CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kasihnya Seorang Cikgu, Berkejar Jemput Calon UPSR Ke Dewan Peperiksaan!

8-9-2016 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6800| Komen: 21|Original author: Oleh: Adib ZA

Description: Sekeping gambar ini mampu menceritakan segala-galanya. Bagaimana kasihnya seorang guru kepada anak muridnya.


Sekeping gambar ini mampu menceritakan segala-galanya. Bagaimana kasihnya seorang guru kepada anak muridnya. 

Menerusi sekeping gambar yang tersebar menerusi laman sosial ini, ramai yang berasa tersentuh. Melihatkan seorang guru yang bergegas menjemput anak muridnya yang terlewat menghadiri peperiksaan UPSR. 

Nampak lagaknya seperti guru tersebut yang lebih bersemangat daripada calon UPSR itu sendiri, mungkin kerana tak mahu anak muridnya terkandas di tengah jalan. 

Sambil memegang alat tulis, guru wanita itu terus membawa anak muridnya itu ke dewan peperiksaan. 




Netizen yang memuat naik gambar tersebut juga mengakui ia bukanlah gambar darinya sebaliknya mengambil dari sebuah grup lain. 

"Sebab itu jangan hanya menilai keburukan guru, tetapi lihatlah di sebalik keburukan itu, pasti terselit seribu satu kebaikan yang kami sendiri tidak tahu..."

Begitulah yang ditulis oleh netizen ini. Ucapan tersebut mungkin ditujukan buat ibu bapa moden pada zaman ini yang sering menyalahkan guru atas apa jua yang terjadi kepada anak mereka dalam pelajaran dan juga sekolah.

Bukan sekali berita ibu bapa datang mengamuk kerana mengetahui anak mereka dirotan dan ditegur oleh guru. 

Kepada ibu bapa di luar sana, bukalah mata dan minda jangan hanya tahu menyalahkan guru atas apa yang berlaku kepada anak anda. 

Lihat komen-komen netizen ini, pasti anda bersetuju dengan mereka. Moga guru-guru ini diberkati hidup mereka. 






- CARI 
3

Bagus
13

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FARRAZOOL 8-9-2016 08:15 PM
Bagusnya cikgu ni
Quote neez_cookies 8-9-2016 08:20 PM
Bagus cikgu..sempat bagi pensel tu sekali..
Quote merrissa 8-9-2016 09:16 PM
tahniah cikgu kerana prihatin

tapi guru2 di pendalaman juga prihatin....sanggup ke hutan dalam untuk carik student ajak masuk kelas....deme nak jalan p sekolah pon dah 2 - 5 jam lebih...n cari murid2 sebelom exam juga....

tahniah untuk guru2 di malaysia yang prihatin
Quote mirandanicky1 8-9-2016 10:43 PM
Tahniah cikgu. Tersentuh hati tgk
Quote IrfanSYT 8-9-2016 10:56 PM
Tiada lebih yg diminta oleh seorang guru melainkan melihat anak didiknya mencapai kejayaan dalam bidang yg diceburi. Sebelum adanya seorang peguam, doktor, perdana menteri, adanya seorang guru yg tanpa lelah mendidik anak bangsa .
Quote katak hijau 8-9-2016 11:01 PM
Kitorang ada skuad angkut. Mana murid yg potensi lewat or x hadir kena standby jemput dr rumah
Quote jerukkedondong 9-9-2016 12:52 AM
Saya syng semua cikgu2 saya..
Al fatihah utk cikgu2 ku yg dah kembali kerahmatullah..
Pada yg masih mnabur bakti aku doakan semoga semua urusan mrk Allah prmudahkan..dn dikurniakan kesihatan tubuh badan....


Eeh...mcm berucap plk aku...sowiii...
Quote munchkin 9-9-2016 02:30 AM
Cikgu ikhlas. Tahniah cikgu
Quote minahmanja 9-9-2016 09:12 AM
tk semua cikgu mcm ni.. ade org yg mmg ade passion nk jadi cikgu... ade juga yg jadi cikgu sbb dh tkde keje lain... tu yg mengajar nak tk nak je...
Quote -electrifying- 9-9-2016 10:17 AM
Tahniah cikgu
Quote farhana008 9-9-2016 11:12 AM
Tersentuh hati tgk gambar ni
Quote lyza2474 9-9-2016 11:31 AM
touching nya.... dah takr aami cikgu yang macam ni...
Quote Artemesiaa 9-9-2016 11:39 AM
Syabas cikgu nampak ikhlas nak memastikan anak muridnya tak terlambat untuk menduduki peperiksaan
Quote iu12 9-9-2016 04:58 PM
Teringat cikgu sekolah lama
Sebenarnya, ramai cikgu2 yang ikhlas mengajar dan berkorban untuk murid.
Quote Cemay 9-9-2016 05:19 PM
Tetiba teringat kat cikgu2 time sek dulu.... TQ cikgu
Quote innocentsangat 10-9-2016 01:06 AM
So sweet. Moga lebih byl cikgu gini. Amin
Quote hanisbunny 10-9-2016 07:12 AM
teringat wkt exam2 dulu... so sweet cikgu ni...
Quote idril 10-9-2016 08:17 AM
Alaaaaaa nangis iols tgk adegan ni
Ikhlas betul cikgu
Quote amyza 10-9-2016 08:38 AM
Bagus cikgu ni.ikhlas mendidik.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.051503 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top