CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragis! Budak 5 Tahun Maut Tersepit Di Restoran Berputar

16-4-2017 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8742| Komen: 34

Description: Mungkin terlalu lasak sehingga terlepas daripada pengawasan ibu bapanya, kanak-kanak berusia lima tahun, Charlie Holt maut selepas kepalanya tersepit di restoran berputar terkemuka di Atlanta, Jumaat ...
Mungkin terlalu lasak sehingga terlepas daripada pengawasan ibu bapanya, kanak-kanak berusia lima tahun, Charlie Holt maut selepas kepalanya tersepit di restoran berputar terkemuka di Atlanta, Jumaat lalu.



Foto: Mail Online/Youtube

Memetik Mail Online, Charlie dipercayai mengunjungi restoran berkenaan bersama keluarganya dari Charlotte, North Carolina untuk menikmati makan tengah hari di Restoran Sun Dial, di tingkat 72, Westin Peachtree Plaza Hotel.


Foto: Mail Online/Getty Images


Restoran itu berputar perlahan untuk memberi pemandangan pencakar langit 360 darjah, dan mangsa dilaporkan tersepit di antara dinding dan sebuah meja yang sedang bergerak.

WSBTV melaporkan, keluarga mangsa merupakan pelanggan terakhir di restoran itu apabila mangsa berkeliaran jauh dari pengawasan ibu bapanya untuk melihat pemandangan berkenaan.

Pegawai keselamatan dan staf hotel cuba untuk mengeluarkan mangsa apabila menyedari dia tersepit, malah lantai bergerak juga dimatikan segera.


Foto: Mail Online/Youtube

Bagaimanapun, semuanya sudah terlambat kerana mangsa mengalami trauma teruk di bahagian kepala.

Mangsa dibawa ke Hospital Grady, namun kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Pengurus hotel berkenaan, George Reed berkata dalam satu kenyataan bahawa satu kemalangan tragik membabitkan kanak-kanak berlaku di hotel.

"Kesedihan kami tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya ingatan dan doa buat keluarga mangsa," katanya.

Restoran Sun Dial ditutup buat sementara waktu, dan siasatan dijalankan Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. - CARI
26

Bagus
22

Marah
19

Terkejut
10

Sedih
29

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 16-4-2017 08:21 PM
mak pak cuai
Quote MissNigga 16-4-2017 08:40 PM
careless parent is every where ....
Quote cheergirlz 16-4-2017 08:45 PM
rip in peace..slalu kat shopping mall..nie kat rstaurant putar hotel lak..
Quote pooh~key 16-4-2017 08:49 PM
This is the reason akak setuju sangat bebudak dipasangkan dengan harness yang macam dipakaikan kat anjing tu sis. Akak setuju bebenar bebudak diperlakukan persis anjing kekdahnya sis.
Quote famri7 16-4-2017 09:48 PM
ummah batak xperlu pergi tempat2 sbegini...duduk kawasan pprt jah,
Quote vanillaninja 16-4-2017 09:56 PM
Sedihnya. Budak2 umur gini memang lasak. RIP.
Quote faraway1 16-4-2017 10:04 PM
tersepit kat mana..
see ini sebab kenapa sampai sekarang ku tak kasi
anak pergi mana mana dengan papa dia,
ku tak percaya
Quote mommymonster82 16-4-2017 10:25 PM
Ingatkan kat menara kl...

Takziah utk family...
Quote munchkin 16-4-2017 10:26 PM
Di sini anak anak sibuk letak tangan kat conveyer belt sushi sambil sentuh sentuh sushi atas konveyer belt tu. Mak pak masih buat bengap bingai dan bodoh.
Quote Tukul.Besi 16-4-2017 10:31 PM
No RIP for u dekkk
Quote kimchipedas 16-4-2017 10:52 PM
Naik seriau dgr mak pak asyik fefeeling romantik anak smp anak terkorban :
Quote sukacactus 16-4-2017 10:55 PM
Mak pak asyik melantak le tu sampai lupa ank
Quote Keledek.kepam 16-4-2017 10:57 PM
Baru je tadi aku nmpk budak tawaf restoran berpuluh kali sampai naik rimas aku nengoknya. Mak pak biar je ngunyah borak sesama laki bini.

Nak aja aku sendal kaki bagi jatuh baru padan muka. Kang budak tu p jalan raya kena langgar kau jugak yg menangis taik hidung masin :
Quote Deidra 16-4-2017 11:05 PM
Takziah jela dapat dilafaz
Quote MarryPottet 16-4-2017 11:59 PM
famri7 replied at 16-4-2017 09:48 PM
ummah batak xperlu pergi tempat2 sbegini...duduk kawasan pprt jah,

sudah tertulis ajalnya
sis ingat kalau dia duduk dendiam kat rumah dia di kawasan pprt malaikat maut tak tau ke alamat rumah dia?
Quote Decaffeinated 17-4-2017 12:24 AM
menjaga anak yang buas di tempat awam memang mustahil.

moral of the story - tinggalkan di rumah....

Quote CrowneGlory 17-4-2017 06:54 AM
Kalau takat tau pancut jah tp reti jaga anak selayaknya ank tu mampos .... Dah besar lg la menyusahkan org
Quote Peya 17-4-2017 07:30 AM
Ada je mak bapak yg biarkan anak buat mcm2 peel. Bukan nk tegur n marah. Buat x tau lg ada.
Quote aTiKah_aYuNi 17-4-2017 08:00 AM
owh...restoran berputar ni, lantai shj yg berpusing....ingatkan dgn tingkap  tu skali....

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.061413 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top