CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Panjat, Terjun Dari Papan Tanda 'TEMERLOH' Pula

28-1-2017 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9163| Komen: 72

Description: Semakin menjadi-jadi! Tidak cukup dengan papan tanda 'Ipoh', aksi tunjuk berani memanjat tempat tinggi tular lagi.
Semakin menjadi-jadi! Tidak cukup dengan papan tanda 'Ipoh', aksi tunjuk berani memanjat tempat tinggi tular lagi.

Kali ini lebih 'hebat' apabila dua remaja memanjat papan tanda ‘TEMERLOH’ pula sebelum terjun ke dalam sungai Pahang yang sedang mengalir deras berikutan musim tengkujuh.



Foto: Utusan Online

"Berani tidak bertempat!" Menurut Utusan Online, aksi dua remaja terbabit dirakam dari sudut belakang papan tanda berkenaan kini tersebar meluas di laman sosial, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat yang rata-rata menyifatkan tindakan remaja terbabit sebagai 'berani bodoh'.

Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Mohd. Fadzli Mohd. Kenali dan pihaknya memandang serius perkara ini dan menyifatkannya sebagai tindakan bahaya.


“Kita tidak sangka perkara ini boleh berlaku apatah pada masa musim banjir ini yang menyaksikan air sungai melimpah dan mengalir deras yang boleh mengundang bahaya. 

“Papan tanda berkenaan juga bukannya dibina untuk dipanjat selain terdapat sambungan wayar elektrik. Sudah tentu aktiviti itu tidak selamat,” katanya kepada Utusan Online.

Tambahnya, papan tanda tersebut yang juga merupakan kawasan larangan diselia pihak berkuasa tempatan dan aktiviti memanjat papan tanda itu adalah dilarang sama sekali.

Menurut Fadzli, pihaknya telah bertemu pemimpin masyarakat di kawasan itu untuk memantau aktiviti sedemikian dan meminta polis membuat rondaan berkala. - CARI
5

Bagus
13

Marah
16

Terkejut
19

Sedih
14

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 28-1-2017 11:59 AM
Biarkan aje lah, itu kan pilihan masing2 yang dah akil baligh dan tau bezakan samada bahaya kan diri atau tidak, kenapa semua nak di kriminalisasi kan?

Kakau nak ikutkan, Banyak lagi benda lain juga boleh membahayan diri, tapi kenapa panjat signboard aje diambil tindakan?
Quote lil_sparky 28-1-2017 12:02 PM
itu la..kalo dr awal lg(geng panjat ipoh tu) dh kena denda..khidmat masyarakat..or penjara..mst xda pengikut yang lain. Ni x..siap angkat jd ikon belia lg..
Quote pulauturtle 28-1-2017 12:09 PM
still...geng2 awek yg panjat "ipoh" tu lebih berani
Quote ronapink 28-1-2017 12:13 PM
biarkan, biarkan, biarkan..
Quote sebu 28-1-2017 12:15 PM
Anak sape la ni:
Quote armin 28-1-2017 12:36 PM
pyropura replied at 28-1-2017 11:59 AM
Biarkan aje lah, itu kan pilihan masing2 yang dah akil baligh dan tau bezakan samada bahaya kan diri ...

Maybe sebab hujung2 nanti kerajaan or majlis perbandaran yg disalahkan bila dorang ni mampos. Padahal sendiri salah. Tau2 jelah perangai ummah malaysia ni. Suka salahkan orang lain
Quote susukambingbest 28-1-2017 12:37 PM
tu la, sape la yg bodoh sgt angkat bebudak pnjat ipoh tu sbg ikon. skrg hdap je la rmai lg budak2 brani mati yg wat hal bahaya. sokong la lg, bongok
Quote doublethread 28-1-2017 01:27 PM
Takpa la. Jiwa orang muda katanya. Acik-acik apa tauuuuuu...

Quote spankee_fili 28-1-2017 01:30 PM
mesti berbunga2 hati geng signboard ipoh..
Quote tupaiterbang 28-1-2017 01:36 PM
bakat dan kebolehan masing2, biarkan jelah..kalau mati pun bukan salah kita
Quote putehkundor 28-1-2017 01:52 PM
macam best jah....
Quote merrissa 28-1-2017 01:55 PM
ntah apa yg nak dibuktikan....hidop dikecam...kalo mati pon akan dikecam

kalo mati...bomba pura2 jela x jupe mayat dia....biar merepot dalam sg kuantan tuh #psychopathsinside
Quote Decaffeinated 28-1-2017 01:58 PM
pyropura replied at 28-1-2017 11:59 AM
Biarkan aje lah, itu kan pilihan masing2 yang dah akil baligh dan tau bezakan samada bahaya kan diri ...

kan.... mampos nanti diam2 tanam sudah....

bukan dia kaco orang pun....



Quote Decaffeinated 28-1-2017 02:04 PM
susukambingbest replied at 28-1-2017 12:37 PM
tu la, sape la yg bodoh sgt angkat bebudak pnjat ipoh tu sbg ikon. skrg hdap je la rmai lg budak2 br ...

angkat jadi ikon tu mmg x perlu lah kot....

tapi tangkap tu nak bagi tau kita tak approve tapi frankly I rasa ini akan hanya menaikkan thrill bebudak ni jah....



Quote FARRAZOOL 28-1-2017 02:12 PM
Keje giler apakah??
Quote q@2a 28-1-2017 02:58 PM
Edited by q@2a at 28-1-2017 09:57 PM

Org dok sibuk ngn banjir dia sibuk buat terjunam dia...
Mohon akak kwsn @noraidil_06 beri sepatah 2 kata
Quote Sazida 28-1-2017 03:24 PM
Mohon terjunan kau tu terus tak timbul dik. Dari kau hidup duk sakitkan hati netizen dgn aksi bodoh tu,at least kau mmpus ade jugak org ckp takziah wlpn diri sendiri yg bodoh. :
Quote Pajeri_Nenas 28-1-2017 03:29 PM
somersault berpusing dek
Quote MarryPottet 28-1-2017 03:47 PM
padan muker geng panjat sign ipoh
ni ustaz kata lah kan, bukan aku kata. aku tolong sampaikan jer
bila ko dah start buat benda lagho tak berpekdah lagi memudaratkan then jadi 'inspirasi' kat org lain utk ikut buat benda sama, akan ada saham dosa ko kat situ. apalagi kalau yg mengikut pekerjaan bodoh ko tu jadi cedera atau bawa maut, lagi banyaklah saham dosa ko dapat. even bila ko dah mati tapi masih ada lagi yg tiru buat benda sama, saham dosa ko masih terus hidup. sebab tu kita kena berfikir guna otak bukan guna nafsu sebelum nak buat sesuatu perkara

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.058078 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top