CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pengguna Terkejut Hidangan Cekik Darah, Sepinggan Nasi Campur Biasa Dicaj RM34

21-12-2016 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 12125| Komen: 63|Original author: Oleh: Adib ZA

Description: Siapa yang tak terkejut bila dicaj dengan harga RM34.70 untuk sepinggan nasi campur!

Siapa yang tak terkejut bila dicaj dengan harga RM34.70 untuk sepinggan nasi campur! Sangat tidak berbaloi, apatah lagi dengan kualiti hidangan yang 'biasa-biasa' sahaja, bukan hidangan mewah pun!


Namun, menerusi sebuah perkongsian di laman sosial menunjukkan seorang pengguna terpaksa membayar satu hidangan yang terlalu mahal, tak padan sungguh dengan lauk yang diambilnya. 

Resit yang bertarikh 14 Disember itu dikatakan didapati daripada sebuah restoran di kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur.


Memang cekik darah, dengan seekor ikan bawal 'kurus' dikenakan harga RM7.50 dan juga dua ekor udang bersaiz ibu jari dengan harga RM12 seekor. 

Sesiapa pun yang melihat caj yang dikenakan pasti menggelengkan kepala bagaikan sukar percaya dengan kos begitu tinggi dikenakan. 

Adakah peniaga ingin cepat kaya, sengaja cekik darah atau terpaksa berbuat demikian untuk membayar kos operasi kedai yang terlalu mahal?

Menurut salah seorang netizen, hidangan 'cekik darah' memang terkenal di restoran itu dan ia bukan satu perkara yang mengejutkan sebenarnya. Cuma, ramai yang masih belum tahu dan terkena. 

"Kedai ni memang mahal nak mampus kalau nak tahu. Tapi kedai lain tak semahal kedai ini. Sebab pernan kakak makan kat sini, ambil nasi dengan ayam, telur masin kena RM10," tulis seorang netizen yang pernah 'terkena'.

Berikut merupakan antara respon yang didapati berhubung hidangan harga melampau ini.


11

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
15

Sedih
6

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mongoose_kidz 21-12-2016 12:29 PM
bila tgk ni aku bersyukur dok tmpat mkn yg hrga masih murah
Quote harrypoter 21-12-2016 12:33 PM
dgn harga tu aku bleh beli
- 2 X n.goreng cina
- tomyam campur
- ayam masak kunyit mkn 2 org
- n. putih 2
- air sirap X 4
menu harian kami 4 beranak
Quote kambinggila 21-12-2016 12:40 PM
bersyukur la aku allergy udang
Quote syadq 21-12-2016 12:41 PM
Pernah makan situ masa buka puasa hari tu. Nasib baik tak ambik udang.
Quote AbukRokok 21-12-2016 12:47 PM
baik makan kat restoran kafir lahanat yang dah ada cop halal jakim mcm mcD KFC kenny rogers ...
Quote mawar_pink 21-12-2016 01:09 PM
mak aih...sekor udang rm12..udang ape mhal sgt gitu..
Quote pearl.silver 21-12-2016 01:09 PM
Report laa kt kpdnkk
Ada unsur pencatutan
Quote pocongkiutss 21-12-2016 01:18 PM
Kedai ni kat food court sogo ye??
Quote shernazz 21-12-2016 01:19 PM
kalau sharifah sahora tau ni
dia dah call terus tau
xde snap snap.dah
Quote matseh 21-12-2016 01:42 PM
Aku tak heran, sbb dia makan di SOGO. Kalau dia makan di gerai stesen bas kangaq, gerai di TBS mmg patut dia komplen. Viralkan, Report dekat KPDNKK, talipon bernama radio, mengadu dgn PPIM dll.
Dia yg pilih nak makan di SOGO.
Pi tanya yg dok makan2 di KFC McD, KR, dan restoran2 dlm shopping mall, harga barang mahal ke tidak skrg ni, jamin 100% kata mahal. Still kita tak masak, tiap2 minggu shopping mall penuh, kalau public holiday, Jem!
Kita ni komplen lebih sangat, usaha kurang. Yg kita tau komplen2.
So stakat RM30 brader, aku tak simpati pun, even kena RM100 sepinggan pun aku cakap padang muka hang, yg hang pi makan di situ buat apa. Balik rumah masak la.
Quote Skuau 21-12-2016 01:44 PM
1.Tolong viralkan(snap kedai tu- supaya ore ramai/lain x 'terkena').2.Tolong repot kt kpdnkk....ada unsur pencatutan...
Quote januarybaby 21-12-2016 01:48 PM
Assalamualaikum, nak tnya forumer kat sini, betul ke makanan fastfood kat miri tak halal? Saya tak tau kat mana nk tnya..... please kalau ada anyone yg boleh tolong jawabkan....
Quote judicata 21-12-2016 01:58 PM
januarybaby replied at 21-12-2016 01:48 PM
Assalamualaikum, nak tnya forumer kat sini, betul ke makanan fastfood kat miri tak halal? Saya tak t ...

maksud makanan fastfood di miri tak halal? kfc, mcd, sugarbun etc mcm tu di miri tak halal ka ape? or tak dpt pengesahan halal dr jakim?
takkan kot? org brunei salu jer gi miri utk berjimba.. takkan la local govt sana or pemilik premis makanan tak sensitif isu dptkan pensijilan halal.
Quote ciwi1166 21-12-2016 02:04 PM
ak g sogo tu tak berani nak makan nasi campor.

die punya kira ntah pape. tak tau apa yg seringgit, ape yg 3 hengget tau2 dah 12 hengget.

Hahaha
Quote hanisbunny 21-12-2016 02:16 PM
klu pg sogo je..x kuasa i nk pg food court semata-mata nk makan nasi campur..selalu order fried lobak cake tu je..klu malas nk mkn situ take away jaaaa.....alamak craving plak fried lobak cake...
Quote Senjamalam 21-12-2016 02:54 PM
mahalnya.. kalau dalam dompet ada 20 ringgit je masa tu macam mana agaknya nak bayar.
Quote whadda 21-12-2016 03:02 PM
giler mahal..
Quote eLiaD 21-12-2016 03:15 PM
Sogo bukan tmpt shopping mewah pun harapkan perfume jela kt bwh tu..
Quote eLiaD 21-12-2016 03:15 PM
Sogo bukan tmpt shopping mewah pun harapkan perfume jela kt bwh tu..

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.134958 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top