CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Budak 7 Tahun Didera Kerana Pensel Warna!

4-8-2013 05:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26522| Komen: 308

Description: Kuala Lumpur: Seorang Kanak-Kanak Perempuan Berusia Tujuh Tahun Terpaksa Menempuh Detik Hitam Dalam Hidupnya Apabila Didera Bapa Kandungnya Sendiri Selama Hampir Dua Jam Dalam Kejadian Di Rumah Mereka ...
Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila didera bapa kandungnya sendiri selama hampir dua jam dalam kejadian di rumah mereka di Sentul Utama, di sini, hanya kerana menghilangkan sebatang pensel warna.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, kanak-kanak malang terbabit dilaporkan dirotan, dicekik, disepak sebelum dipijak di bahagian perut. Tidak cukup dengan itu, mangsa turut ditumbuk sebelum kepalanya dibotakkan bapanya berusia 30-an itu.

Menurut sumber, akibat perbuatan keji si bapa, kanak-kanak terbabit bukan sekadar trauma sebaliknya mengalami kecederaan serius di tangan kiri, paha kanan dan kepala.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, kejadian berkenaan dilaporkan di Balai Polis Sentul, di sini, semalam, oleh guru kaunseling sekolah kanak-kanak terbabit selepas mangsa menceritakan kejadian menimpanya kepada guru kelasnya.

  “Mangsa yang datang ke sekolah dalam keadaan lebam di muka menceritakan kejadian itu kepada guru kelasnya sebelum kanak-kanak itu dibawa ke balai polis berhampiran,” katanya.

Sumber berkata, kanak-kanak terbabit mendakwa dipukul bapanya di ruang tamu rumah mereka di Sentul Utama, di sini.


  “Suspek dilaporkan berang apabila anak perempuannya itu (mangsa) menghilangkan sebatang pensel warna dibelinya,” katanya.

  Katanya, lelaki terbabit dilapor bukan sekadar merotan mangsa, sebaliknya mencekik, menyepak dan memijak perut anaknya itu.
  “Lebih kejam, suspek turut menumbuk kepala berulang kali sebelum membotakkan kepala anak perempuannya itu,” katanya.

  Sumber itu berkata, kanak-kanak terbabit dilaporkan didera suspek hampir dua jam.

  “Lelaki itu dilaporkan hanya berhenti mendera anaknya selepas melihat mangsa dalam keadaan lemah,” katanya.

  Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan dilakukan.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/03


Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 3-8-2013 07:53 AM
sial punya bapak...eii geramnya...hilang pahala posa hari ni...
Quote MsCinderella 3-8-2013 08:00 AM
maknya kemana?
Quote nurul_akmar 3-8-2013 08:03 AM
mesti bapak dia tgh susah hati. tu yg lepas geram dkt anak tu
Quote chazey 3-8-2013 08:06 AM
baru bercerai ka parents budak ni? or mak dia lari ikut bangla?
Quote gujiwa 3-8-2013 08:06 AM
Nak je siat2x bapak die ni
Quote honeybee1802 3-8-2013 08:07 AM
Tgk sosio ekonomi family tu plak...kot bapak tgh susah hati pikir budget nak balik raya.si mak demand memcm...pendapatan ala kadar....nak jd kes la plak anak ilang pensel..
Quote nur_firdaus 3-8-2013 08:09 AM
wei bapak!!!
aku bleh ganti lah pensil warna tu...
ko jgn suka nk belasah budak2!!
Quote cmf_orenz 3-8-2013 08:10 AM
Alaa... Sedihnya
Quote airfilterkotor 3-8-2013 08:11 AM
Bangsa india kaa melayu...? Giler zalim.
Quote missus_meow 3-8-2013 08:26 AM
mereng ke ape si jantan ni ... x layak langsung dipanggil bapak
Quote arasham 3-8-2013 08:28 AM
honeybee1802 posted on 3-8-2013 08:07 AM
Tgk sosio ekonomi family tu plak...kot bapak tgh susah hati pikir budget nak balik raya.si mak deman ...

saya baca kat my fb cikgu yg ngajar budak post. budak ni pandai.
mak keje kat qatar, nurse, selasa ni balik raya tak silap. ada gamba
budak ni, sian sgt. bengkak-bengkak muka dia..mmg selalu dah bapak
dia dera. if betul kes yg samalah..
Quote arasham 3-8-2013 08:29 AM
airfilterkotor posted on 3-8-2013 08:11 AM
Bangsa india kaa melayu...? Giler zalim.

melayu muslim katanya
Quote zach2008 3-8-2013 08:31 AM
Kalau la aku bersikap seperti bapak ni, aku tak tau apa jadi pada anak aku..

Anak aku tiap2 hari kena beli pensil, eraser, pembaris dan segala kelengkapan sekolah.. pensil warna tu usah cerita la. Mmg siap beli pukal benda2 tuh




















jogos online
Quote arasham 3-8-2013 08:32 AM
saya baru baca semula rasanya kes yg sama berlaku pada selasa/rabu.
cikgu tu wat report pagi rabu. tapi tang botak tu tipu elok je adik berambut. sbb ada
gamba kat fb tu..
Quote keraskhejong 3-8-2013 08:44 AM
aku rase dia buat pinjaman ngan along utk beli pensil warna tu....
Quote redz85 3-8-2013 08:51 AM
kenapa berhenti dera.. pukul aje lah sampai mati... since pensel tu lebih berharga dari anak sendiri
Quote jahcomel 3-8-2013 08:53 AM
sedih aku......y dlu2 ade kes mak pukul ank smpai ank mninggal sbb rosakkan lipstik dia...kejam
Quote noor2 3-8-2013 08:55 AM
jahcomel posted on 3-8-2013 08:53 AM
sedih aku......y dlu2 ade kes mak pukul ank smpai ank mninggal sbb rosakkan lipstik dia...kejam

tempatan ke? ni baru tau...

Quote ayuniaa 3-8-2013 08:57 AM
mahal sangat ker rege kaler tu bapak ooiii???? ribu riban ke???

Lihat semua komen(308)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.061217 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top