CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kempen Baca Quran Dalam Tren Komuter

12-6-2017 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3551| Komen: 32

Description: Bersempena sambutan Nuzul Quran, kira-kira 60 belia mengadakan kempen membaca al Quran di dalam tren komuter dan ia membabitkan laluan Seremban, Shah Alam dan Batu Caves.Kempen tersebut berlangsung ki ...

Bersempena sambutan Nuzul Quran, kira-kira 60 belia mengadakan kempen membaca al Quran di dalam tren komuter dan ia membabitkan laluan Seremban, Shah Alam dan Batu Caves.


Kempen tersebut berlangsung kira-kira jam 4.30 petang semalam bermula di Stesen Sentral Kuala Lumpur, lapor Berita Harian

Difahamkan ia merupakan anjuran Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Pertubuhan Belia Islam Malaysia (PEMBINA). 

Menurut Ketua Biro Islamiyat ISMA, Omar Kasim berkata, kempen itu diadakan bersempena sambutan Nuzul Quran dan ia dijayakan di bawah Program Quran Sana Sini.

"Kempen membaca al-Quran di dalam komuter ini pertama kali diadakan bertujuan untuk menggalakkan orang ramai membaca al-Quran ketika menaiki pengangkutan awam. "Ini sebagai mesej permulaan untuk membiasakan pembacaan al-Quran ketika dalam pengangkutan awam kerana kebiasaannya masyarakat lebih terbiasa melayari Facebook, mendengar muzik atau bermain permainan dalam telefon pintar. 


"Untuk program ini, kita pecahkan ahli melalui tiga laluan iaitu Seremban, Shah Alam dan Batu Caves supaya kempen ini dapat dicapai secara meluas," katanya kepada Berita Harian. 

Kata Omar lagi, kempen dengan kerjasama PEMBINA itu dengan tujuan menggalakkan orang muda membaca al Quran dilihat berjaya. Ia juga mendapat sambutan daripada ramai mahasiswa tempatan dari UiTM, UTM, UPSI dan UKM. - CARI 

Foto: Internet

28

Bagus
40

Marah
35

Terkejut
29

Sedih
29

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (192 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 11-6-2017 07:43 PM
baca alquran tak semestinya keluar suara.. baca alquran tak semestinya guna kitab alquran boleh guna smartphone.jadi xde masalah nak baca dalam ktm
Quote shida81 11-6-2017 07:48 PM
Ramai je yg bc Quran dlm train kot ... X naik train x tau......
Quote finesse 11-6-2017 08:03 PM
Nnt ada la komen tutttt tuuttt
Quote Elle_mujigae 11-6-2017 09:56 PM
Kempen yg bagus..sambil baca then boleh bertadabbur sekali dgn melihat gelagat manusia dan keindahan alam sepanjang perjalanan..
Quote R2D2 11-6-2017 10:08 PM
Kempen yang bagus
Quote CrowneGlory 11-6-2017 10:40 PM
Mmg ramai baca Quran dlm train...
Quote mirebus 11-6-2017 10:40 PM
Edited by mirebus at 11-6-2017 10:43 PM

ada je yg baca Quran dlm tren. sbb selalu je nampak org baca.. kadang2 dorang pegang yg Al-Quran ada terjemahan tu tak pun direct dari phone
Quote Decaffeinated 11-6-2017 10:44 PM
Sokong baca yang terjemahan.

Paling koman 10% takkan tak faham. Sambil tu jangan lupa pikir.

Quote sekngucing 11-6-2017 10:58 PM
Decaffeinated replied at 11-6-2017 10:44 PM
Sokong baca yang terjemahan.

Paling koman 10% takkan tak faham. Sambil tu jangan lupa pikir.

baca terjemahan,  bukan bahasa arab dah,  mana dpt pahala
walaupun tak difahamai,  kena baca yg bahasa arab,  baru dpt pahala...
Quote Decaffeinated 11-6-2017 11:09 PM
sekngucing replied at 11-6-2017 10:58 PM
baca terjemahan,  bukan bahasa arab dah,  mana dpt pahala
walaupun tak difahamai,  kena baca yg b ...

dapat pahala tapi kekal ignorant forever.... khatam quran 80 kali tapi apa isi haram tak tau...



Quote sekngucing 11-6-2017 11:25 PM
Decaffeinated replied at 11-6-2017 11:09 PM
dapat pahala tapi kekal ignorant forever.... khatam quran 80 kali tapi apa isi haram tak tau...

...

itu tak berapa penting.. yg penting lenghok bacaaan dan grammar kena betul... kalau baca terjemahan,  mana grammar dia?  seolah olah membaca buku
Quote Decaffeinated 11-6-2017 11:28 PM
sekngucing replied at 11-6-2017 11:25 PM
itu tak berapa penting.. yg penting lenghok bacaaan dan grammar kena betul... kalau baca terjemaha ...

boleh ja buat macam lagu nasyid....



Quote Maideen. 11-6-2017 11:55 PM
Satu kempen yang bagus. sambil baca kuat kuat boleh lah berkata dalam hati kepada kafir kafir laknatullah yang ada dalam train yang akan melihat sesambil kekaguman: " Now only you know we are who!"

Wallahualam.
Quote saladin780 12-6-2017 12:06 AM
Bagusla tu..nk tunggu tren ktm celaka ni tiba..satu juzuk pun bleh habis
Quote Nokiaman 12-6-2017 12:28 AM
Kalau gigih baca Al Quran but perangai still mcm jilake apa faedahnya...
Quote akusukaq 12-6-2017 12:34 AM
[youtube]c6z0eweuJ0A[/youtube]
comeynye..
Quote finesse 12-6-2017 12:41 AM
Decaffeinated replied at 11-6-2017 10:44 PM
Sokong baca yang terjemahan.

Paling koman 10% takkan tak faham. Sambil tu jangan lupa pikir.

Berfikir?? Nak fikir baik baca buku sains dan..  
Quote finesse 12-6-2017 12:42 AM
saladin780 replied at 12-6-2017 12:06 AM
Bagusla tu..nk tunggu tren ktm celaka ni tiba..satu juzuk pun bleh habis

Aduh lawak..  
Quote harisanis 12-6-2017 02:08 PM
saladin780 replied at 12-6-2017 12:06 AM
Bagusla tu..nk tunggu tren ktm celaka ni tiba..satu juzuk pun bleh habis

      mohon bertenang & bertendang yea masa tunggu ktm celaka tu    

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.054087 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top