CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lucu! Bayi Nama 'Pajero Sport' Tarik Perhatian Mitsubishi

31-5-2017 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4531| Komen: 19|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Nama yang pelik dan unik memang tidak dapat dipisahkan dengan masyarakat Indonesia. Ada sahaja nama-nama bayi yang diberikan yang mampu mencuit hati.Bagaimanapun, seorang bayi lelaki yang dinamakan se ...

Nama yang pelik dan unik memang tidak dapat dipisahkan dengan masyarakat Indonesia. Ada sahaja nama-nama bayi yang diberikan yang mampu mencuit hati.


Bagaimanapun, seorang bayi lelaki yang dinamakan sebagai Pajero Sport bukan sahaja menarik perhatian masyarakat negara berkenaan, malah ia turut membuatkan syarikat Mitsubishi Indonesia mahu mencarinya!

Seperti yang dilaporkan Liputan 6, bayi tersebut menjadi tular di internet selepas satu kad mengumumkan kelahirannya dimuat naik menerusi laman sosial.

"Alhamdulillahi Robbil Alamin. Telah lahir Putra Keempat kami yang bernama: Pajero Sport."


Begitulah antara yang tertulis pada kad tersebut yang sekaligus membuatkan ramai teruja untuk melihat bayi yang diberi nama sempena nama kenderaan buatan Jepun itu. 


“Sesiapa yang mengenali atau mempunyai nombor telefon keluarga bayi bernama Pajero Sport dan anak keempat pasangan M Muis Iskandar dan Ibu Novi Yanti sila hubungi Mamabishi.

“Mamabishi teringin bertemu dengan bayi itu untuk mengucapkan selamat dan terima kasih,”  kata ketua perhubungan awam Mitsubishi Indonesia, Intan Vidiasari yang turut dikenali sebagai Mamabishi. 

Bagaimanapun, terdapat juga netizen memberikan respon berupa nasihat, agar ibu bapa di luar sana memilih nama anak dengan lebih berhati-hati. Ini bagi mengelakkan permasalahan dan juga malu ditanggung anak itu kelak.


Mereka juga mengecam kerana nama anak yang diberikan seolah-olah satu permainan yang tidak melucukan. 

Bagaimana pula pandangan anda dengan nama bayi ini?- CARI 
14

Bagus
15

Marah
18

Terkejut
14

Sedih
12

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 31-5-2017 09:58 PM
Esok lusa adalah nama baby proton perdana
Quote cheergirlz 31-5-2017 10:44 PM
mcm2 nma...y pelik jgk dipilih..huhu
Quote saphirra282 31-5-2017 11:11 PM
Hahaa...pajero sport

Tak ada nama lain lagi ke.
Quote mawar_pink 1-6-2017 12:12 AM
mcm dah kehabisan nama nak bagi kat anak..kot ye pon minat sgt dgn pakero sport jgnlanletak anak gitu..mesti jd bahan ejekan kengkawan..
Quote Zasss777 1-6-2017 12:31 AM
Pajero tu ada la bunyi jawa sikit. Yg Sport tu tak tahan! Huhuhu
Quote emelia1509 1-6-2017 01:51 AM
Untong2 dapat sebijik pajero sport..mitsubishi sponsor gitu..

Quote Felycya 1-6-2017 02:31 AM
Nasib tak Pajeri Nanas.
Quote Ayda89 1-6-2017 08:07 AM
Cari2 tu nak hadiahkan keta sebijik ke kahkah
Quote seri_mawr 1-6-2017 10:32 AM
Pajero tu bunyik jawa dah...

Quote mzzenma 1-6-2017 11:05 AM
kesian anak tu nak menanggung ejekan sepanjang hidup

nasik ko lah anak dapat mak bapa bangang macam ni
Quote kiambang 1-6-2017 11:16 AM
Dapat pajero sport free ke?
Quote shiedafaizal 1-6-2017 11:26 AM
adeh..siannya kat anak nanti bila dah besaq
Quote MollyFang 1-6-2017 01:13 PM
Dapat pajero sport free ke?
Quote JannaW 1-6-2017 06:37 PM
Dapat pajero sport free ke?
Quote raihaneem 2-6-2017 12:11 AM
Cian babytu...adik bradik ia yglain nama pa pulak
Quote deekhan 2-6-2017 11:48 AM
Pajero oh pajero
Quote fox. 2-6-2017 11:52 AM
Panggil jero comel jah
Quote KakiSelpi 2-6-2017 11:18 PM
nama manja "port"...
Quote harisanis 12-6-2017 12:20 PM
pelik2 sgt aihh buh nama anak..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.353334 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top