CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota tentera maut dipanah petir ketika latihan

27-7-2013 08:24 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7956| Komen: 46

Description: Seorang anggota tentera maut manakala rakannya cedera akibat dipanah petir ketika menjalani latihan hutan di kawasan air terjun berhampiran Kampung Temenin Baru, dekat sini semalam. Mohd. Razid Sadira ...
KOTA TINGGI 26 Julai - Seorang anggota tentera maut manakala rakannya cedera akibat dipanah petir ketika menjalani latihan hutan di kawasan air terjun berhampiran Kampung Temenin Baru, dekat sini semalam.

Mohd. Razid Sadiran, 25, dari Markas 6 Renjer yang berpangkalan di Kuala Lumpur, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, Azwan Abdullah, 25, dari Markas 14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpangkalan di Gemas, Negeri Sembilan, dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Difahamkan, ketika kejadian kedua-dua mangsa bersama 11 anggota lain merupakan pasukan pendahulu bagi membuat persiapan sebelum pasukan lain tiba untuk latihan hutan selama seminggu di situ.

Kejadian malang yang menimpa kedua-dua mangsa hanya disedari anggota lain apabila mereka tidak muncul pada waktu berbuka puasa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Mohd. Nor Rasid yang mengesahkan kejadian itu berkata insiden berlaku ketika hujan lebat apabila mangsa sedang bersiap-siap mendirikan khemah di lokasi kejadian.

"Jenazah Allahyarham Mohd Razid dihantar ke Unit Perubatan Forensik HKT untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang dengan van jenazah tentera ke Pusat Latihan Pulada untuk pengurusan jenazah malam tadi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jenazah anak kelima daripada sebelas beradik itu dibawa ke rumah keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Nita, Mersing. - BERNAMA

5

Bagus
13

Marah
11

Terkejut
10

Sedih
6

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fariz07 26-7-2013 04:04 PM
takziah buat kedua-dua keluarga mangsa..
Quote Vokuro 26-7-2013 04:05 PM
Tak pasal pasal mati katak jah, semoga beliau di cucuri rahmat
Quote ex_klia 26-7-2013 04:06 PM
Teringat dulu kat area kampung aku ada sorang anak jiran kene panah petir kat Gunung Rajah
Quote AdamBillionaire 26-7-2013 04:10 PM
adam dh ckp.. malaysia ni tiada kesedaran PETIR.. malaysia negara ketiga taburan petir terbanyak di dunia. tetapi paling ramai mati ialah di malaysia...

kalau dah hujan cuaca tak elok duk dalam rumah. jgn main bola. jgn pegang handphone jgn buka tv. modem internet matikan. duduk jauh dari tingkap.. semua kena tahu
Quote Anak_Nogori 26-7-2013 04:14 PM
Ini semua pasal displin pasal imej...kenapa pihak tentera tak buat latihan dlm dewan yg cukup safetynya..tak lah sampai ada yg mati dipanah petir gini...
Quote freebird 26-7-2013 04:15 PM
Selalu nya , bila ada ada petir di kawasan itu, siren akan di bunyikan supaya permainan dihentikan...
Quote Bedah.Cun 26-7-2013 04:17 PM
Harapnya tidak tasty... Oh tidak kalau tasty kuranglah sumber bahan galian protein Bedah
Quote mak_wa95 26-7-2013 04:44 PM
takziah...mati dalam tugas
Quote sol 26-7-2013 05:00 PM
takziah.. semoga di cucuri rahmat.
Quote md_nana 26-7-2013 05:15 PM
takziah utk keluarga mangsa...
Quote mrsamz 26-7-2013 06:06 PM
takziah ...ni kan latihan ketahanan tentera,biasa la buat dlm hutan..kalo buat dlm dewan mcm pelik lagi ada lah
Quote Anak_Nogori 26-7-2013 06:13 PM
mrsamz posted on 26-7-2013 06:06 PM
takziah ...ni kan latihan ketahanan tentera,biasa la buat dlm hutan..kalo buat dlm dewan mcm pelik l ...

hehehehe..kamu nak ngata saya ke?..saya tengah perli sesaorang..mungkin kamu tak tahu ceritanya..

Kan..tentulah pelik buat dalam dewan...tentulah buat kat hutan..tak bersih, kotor, semak, ular dan petir sekali..
Quote mrsamz 26-7-2013 06:25 PM
Anak_Nogori posted on 26-7-2013 06:13 PM
hehehehe..kamu nak ngata saya ke?..saya tengah perli sesaorang..mungkin kamu tak tahu ceritanya..; ...

hahaha...sorry kalo aku buat kau terasa plak petang2 bulan puasa ni...sekadar interaktif saja..
Quote mrsamz 26-7-2013 06:26 PM
oh btw, aku rasa aku tau apa yg AN maksudkan nak perli siapa tu...i think so
Quote Anak_Nogori 26-7-2013 06:27 PM
mrsamz posted on 26-7-2013 06:25 PM
hahaha...sorry kalo aku buat kau terasa plak petang2 bulan puasa ni...sekadar interaktif saja..:lo ...

tak pa...kita bincang..
Quote redz85 26-7-2013 06:56 PM
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.. dah tiba masa dia..
Quote jonlabu 26-7-2013 07:01 PM
AdamBillionaire posted on 26-7-2013 04:10 PM
adam dh ckp.. malaysia ni tiada kesedaran PETIR.. malaysia negara ketiga taburan petir terbanyak ...

Bg tentera takda exception..
Quote brownstone 26-7-2013 07:07 PM
Kalu nak ikutkan dlam hutan dgn pokok tinggi melangit..sudah pasti pokok yg disambar petir dulu...hairan..hmm maybe diorang ada pegang alat2 letrik/besi/konduktor?? Kasihan
Quote stania83 26-7-2013 07:22 PM
haah siapa pakar petir eh? ingat tempat lapang prone tu petir. Hutan pon petir? Pencerahan Aurawhite please?

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.248998 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top