CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Baju Putih Kekuningan? Jangan Risau, Air Rendaman Lemon Kembalikan Serinya!

7-4-2017 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4823| Komen: 9|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Pakaian berwarna putih sememangnya kelihatan cantik di mata dan menjadi kegemaran ramai. Namun, ramai juga yang berasa takut untuk membeli baju berwarna putih kerana ia mudah kotor jika tidak dijaga r ...
Pakaian berwarna putih sememangnya kelihatan cantik di mata dan menjadi kegemaran ramai. Namun, ramai juga yang berasa takut untuk membeli baju berwarna putih kerana ia mudah kotor jika tidak dijaga rapi.



Foto: www.esquire.com

Tapi anda tak perlu risau kerana dengan hanya menggunakan barang-barang ini, ia mampu memelihara pakaian kegemaran anda daripada menjadi kusam, kekuningan atau pudar.


Menghapuskan kotoran degil


1. 1/4 cawan serbuk pencuci kain
2. 3 biji lemon diperah
3. 1 sudu makan garam
4. 2 liter air


Caranya:
1. Didihkan air di dalam periuk
2. Masukkan jus lemon, garam dan serbuk pencuci. Kacau sebati.
3. Masukkan air panas ke dalam mesin basuh dan rendam pakaian selama 40 minit.
4. Bilas dengan air bersih 2 hingga tiga kali dan jemur.

Nota: Ramuan ini juga sesuai menghilangkan kesan peluh di bahagaian kolar dan bawah lengan baju.


Memutihkan lagi pakaian berwarna putih


1 biji lemon dibelah dua
1 sudu makan baking soda


Caranya:
1. Taburkan baking soda ke kawasan terjejas dan gosok dengan permukaan lemon yang sudah dibelah.
2. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh seperti biasa dengan air suam.

Nota: Kaedah ini sering digunakan bagi menghapuskan kesan kuning bawah di lengan pakaian berwarna putih.


Peluntur serba guna

Foto: BrightSide

2 biji lemon dibelah
1/2 liter air


Caranya:
1. Campurkan jus perahan lemon ke dalam mangkuk yang diisi air.
2. Rendam pakaian di dalam mangkuk dan biarkan selama 40 minit.
3. Basuh seperti biasa di dalam mesin basuh.


Foto: Blah Blah Magazine

Foto: Washingtonian

Mudah saja, bukan? Dengan menggunakan barang sedia ada di dalam rumah sahaja, pakaian anda akan kembali putih berseri-seri! - CARI
31

Bagus
23

Marah
20

Terkejut
32

Sedih
21

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (153 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 7-4-2017 10:51 AM
wow...nak try la
Quote Artemesiaa 7-4-2017 11:01 AM
Tips berguna bila tak nak guna bahan pembersih yang siap dijual dipasaraya
Quote prettyuglybabe 7-4-2017 11:22 AM
kalau guna kat baju berwarna, luntur tak?
Quote Leo_Gurlz 7-4-2017 07:04 PM
Bagus tips. bolehhh cuba
Quote mirandanicky1 7-4-2017 08:02 PM
Bagus ni. Blh cuba esp pd bahagian keti tu selalu kuning
Quote zawara 8-4-2017 11:39 AM
buat lemonade pon sodap
Quote cik-jaja 12-4-2017 04:23 PM
lemon mahal...hahha
Quote afie_m 12-4-2017 04:44 PM
emmmm..boleh try..tapi lemon mahal..lama plak  40 minit nak rendam....
Quote Nadia_Syahira 30-5-2017 12:08 PM
banyak juga kegunaan lemon ni kan. mahal pulak tu hihi

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.049989 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top