CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Daripada Teguk Ubat Batuk, Baik Rawat Dengan Bahan Semula Jadi Ini!

10-1-2017 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3963| Komen: 4|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Batuk adalah penyakit umum yang pasti pernah dialami semua orang yang disebabkan beberapa faktor dalaman dan juga luaran.
Batuk adalah penyakit umum yang pasti pernah dialami semua orang yang disebabkan beberapa faktor dalaman dan juga luaran. 

Kebiasannya kita merawat batuk dengan mengambil ubat batuk sama ada yang disarankan doktor atau mendapatkannya sendiri di farmasi berdekatan. Namun, anda harus tahu ubat batuk yang diambil perlu bersesuaian dengan jenis batuknya. Tidak boleh sembarangan diambil. 

Sebenarnya, mengubati batuk boleh dilakukan dengan bahan semula jadi yang anda boleh dapati dengan mudah hanya dari dapur anda sahaja.


1. Bawang Putih
Sumber foto: Huffington Post

Bawang putih amat berkesan dalam merawat segala jenis penyakit batuk. Dengan mengunyah seulas bawang putih, bakteria yang ada di dalam tekak dapat dikeluarkan selain memudahkan kahak untuk keluar dari dalam paru-paru.

Anda boleh makan bawang putih dengan madu untuk mengurangkan rasanya yang kelat. Bawang putih juga baik untuk menghangatkan tubuh selain merawat sakit perut atau masuk angin.


2. Halia

Sumber foto: http://www.infusionesmedicinales.com
Halia merupakan bahan alami yang mampu mengatasi batuk berkahak mahupun batuk kering. Racik sedikit halia dan dimasukkan ke dalam secawan air suam.

Minuman halia membantu tubuh kekal hangat sekaligus membantu merangsang tekak mengeluarkan kahak dengan lebih mudah. 


3. Kunyit

Sumber foto: Carian Internet

Kunyit merupakan ubat batuk kering yang efektif kerana mengandungi kurkumin, antioksida aktif yang cukup kuat, antiradang, antivirus, serta antibakteria yang mampu menjaga ketahanan tubuh.

Masukkan sedikit serbuk kunyit ke dalam air suam dan kacau sebati. Ambil minuman ini 2 kali sehari, dan untuk rasa yang tidak terlalu pahit, anda boleh tambah sedikit madu ke dalamnya.


Selain tiga bahan di atas, anda boleh juga minum air asam jawa. Lebih baik merawat batuk dengan bahan semula jadi daripada mengambil ubat bercampur bahan kimia yang memungkinkan anda mendapat kesan sampingan di kemudian hari, bukan? - CARI
20

Bagus
18

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 10-1-2017 05:19 PM
Benda2 yang kena jadi amalan kalau sekali sekala je guna lambat berkesan
Quote Mary_jane 10-1-2017 06:19 PM
I pernah try kicap satu sudu besar + limau. Tak  berkesan. Tapi kat oranglain berkesan plak.
Quote chinta89 11-1-2017 08:52 AM
Mary_jane replied at 10-1-2017 06:19 PM
I pernah try kicap satu sudu besar + limau. Tak  berkesan. Tapi kat oranglain berkesan plak.

eh i baru nk tulis tips ni.

so far i guna menjadi. maybe dgn u, x serasi.

i byk guna petua2 semulajadi bila guna ubat hosp/klinik utk 7-10 tp x beksan.. kalau hri ke 11 still batuk, i consume alternatif semulajadi.

air asam jawa x brpe mjadi.

kicap + limau nipis, so far ok

Quote Mary_jane 11-1-2017 12:45 PM
chinta89 replied at 11-1-2017 08:52 AM
eh i baru nk tulis tips ni.

so far i guna menjadi. maybe dgn u, x serasi.

Kat cousin i pun berkesan. Hari tu i try sebab batuk teruk sangat, ubat batuk pun tak lut.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.052822 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top