CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Ditangkap Khalwat Ketika Sedang Tonton Naruto..

20-8-2013 12:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10597| Komen: 99

Description: Kangar , 20 Ogos - Seorang Pelajar Perempuan Berusia 17 Tahun Ditangkap Penduduk Kampung Dipercayai Sedang Berdua-Duaan Di Rumah Teman Lelakinya Berusia 18 Tahun Di Kampung Sungai Batu Pahat, Di Sini, ...

Pegawai penguat kuasa Jaip sedang mengambil keterangan pasangan remaja yang didapati berdua-duaan di sebuah rumah di Kampung Sungai Batu Pahat, semalam.


KANGAR , 20 Ogos - Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun ditangkap penduduk kampung dipercayai sedang berdua-duaan di rumah teman lelakinya berusia 18 tahun di Kampung Sungai Batu Pahat, di sini, semalam.
       
        Menurut seorang saksi, yang juga penduduk kampung berkenaan, remaja perempuan itu selalu datang ke rumah lelaki terbabit namun, kali ini mereka ditahan penduduk kampung apabila ibu lelaki terbabit tiada di rumah.
       
        “Saya bersama tiga penduduk kampung, termasuk seorang anggota Rela pergi ke rumah itu kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam) setelah melihat remaja perempuan berkenaan datang ke rumah teman lelakinya sejak jam 9 pagi.
       
        “Bila kami ketuk, pintu hanya dibuka selepas beberapa minit dan apabila kami masuk ke rumah, mereka berada dalam keadaan mencurigakan di bilik lelaki tu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
       
        Remaja perempuan itu yang masih bersekolah berkata, dia ke rumah teman lelakinya untuk meminjam komputer riba.
       
        “Saya tak ke sekolah hari ini sebab nak ambil komputer riba daripada teman lelaki saya. Kami tak buat apa-apa pun cuma tengok kartun Naruto,” katanya.
       
        Pasangan terbabit kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Perlis (Jaip) untuk siasatan lanjut.
       
        Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaip, Mohd Al-Hafiz Abdul Aziz berkata, pihaknya datang ke rumah terbabit kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, setelah dimaklumkan imam masjid kampung berkenaan.
       
        Katanya, remaja perempuan itu dikatakan selalu datang ke rumah itu untuk menolong ibu teman lelakinya membuat kuih namun semalam ibunya tiada di rumah.
       
        “Kita dah soal siasat pasangan ini dan mereka mengaku berada di rumah menonton televisyen, bagaimanapun kami terpaksa menahan mereka untuk disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 kerana berkhalwat,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mikasa 20-8-2013 12:14 PM
baik senyap dari bersuara...baik mengaku je dari bagi alasan ntah apa2
Quote batmana 20-8-2013 12:33 PM
lamanya dik amik computer dari pukul 9 pagi smpai 11 pagi..?

ni amik computer ka, buat komputer?..
Quote MissNigga 20-8-2013 12:36 PM
mujur tak nonton hentai ... made of japan gak tue

ops... jgn terasa abe tong... kebetulan hentai n naruto tu produk japan ... kalo dah berdua dua dalam bilik, shiok gak layan hentai ... apa curlusstt layan naruto
Quote tongkatwaran75 20-8-2013 12:37 PM
batmana posted on 20-8-2013 12:33 PM
lamanya dik amik computer dari pukul 9 pagi smpai 11 pagi..?

ni amik computer ka, buat komputer?. ...


amik komputer riba atau duduk atas riba...?
Quote Syd 20-8-2013 12:37 PM
MissNigga posted on 20-8-2013 12:36 PM
mujur tak nonton hentai ... made of japan gak tue

ops... jgn terasa abe tong... kebetulan hent ...

slurppppp

hentai?


Quote Syd 20-8-2013 12:38 PM
MissNigga posted on 20-8-2013 12:36 PM
mujur tak nonton hentai ... made of japan gak tue

ops... jgn terasa abe tong... kebetulan hent ...

tingat kartun sin chan ke apa tu hari
yang versi permata yang ilang tu  



Quote ell768 20-8-2013 12:38 PM
huh..banyak sgt bg alasan..memperbodohkan diri sendiri jer laaa
Quote axl_bach 20-8-2013 12:39 PM
oit,anime nih x kira usia ler......pakar2 di spital yg aku kenal ramai jer yg layan Bleach n Naruto,sumer dah UD54 n ada yg Jusa C dah pun....bebudak layan Upin n Ipin, Boboiboy, yg tua minat anime jepun......

Quote sapp73 20-8-2013 12:40 PM
lamanya menonton naruto tu dik....baru aje naik sekolah selepas cuti semester dah memonteng...
Quote pakwetizzaqyah 20-8-2013 12:41 PM
ahahahahahahahahaha gile retard masih nengok naruto..cakap la nengok hagemaru ke..shin chan ke..doraemon ke..logik sikit.. kah kah kah

@roblucci

rob..jngn ckp kat aku ko pun kaki nengok naruto wei..lg sedih kalau ko mengaku ko nengok menatang wan pis tu.. kah kah kah
Quote PitMie 20-8-2013 12:42 PM
Ade ke alasan tgk kartun Naruto....tak masuk akal lgsg!




Lain la kalau ckp tgh layan Dragon Ball....makes sense la jgk....
Quote MissNigga 20-8-2013 12:43 PM
Syd posted on 20-8-2013 12:38 PM
tingat kartun sin chan ke apa tu hari
yang versi permata yang ilang tu

hahaha...citer shin chan ni mmg kelako...

sesapa retis yang menyumbang sore utk versi aleh sore... sure gelak gelak gelak tyme menyumbangkan sore deyols tu khenzzz....
Quote prettyuglybabe 20-8-2013 12:48 PM
nak tengok naruto shippuden pun, duduk la kat ruang tamu. napa sampai kena ke bilik
Quote sueism 20-8-2013 12:52 PM
Nikah kan aje lepas tu buat anak naruto Pulak
Quote ChildrenOfBodom 20-8-2013 01:51 PM
tgk muka mcm kaki memantat bukan kaki anime
Quote jonlabu 20-8-2013 02:00 PM
Syd posted on 20-8-2013 12:38 PM
tingat kartun sin chan ke apa tu hari
yang versi permata yang ilang tu

ada ke versi tu? permata yg hilang tu bukan buku ka?
Quote Syd 20-8-2013 02:01 PM
jonlabu posted on 20-8-2013 02:00 PM
ada ke versi tu? permata yg hilang tu bukan buku ka?

ada bang..

tu hari @MissNigga ada tepek salah satu episod bersenggama tuhh


Quote jonlabu 20-8-2013 02:08 PM
Syd posted on 20-8-2013 02:01 PM
ada bang..

tu hari @MissNigga ada tepek salah satu episod bersenggama tuhh

ya ampun..tepek kat mana? mcm2 la korang ni.
Quote PICes_Boy 20-8-2013 02:11 PM
tgok kartun kot sama2..tapi mungkin bukan naruto..

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.052914 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top