CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Geli Geleman Guna Tandas Awam? Inilah Trik Pilih Tandas Yang Paling Kurang Kuman

19-4-2017 07:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8667| Komen: 26|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Ada orang tak sanggup menggunakan tandas awam kerana berasa geli dan fobia dengan kesan kotoran

Ada orang tak sanggup menggunakan tandas awam kerana berasa geli dan fobia dengan kesan kotoran yang mungkin mereka pernah lihat sebelum ini di mana-mana tandas yang lain. 


Tak dinafikan tandas awam bukanlah seperti tandas di rumah sendiri yang boleh dipastikan kebersihannya pada tahap optimum.

Pun begitu, bagaimana sekiranya anda terdesak untuk menggunakan tandas ketika di luar rumah? Tandas mana satu agaknya yang boleh digunakan dan dipercayai paling bersih?

Ternyata, ada tips rahsia yang anda boleh amalkan di sini. Memetik laman Mirror, personaliti perubatan terkenal Dr Mehmet Oz menyarankan perkara berikut, dan selepas ini anda bolehlah mengikutinya untuk pilih tandas mana satu ketika di luar. 


1. Dr Mehmet berkata kebanyakan pengguna mahukan privasi yang lebih ketika menggunakan tandas awam, jadi mereka lazimnya memilih tandas yang berada paling jauh atau paling hujung. 

2. Tandas pertama atau paling hampir dengan pintu utama, lazimnya jarang digunakan atas faktor privasi. Ini sebenarnya menyebabkan ia mengandungi tahap bakteria yang paling sedikit berbanding tandas lain!

3. Katanya, berbanding anda skip menggunakan tandas pertama, lebih baik anda gunakannya kerana risiko infeksi yang lebih rendah. 

Wow! Tak pernah terfikir, kan?

Apa pun, ada kajian yang dipaparkan oleh New York Magazine mendapati sebaliknya. Kaum lelaki lebih gemar menggunakan tandas paling hampir dengan pintu. 

Foto: Carian internet
Oleh itu,

1. Jika anda perempuan, digalakkan mengikut nasihat Dr Mehmet tadi, gunakan tandas yang pertama.

2. Jika anda lelaki, gunakan tandas paling hujung kerana ia lebih jarang digunakan. - CARI 
25

Bagus
31

Marah
20

Terkejut
15

Sedih
12

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 19-4-2017 08:10 PM
no matter how tandas duduk tetap pujaan hati kaka
Quote sheqim 19-4-2017 09:35 PM
Nope..i totap jamban cangkung.. kalu toilet umah esokay jamban dduk.. kalu public.. sory..
Quote AlienGurlz 19-4-2017 09:37 PM
Ohhh. Tapi kadang-kadang tandas yang pertama tu pun kotor juga. Terutama bila masa orang tengah ramai pergi tandas. Jadi aku selalu pilih tandas yang cangkung je kalau ada. Kalau tak ada baru cari tandas mangkuk yang bersih sikit.
Quote mujer_in_espejo 19-4-2017 10:00 PM
Ala..tndas public smua sama je.. smua kotor. Tndas klia2 la best, ada sanitizer
Quote mishungu 19-4-2017 11:29 PM
X stuju dgn dr mehdi..aku rasa toilet pompuan ni hat first tu la plng org suka tuju sbb dkt dgn pintu
Quote BebeQ 20-4-2017 09:24 AM
betul la tu.

orang perempuan kalau masuk tandas memang pintu pertama yang ditolak tapi dia akan tolak juga pintu kedua. kalau pintu kedua berpunya, maka terus je masuk pintu pertama. takde makna nak try tolak pintu ke-tiga.
Quote BebeQ 20-4-2017 09:25 AM
CiliPadiSedap replied at 19-4-2017 08:10 PM
no matter how tandas duduk tetap pujaan hati kaka

i ok je jamban duduk tapi i prefer jamban cangkung dulu sebab jamban duduk ni buat i geli lap2 keliling tu sebelum guna. jamban cangkung just tembak air je sebelum guna.
Quote ItisDD 20-4-2017 11:55 AM
Kalo masuk mana2 toilet, mesti cari yg cangkung punya

X dan dgn toilet duduk ni walau pun perut memulas sakan tetap ku tahan....
Quote debab76 20-4-2017 12:51 PM
geli wehh. jauh gila beza keadaan tandas negara kapir dgn negara 'islam'
Quote debab76 20-4-2017 12:52 PM
meols cdgkan pengharaman air di tandas2 seluruh malaysia
Quote debab76 20-4-2017 12:52 PM
meols kalau terdesak je masuk. sanggup tahan berak dr membuang kt toilet awam
Quote Artemesiaa 20-4-2017 01:42 PM
Rules tu mungkin sesuai di overc je.  Kat Malaysia ni jamban pertama ke jamban tengah ke jamban hujung ke sama je keadaannya.  Kalau jenis cangkung lantai sah2 akan lecak.  Kalau jenis duduk tempat duduk sentisa basah kadang ada chop kasut.  Tahap kebersihan pun so so je nak pulak kalau area mall yang sentiasa ramai orang.  Kadang kesian tengok akak cleaner tak berenti dok kena cuci mop lap tandas2 tu.  
Quote fly_in_d_sky 20-4-2017 01:49 PM
pertama ke terakhir ke tengah ke sama sahaja. 1. ramai ke tidak user   2. cara penggunaan user tersebut (kalau ada sanitizer ok kurang sikit)  3. user tu jenis pakai air ke tidak (kalau jenis lap ni, kalau baru lepas buang sisa kumbahan hazab gila .. baru adoii nyamuk pengsan sudah .. kemudian ada sisa lebihan tertinggal sebab tak flush few times and tak guna air)
Quote chinta89 20-4-2017 01:50 PM
iols kurang sikit bab2 tandas awam.. kalau boleh tahan, tahan je lah... atau cri tempat yg x ramai org.. mcm masjid yg bukan waktu org ramai guna (bukan waktu solat)
Quote pearl.silver 20-4-2017 02:36 PM
kalau pegi mall, cari tandas kat floor tengah atau atas sekali yang bukan wing ada wayang
tandas bawah sekali selalunya paling ramai org, tandas dekat wayang pun ramai org.

kalau toilet guna bidet, iols akn pilih tandas duduk.
kalau toilet pprt yang penuh tapak kasut kat toilet seat baru iols pilih toilet cangkung.

tapi kesedaran sivik kita terhadap toilet memang menyedihkan.
contohnya toilet kat terminal sentral kuantan tu, dah la berbayar 30sen. tp tak pernah iols masuk tandas die wangi dan bersih. tak kira la masuk time subuh, tengah hari or malam.
sakit jiwa...subuh2 turun bas tu sah2 perut minta toilet dulu. tahan je la hidung.
dah nye duit 30sen tu semata2 kaut untung buat gi haji balik hari ke?
Quote cheergirlz 21-4-2017 09:25 AM
mmg x dinafikan klu public toilet..klu kotor mmg x msuk..tahan sja..tp ok laa sbb rnr pon dh upgrade...
Quote sepertiitu 22-4-2017 04:27 PM
kalau public punya toilet, no matter what wajib cari yang cangkung punya sebab rase selamat sikit, tak melekat dengan "bontot" orang
Quote estrelle 22-4-2017 08:42 PM
Meol kalo pegi rnr suka toilet ujung2..jauh pon takpe.
Quote munchkin 23-4-2017 01:02 AM
Tandas duduk lagi hygienic (jika totally kering).  Cuma tanpa disedari mangkuk tandas cangkung shallow boleh kena uti jika ada aerosol usually ada aerosol. Bila shi shi mesti ada percikan halus naik (aerosol).

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.053260 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top