CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

16 pelajar Permata Pintar terima biasiswa Petronas

27-7-2013 08:23 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4738| Komen: 18

Description: Enam belas pelajar Pusat Permata Pintar Negara (PPpN) lepasan SPM menerima anugerah biasiswa tajaan Petronas bagi melanjutkan pelajaran ke beberapa universiti tersohor di luar negara.
BANGI 26 Julai - Enam belas pelajar Pusat Permata Pintar Negara (PPpN) lepasan SPM menerima anugerah biasiswa tajaan Petronas bagi melanjutkan pelajaran ke beberapa universiti tersohor di luar negara.

Mereka adalah kumpulan pertama dari PPpN yang mendapat tajaan itu bagi menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan kimia, petroleum, geosains petroleum, ekonomi dan perubatan.

Anugerah disampaikan penaung PPpN yang juga isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di PPpN Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi di sini sambil disaksikan Naib Presiden Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Petronas, Raiha Azni Abd. Rahman.

Ketika berucap, Rosmah berkata pelajar terpilih ini menjadi 'Duta Kecil' Malaysia dalam pelbagai jurusan profesional seperti kejuruteraan, ekonomi, geologi, perubatan dan seni bina.

"Dalam konteks ini, saya percaya para pelajar Permata Pintar telah menunjukkan nilai serta daya intelektual yang tinggi dan membuktikan mereka mampu bersaing dengan pelajar-pelajar antarabangsa.

"Ini telahpun dibuktikan dengan 15 pelajar kumpulan pertama Permata Pintar yang sudah berjaya mendapat tempat dan sedang mengikuti program ijazah di beberapa universiti berprestij di Amerika Syarikat," katanya.

Beliau berkata, masa depan negara terletak pada golongan muda yang masih berada di bangku sekolah, golongan belia dan beliawanis serta mahasiswa-mahasiswi yang bakal menjadi pemimpin.

Sementara itu, Raiha dalam ucapannya berkata, pelajar yang terpilih disenarai pendek daripada 43 pelajar PPpN yang memohon untuk tahun ini.

"Pelajar-pelajar ini dinilai dengan ujian termasuk temuduga dan penilaian teknikal. Kami turut mengambil kira latar belakang sosio ekonomi keluarga mereka bagi memastikan hanya yang layak sahaja menerima penajaan ini," katanya. - BERNAMA

8

Bagus
6

Marah
17

Terkejut
14

Sedih
12

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izamahmed 26-7-2013 03:56 PM
terima kaci petronas
Quote pakwetizzaqyah 26-7-2013 04:15 PM
PPpN ... ni pehal p kecik la kat tengah2..?
Quote Anak_Nogori 26-7-2013 04:17 PM
terima kasih Kak Ros....beribu2 taniaaaaa yg dapat biasiswa tu..
Quote AdamBillionaire 26-7-2013 04:32 PM
haha.. kakros pe kejadah wat permata. tumpang glamour suami? orang lain xde pun gila glamour.. jadi isteri menteri sibuk urusan bakti sahaja. kak ros semua benda dia nak bolot..
Quote ifanonline 26-7-2013 04:34 PM
satu beg rosmah dah semacam 3 tahun biasiswa...
Quote Anak_Nogori 26-7-2013 04:36 PM
taniaaaa sekali lagi Kak Ros...
Quote airfilterkotor 26-7-2013 04:37 PM
Permata ni parking bawah kementerian apa...?
Quote jazaa 26-7-2013 08:31 PM
Harap semuanya anak melayu.......
Quote AHMADVW 27-7-2013 04:03 AM
bnyak pelajar pintar dr petronas ni bangkang gomen, mcm rafizi
Quote freebird 27-7-2013 05:22 AM
AHMADVW posted on 27-7-2013 04:03 AM
bnyak pelajar pintar dr petronas ni bangkang gomen, mcm rafizi

kalau dah namanya Pintar, takkan nak sokong gomen haprak...
kalau sokong jugak, tu namanya Tak Pintar....
Quote zehra2 27-7-2013 06:10 AM
ada sebut nama tak? nak jugek tau latar belakang student yg terpilih..
Quote jari10 27-7-2013 06:30 AM
Beribu2 anak2 yg dapat manfaat drp program pintar ini..sisi negatif jugak yg dicari2
Quote sapient 27-7-2013 07:02 AM
big mistake la pilih petronas..
Quote sapient 27-7-2013 07:02 AM
big mistake la pilih petronas..
Quote Decaffeinated 27-7-2013 07:09 AM
jazaa posted on 26-7-2013 08:31 PM
Harap semuanya anak melayu.......

I hope not...
Quote Decaffeinated 27-7-2013 07:14 AM
sapient posted on 27-7-2013 07:02 AM
big mistake la pilih petronas..

ko tak mau beribu lagi yang memohon.

Dalam Petronas sektor huluan ramai sungguh warga Indon. afrika pun ada....

Quote exodus90 28-7-2013 12:34 PM
beribu ribu taniaaa kpd pnerima
Quote BotakChinPeng 28-7-2013 04:25 PM
Baguuussss

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.059828 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top