CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi Motosikal Menjadi-Jadi

2-8-2013 04:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4100| Komen: 2

Description: Besut - Polis Meminta Kerjasama Orang Ramai Khususnya Pemilik Motosikal Agar Menjaga Keselamatan Kenderaan Masing-Masing Untuk Mengelak Kejadian Curi Motosikal Yang Meningkat Pada Tahun Ini.

Banyak daripada motosikal yang dicuri sebelum ini telah dileraikan dan penjenayah membuang rangka motosikal ke dalam sungai.

BESUT - Polis meminta kerjasama orang ramai khususnya pemilik motosikal agar menjaga keselamatan kenderaan masing-masing untuk mengelak kejadian curi motosikal yang meningkat pada tahun ini.

Jenayah curi motosikal di daerah ini terus meningkat bagi tempoh tujuh bulan pertama pada tahun ini iaitu sebanyak 151 kes berbanding 109 kes untuk tempoh sama pada tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, angka itu meningkat sebanyak 27.8 peratus, iaitu peningkatan sebanyak 42 kes.

Menurutnya, dalam tempoh sebulan purata laporan kehilangan motosikal sebanyak 21 buah sebulan dan jenayah ini menyumbang kepada indeks jenayah daerah ini.

“Jenayah ini agak membimbangkan walaupun pelbagai usaha membanteras aktiviti ini telah dilakukan pihak polis,” katanya.

Kamaruddin berkata, perbandingan kawasan yang kerap berlaku kecurian motosikal ialah di kawasan Jertih paling banyak pada tahun lalu iaitu sebanyak 60 kes diikuti Kampung Raja (27), Kuala Besut (18) dan Pasir Akar sebanyak empat kes.


Jertih paling tinggi

Menurutnya, bagi tempoh tujuh bulan tahun ini Jertih masih mencatat kes paling banyak kes iaitu sebanyak 76 kes, Kampung Raja (45), Kuala Besut (17) dan Pasir Akar sebanyak 13 kes.

“Kawasan dikenal pasti kerap berlaku kecurian motosikal di bawah Balai Polis Jertih adalah di pekan Jertih, Mak Sara berhampiran Masjid Hadhari, Kampung Lak Lok dan Jabi manakala di Kampung Raja adalah di Pekan Kampung Raja, Gong Kepas dan Alor Lintang.

“Sementara di Kuala Besut kecurian sering berlaku di kawasan berhampiran sebuah pasaraya, Kampung Gertak Seratus, Kampung Baharu hingga ke Kampung Beris Pak Abu, Pekan Kuala Besut hingga ke Kampung Seberang Kastam,” katanya.

Menurutnya, di kawasan Pasir Akar Hulu Besut pula, Kampung Darau dan Gong Duek antara yang sering dilaporkan kehilangan motosikal.

Beliau berkata, jenis motosikal yang sering kali dilaporkan hilang dalam tempoh tersebut adalah dari jenis Honda EX5, Honda EX5 Dream, Honda C70, Honda C100, Yamaha Lagenda, Yamaha LC135.  

“Lokasi yang sering menjadi tumpuan pencuri ialah di kawasan rumah, masjid, tempat letak motosikal awam, tempat kerja dan kawasan perumahan,” katanya.

Kamaruddin berkata, sikap cuai pemilik kenderaan seperti meninggalkan motosikal tanpa kunci atau tidak mempunyai kunci tambahan antara faktor penyumbang besar kes kehilangan motosikal yang berlaku hampir setiap hari ini.


Lerai dalam masa 30 minit

Katanya, siasatan  mendapati kegiatan mencuri motosikal ini dilakukan remaja berusia 17 tahun hingga 23 tahun dan mereka mahir meleraikan motosikal tersebut menjadi komponen kecil dalam masa 30 minit.

“Maklumat juga mendapati terdapat puluhan kumpulan kecil pencuri motosikal dari luar dan dalam daerah ini yang bergiat aktif melakukan jenayah ini,” katanya.

Menurutnya, sepanjang Ramadan juga kes kecurian motosikal berterusan berlaku dan kawasan masjid menjadi tumpuan pencuri manakala masa kejadian berlaku ketika mangsa solat Subuh.

Sehubungan itu, polis menasihatkan masyarakat supaya peka dengan keadaan sekeliling selain memastikan kenderaan dikunci dengan baik termasuk mempunyai kunci tambahan walau dimana sekalipun.

“Pemilik dinasihatkan agar meletak kenderaan di tempat yang selamat dan terang dan jangan sesekali meninggalkan kunci pada kenderaan sama ada enjin dihidupkan atau sebalik.

“Orang ramai juga harus mempunyai sikap mencurigai terutama remaja dan anak-anak muda dan memerhati setiap tingkah laku mereka, manakala tambahan bagi kenderaan lain seperti kereta ialah dengan memastikan alat penggera berfungsi dengan baik dan mengukir nombor pendaftaran di cermin kereta,” katanya.


Giat operasi di bengkel

Menurutnya, sempena Ramadan dan menjelang hari raya, polis akan mempergiatkan operasi ke semua premis dan bengkel motosikal selain pemantauan di kawasan-kawasan pasar minggu yang sering menjadi tumpuan penjenayah.

Dalam perkembangan lain, masyarakat meminta polis menangani masalah rempit di daerah ini dengan lebih serius kerana mereka tidak menolak kemungkinan gejala merempit itu turut menyumbang kepada peningkatan kes curi motosikal.

Mereka mendakwa, kebanyakan motosikal yang terlibat dalam aktiviti rempit telah diubah suai enjin motosikal mereka dengan menggunakan enjin atau alat ganti daripada jenis motosikal yang popular menjadi mangsa curi.

Masyarakat tidak menolak, sekiranya kes rempit berkurangan masalah kecurian motosikal juga akan menurun.


3

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mohdcrow 2-8-2013 04:17 PM
yang latest dgr area kl ni kes motor kena mangga...dah ramai member aku kena,last2 panggil polis dtg potong mangga...sekali kena 3-4 bijik motor lak tu...x tau apa motif
Quote BotakChinPeng 2-8-2013 04:29 PM
Lantak lah. kapcai

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.071382 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top