote freebird 20-8-2013 07:00 AM
tu yang part rasuah..yang part membunuh??
yang arah letupkan orang guna c4 masih lepas, yang bunuh GRO masih lepas, yang bunuh mistress pun lepas (tapi sekarang dia dah mampus lah)...
Quote MissNigga 20-8-2013 07:03 AM
terlepas tyme kat dunia jer...
tunggu ler tyme kat akhrat nanti
Quote kakikuDibibirmu 20-8-2013 07:06 AM
Alhamdulillah, Allah sayang Mahathir, eh Romadhon Al-Mubarak eh Hosni Al-Mubarak
Quote tongkatwaran75 20-8-2013 07:12 AM
pemuja musibat hosni...
sila masukkkk....
Quote hzln 20-8-2013 07:20 AM
"malaysia menyambut baik pembebasan hosni mubarak. semoga keamanan di mesir dapat dikembalikan seperti sediakala dan malaysia sebagai negara islam contoh bersedia untuk menjadi orang tengah dalam mencari usaha perdamaian antara pihak2 bertelagah. semoga ini menjadi pengajaran kepada semua, bahawa tindakan menukar pemerintah hanya akan membawa malapetaka dan pertumpahan darah yang bakal menghancurkan negara"
Quote alieyrina 20-8-2013 07:23 AM
Cerekarama samarinda apakah ini  
Quote voizze 20-8-2013 07:27 AM
biasa jek fenomena ini... da bukti bersalah pon de yang dilantik jadi menteri le, penasihat menteri le..
Quote tongkatwaran75 20-8-2013 07:27 AM
alieyrina posted on 20-8-2013 07:23 AM
Cerekarama samarinda apakah ini


dah bole baca skrip sape yg sediakan...
Quote asudau 20-8-2013 07:44 AM
yang jadikan kondo kandang lembu pun dilantik menjadi tuan penasihat 25%
Quote Simunggu 20-8-2013 07:55 AM
kalau aku jadi dia...siap lah siapa yg punya angkara pembuat onar...aku cari sampai kelubang cacing kerawit...
Quote sekngucing 20-8-2013 07:59 AM
hzln posted on 20-8-2013 07:20 AM
"malaysia menyambut baik pembebasan hosni mubarak. semoga keamanan di mesir dapat dikembalikan seper ...

"harga yg perlu dibayar untuk keamanan"

Quote pelukis.plan 20-8-2013 08:03 AM
suka la mubarak majid bila anak lelaki beliau dibebaskan
Quote hzln 20-8-2013 08:33 AM
sekngucing posted on 20-8-2013 07:59 AM
"harga yg perlu dibayar untuk keamanan"

mubarak ni mesti org baik ni, kalu jahat tohan dah tenggelamkan kat laut merah dah.....
diharap puak ikhwan renti2kanlah...ternyata tohan tak bersama mereka...tak tolong pun mereka...usah feeling2 nabi musa bebaskan bani isroel dari cengkaman firaun

Quote salimrock 20-8-2013 08:35 AM
wow hosni mubarak tu 85 tahun..nampak mcm 60 je...

"raja' sarawak yg 80 an tu pun nampak kereport .........
Quote kakikuDibibirmu 20-8-2013 08:38 AM
Allah sayang Taib Mahmud     

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.071225 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top