CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Beli Sepuluh Pun Boleh, Martabak Ekonomi Pak Ali Cuma RM1 Sekeping

5-6-2017 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8920| Komen: 31|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Nikmat sungguh rasanya kalau dapat berbuka puasa dengan martabak. Rasanya yang enak, cicah pula dengan kuah kari dan bawang manis memang rasa berbaloi betul bila dimasukkan dalam mulut.
Nikmat sungguh rasanya kalau dapat berbuka puasa dengan martabak. Rasanya yang enak, cicah pula dengan kuah kari dan bawang manis memang rasa berbaloi betul bila dimasukkan dalam mulut.


Bagi para penggemarnya, memang hari-hari rasanya nak membeli juadah ini setiap kali menjejakkan kaki di bazar-bazar Ramadan.

Lagi untung kalau boleh dapat dengan harga murah iaitu hanya RM1 untuk sekeping martabak. Dengan kenaikan harga barang sekarang ini macam tak percaya ada lagi martabak yang dijual dengan nilai seringgit bukan?

Memang ada! Martabak Ekonomi Pak Ali yang terkenal ini dijual di bazar Ramadan Kelang Lama, Kulim Kedah.

Foto: Harian Metro

Sepanjang berniaga sejak 17 tahun lalu, pemiliknya  Mohd Ghazali Hussin tidak pernah menaikkan harga walaupun satu sen.

Begitu istimewa sekali martabak hasil air tangannya dan pastinya gerai jualan miliknya ini dipenuhi dengan pelanggan setiap hari di bulan Ramadan.

Kalau tak percaya boleh datang sendiri untuk merasainya, pasti tak menyesal! Nak beli sepuluh keping pun tidak mengapa sebab harganya memang murah.

Foto: Berita Harian
Menurut pemiliknya lagi, harga martabaknya kekal RM1 walaupun harga barangan naik kerana selain berniaga untuk mendapatkan keuntungan, dia juga mahu membuat amal kepada orang ramai.

Bagi anda yang berkesempatan berkunjung ke Kedah, jangan lupa singgah ke sini okay! -CARI
25

Bagus
28

Marah
8

Terkejut
19

Sedih
30

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (141 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 5-6-2017 12:34 PM
kedah la pulak...  jauh nau nak pegi...
Quote prettyuglybabe 5-6-2017 12:48 PM
kena la dengan saiz dia..
lagi pun kat kedah nun..
Quote qistiena 5-6-2017 12:53 PM
oklah tu kawasan luar bandar...
Quote Ayda89 5-6-2017 12:57 PM
Murah rezeki u pakcik
Quote Siputjelly 5-6-2017 01:26 PM
comelnya murtabak . kena lah dgn saiz. moga murah rezeki pakcik
Quote mummyNSA 5-6-2017 01:59 PM
Huntonglah dpt jumpa semurah gini
Semoga pakcik sentiasa dimurahkan rezeki
Quote Artemesiaa 5-6-2017 02:02 PM
Kat KL susah le nak dapat setebal tu degan harga tu
Quote Zasss777 5-6-2017 02:03 PM
Takde ke peniaga mcm ni kat area lembah klang. Hmm
Quote chinta89 5-6-2017 02:44 PM
ok la ngn saiz. mau bedal 3 keping gak ni.. so same je RM3 kat sini

apepun thanks pakcik jual murah2
Quote lolita737 5-6-2017 03:19 PM
kat kedah mmg byk makanan murah dan sedap..

sy suka beli laksam kat sana..RM2 je..kuah pun lemak n sedap..
Quote zameyla 5-6-2017 03:24 PM
Ohh...pakcik nie..
Kelmarin dgn sabtu pegi Bazar Ramadhan Kelang Lama, Kulim ni. Tak try lg pun murtabak pak cik nie..
ok la, saiz besaq piring air tu..
Juadah kat sana ok2 gak, kategori boleh makan la...
Laksa sedap, nasi kukus ayam berempah sedap, nasi beriani sedap..
Quote moocoww 5-6-2017 04:04 PM
Ya Allah...bahagianya klau semua peniaga mcm pakcik ni...
Quote cycra 5-6-2017 04:37 PM
Bazar Ramadhan Kelang Lama sedap2 jualan dia..kira susah la nak terkena hat tak sedap..ptt la adik dok habaq murtabak rm1...

Quote -electrifying- 5-6-2017 05:14 PM
klau kt kl rege mcm ni, disembah2nya pkck nun
Quote saladin780 5-6-2017 05:18 PM
kedah n utara ni mmg makanan murah2..x macam teganu..rega mencekik darah mengalahkan lembah klang plak
Quote jazaa100 5-6-2017 11:51 PM
chinta89 replied at 5-6-2017 02:44 PM
ok la ngn saiz. mau bedal 3 keping gak ni.. so same je RM3 kat sini

apepun thanks pakcik jual mu ...

Aah....kat kl pun ada...tak de le org beli sekeping...pusing pusing sama je....

Martabak kat insaf rm10...dah lah keras tak sedap....tu thn lepas...tahun ni mesti tambah harga lg kot sbb dia dah ada caw selang brp buah kedai kt situ....


Quote Nham22 5-6-2017 11:54 PM
jazaa100 replied at 5-6-2017 11:51 PM
Aah....kat kl pun ada...tak de le org beli sekeping...pusing pusing sama je....

Martabak kat in ...

Insaf betol.bila keluar dr kedai     
Quote jazaa100 6-6-2017 12:01 AM
Nham22 replied at 5-6-2017 11:54 PM
Insaf betol.bila keluar dr kedai

Nasi briyani dia ok lah....tak le insaf sbb rasa sedap...

Tapi murtabak dia memang tak sedap...milo tarik dia tiga suku gelas je U....kedekut betul...
Quote Nham22 6-6-2017 12:04 AM
jazaa100 replied at 6-6-2017 12:01 AM
Nasi briyani dia ok lah....tak le insaf sbb rasa sedap...

Tapi murtabak dia memang tak sedap... ...

Ayam die sedapkan panas2...ayam madu pon sedap..makan sepinggan tak pernah puas..slalu tambah nasi...huhuhu..mango jus die..pekat.gile... mahal... tak pernah try lg murtabak die..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.070764 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top