CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disyaki Ambil Syabu, Pemimpin UMNO Dihadap Ke Mahkamah

28-3-2017 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3234| Komen: 8

Description: Akibat disyaki mengambil syabu, seorang pemimpin UMNO yang berpangkat datuk dihadapkan ke mahkamah hari ini. Akibat disyaki mengambil syabu, seorang pemimpin UMNO yang berpangkat datuk dihadap ...
Akibat disyaki mengambil syabu, seorang pemimpin UMNO yang berpangkat datuk dihadapkan ke mahkamah hari ini. 

Pemimpin tersebut yang berusia 57 tahun itu dikenali sebagai Datuk Mohamed Mustafa Abdul Kadir, dituduh pada 1hb Ogos 2016 kira-kira jam 6 petang, didapati mengambil syabu setelah menjalani ujian air kencing di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka 

Memetik laporan Berita Harian, beliau akan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(b). 

Jika bersabit kesalahan di bawa akta tersebut, boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya, dan perintah pengawasan selama dua tahun atau tidak lebih tiga tahun. 

Beliau mengaku tidak bersalah sejurus tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh. 


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban mengemukakan jaminan RM4,000. 

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Salmi Hamdan Sabran merayu jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh memberikan kerjasama sepanjang siasatan. 

Mahkamah membenarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.- CARI

sumber foto: Berita Harian


14

Bagus
20

Marah
15

Terkejut
15

Sedih
15

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zidane_ziege 28-3-2017 03:44 PM
kalau pemimpin pembangkang yg kantoi..besar2 kat tajuk tu dia letak nama parti.. walaupon sekadar bekas pemimpin..

tapi kalau pemimpin umno yg kantoi..sayu je nama umno disebut..kat tajuk ltk pemimpin sebuah parti politik..
Quote ronapink 28-3-2017 06:00 PM
laaaa umur 57 dah, tak insaf2 lagi ke..


penagih dadah disanjung sebagai pemimpin
Quote MissMamamia75 29-3-2017 08:01 AM
Berita yg sgt2 rare dr parti Ummo...
Quote Fienomenology 29-3-2017 09:51 AM
bersangka baik mungkin dia pegang meth tu untuk ank dia.
Quote xy_daen 29-3-2017 10:03 AM
Dah tua2 gini nak cf bagai...
Quote namirulmukminin 29-3-2017 10:07 AM
Alip Mim Nun Wau.. Alip tendang Wau = Sarkas...

P.Ramlee dah habaq awai2 dah...
Quote CrowneGlory 29-3-2017 04:20 PM
sampah belaka org2 umngok ni...patutla jenayah makin menjadi2 dh pemimpin pun sama buat jenayah....kalau dh 57thn tu tunggu mampos jah
Quote -electrifying- 30-3-2017 11:57 AM
Hahahaa, xlaju plak ye benang ni, kalau pemimpin dri PH ni mmg dh berjela2 benang ni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.051755 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top